Ini merupakan sedikit sebanyak rahsia angkatan tentera Malaysia yang ramai tak tahu..
1
– Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi
tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang
BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..
Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama, hal ini dan
diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan yang datang
untuk garisan mati.
2 – ATM diperakui PAKAR PERANG
HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya
mengekang komunisme? Percaya atau tidak?
3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..percaya atau tidak?
4
– Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang
paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang
perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal
ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu
Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa
yang lama.

5 – ATM
dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai
contoh MiG29N Malaysia satu-satunya pesawat tempur jenis itu yang
memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat
tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk
tersebut! ATM juga telah mengubah
suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur
terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India. ATM juga mengubah suai
SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruk kapal
selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak
jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai
menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal
perairan Eden!
6 – Sebelum pasukan elit MARINIR
(tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura, pada 1980an pasukan
komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu
udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling
diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA..
7
– Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar
wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang
terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan
kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas
pelancaran ekonomi Negara itu.
8 – Percaya atau tidak ?
Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarjkan? Ini kerana
mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan
pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged
para)
9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit
ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis
bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar unytuk memohon
passport atau visa ke luar Negara.
10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch” percaya atau tidak?
11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?
12
– ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain
kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda
ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Di sini
diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia
(ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?
13 –
Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu
latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia
dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang
dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan
expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.
14 –
Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera
Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem
tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt
memalukan mereka..percaya atau tidak?
15 – Pasukan elit
pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan
paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau
tidak?
16 – Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai
scotboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di
istana BUCKINGHAM bersama sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN,
sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya melayu malu apabila
kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia . Percaya
atau tidak?
17 – Indonesia mendapat aib di Lubnan
apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel
iaitu briged kfir, setakat ini kontinjen-kontinjen negara PBB yang
datangnya dari negara-negara melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai
angkatan tentera diraja brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan
Mogadish.
by
Rosdi Baharom on Friday, January 4, 2013 at 8:16pm ·
Pertamanya marilah kita benar-benar mensyukuri nikmat Iman dan Islam
yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita dan ditambahkan nikmat
ini dengan memilih kita berada di atas jalan dakwah yang penuh
keberkatan. Salah satu amalan yang kita saban hari kita lakukan adalah
membaca do’a Rabithah. Marilah kita mendalami pengertian do’a ini yang
telah disyarahkan oleh Muhammad Lili Nur Aulia dalam bukunya ‘Syarah
Do’a Rabithah’, diterbitkan oleh Info Islam Publishing.
Do’a ini dimulakan dengan ungkapan:
“Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawa hati-hati ini...”
Muhammad Lili Nur Aulia telah menulis:
“Do’a ini diawali dengan seruan ‘Allahumma (Ya Allah)’. Dalam
kata ini terkandung makna kefakiran (amat memerlukan), kehinaan,
kelemahan, dan perhambaan seorang makhluk. Kata ini merupakan kunci
munajat, permohonan, sekali gus tanda ketundukan kepada Allah, Rabb
semesta alam. Ini pinta kita kepada Allah SWT.
‘Allhumma (Ya Allah)’ Hanya Engkaulah Yang Maha Tahu apa
yang ada dalam lubuk hati kami. Hanya Engkaulah Yang Maha Melihat rahsia
jiwa kami.
Dalam do’a ini, kita menegaskan amal shalih itu, bahawa hati-hati
kita telah berpadu dalam cinta kepada-Nya, bahawa hati-hati kita telah
bertemu dalam taat kepada-Nya, bahawa hati-hati kita telah bersatu dalam
berdakwah kepada-Nya, bahawa hati-hati kita telah saling berjanji untuk
menolong Agama-Nya. Semua ini merupakan amal-amal shalih yang kita
mengiringi perenungan kita di awal membaca do’a Rabithah. Dan amal-amal
shalih inilah yang insyaAllah, membukakan pintu bagi kita untuk meminta
kepada Allah SWT apa yang kita inginkan. Di sini, Imam Hasan Al-Banna
bermaksud mengingatkan para ikhwan untuk menyebutkan ibadat-ibadat hati
di hadapan Allah SWT.
“Sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawa hati-hati ini...”
Perpaduan hati yang disebutkan dalam do’a ini adalah hati yang
sebenar-benarnya, yang telah terpilih dan bukan sebarang hati. Hanya
hati yang memiliki sifat tertentu sahaja yang termasuk dalam sebutan
do’a ini kerana terdapat penegasan yang spesifik dan khusus. Ini juga
sebagai anjuran para Ikhwan terdorong untuk dapat mewujudkan sejumlah
sifat-sifat yang dihuraikan setelahnya...
Perhatikanlah bagaimana sifat-sifat hati pilihan itu sebagaimana:
“...terhimpun atas kecintaan (mahabbah) kepada-Mu”
Ibnu Qayyim telah menjelaskan erti ‘mahabbah‘ sebagai “kejernihan cinta”.
Kita mesti mewujudkan keterhimpunan hati di atas mahabbatullah
seperti hakikat dan makna ini. Bertemu dan berkumpul di atas cinta
kepada Allah SWT. Itulah pertemuan, keberhimpunan dan perkumpulan yang
sangat mulia.
Mahabbah adalah pertalian antara hamba dengan Rabb. Dan cinta
bukan hanya terletak pada ruang lisan atau ucapan, melainkan dia mesti
menjadi realiti yang hidup, di atas landasan apa percintaan itu
dibangunkan”
Anak-anak yang dikasihi, marilah kita renungi penjelasan yang sangat
baik, yang dibuat oleh Muhammad Lili Nur Aulia ini. Marilah kita
merasakan keenakan dan kenikmatan dapat berhimpun dalam pertemuan
berkala kita, walaupun terdapat juga sebab-sebab yang menyebabkan kita
kadang kala mahu menguzurkan diri. Pertemuan kita setiap minggu adalah
pertemuan hati dan jiwa. Pertemuan yang sangat mulia. Pertemuan antara
mereka yang meyakini akan pertemuannya dengan Allah SWT. Pertemuan
yang mengikat hati kita dengan cinta dan taat kepada Allah SWT. Setiap
pertemuan kita pula akan mengukuh hati-hati kita dengan cinta dan taat
kita kepada Allah. Semakin kerap pertemuan semakin terikat hati dengan
cinta dan taat kepada Allah sedangkan semakin jarang kita hadir dalam
pertemuan itu semakin longgarlah cinta dan taat kita kepada Allah SWT.
Akan bersambung insyaAllah
Apabila
roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama
ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk
melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas
itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila
dimandikan, roh sekali lagi merayu:"Demi Allah, wahai orang Yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah
dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat
serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya
sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik
keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku
telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya".
Sesudah
mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah
supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar
suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah
dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula
berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan
kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah
Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan
sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".
"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
sumber

Masih ingat lagikah kita terhadap Tuntutan IFC yang dibawa dan diperjuangkan oleh AMBIGA
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan
kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh...
dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya
ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan
keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang
bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan
seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta
pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah
menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara
rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan
dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah
dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan
perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum
hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula
hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan
daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya
digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14.
Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar
sekolah.
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)