HUKUM
MENGGABUNG NAMA pade sape yg tehegeh2 letak nme bf dpn nama dia sila
baca!!! Ramai yang sy perhatikan,tak kira suami dulu atau isteri dulu
nama didepan... sila tukar semula [PERHATIAN] BERHATI-HATI DENGAN
PENYAMBUNGAN NAMA. Ramai wanita muslimah setelah
menikah atau yg brkasih, lalu menisbatkan (mencantumkan) namanya dengan
nama suaminya/kekasihnya.. misalnya: Aisyah menikah dengan Amiruddin,
kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah
Amiruddin. " Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan
penamaan ini? Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang
penting. Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan
“NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan
nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama
tersebut adalah nama suaminya.
Kerana dalam Islam. Nama lelaki di
belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki
tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah
kandungnya (WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua
kandungnya. Berbeza dengan budaya barat (kafir) Contoh: lelaki (suami)
Bill Clinton, perempuan (isteri) Hillary Clinton yang nama asalnya
Hillary Diane Rodham.. lelaki (suami) Barrack Obama, perempuan (isteri)
Michelle Obama yang nama asalnya Michelle LaVaughn Robinson, DLL..
Hadith mengenai perihal penamaan ini Shahih. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda, “Barang siapa yang mengaku sebagai anak
kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan
walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada
hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib
maupun yang sunnah” ( HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)
Wallahu'alam... Rasulullah bersabda : "Barang siapa yang menyampaikan 1
(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh
pahala..moga semua memperolehnya. Aminn
#sekadarpekongsianilmu#
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)