GEMPAR!.. Parti Lolipop,. Pesta DADAH dan ARAK
KUALA
LUMPUR: Sekumpulan remaja, majoritinya masih di bawah umur, dikesan
membentuk satu forum sosial lebih 3,500 ahli di facebook dan twitter
semata-mata untuk bergabung menyertai beberapa siri pesta liar.
Kumpulan lelaki, perempuan, pondan dan lelaki lembut itu
menggunakan laman sosial terbabit untuk berinteraksi bagi menetapkan
tarikh dan lokasi pertemuan mereka.
Yang menakutkan, pertemuan dirancang rangkaian sosial itu bukan keraian
biasa, sebaliknya pesta liar dinamakan ‘parti lolipop’ yang diadakan di
beberapa pusat hiburan.
Difahamkan,
ada pusat hiburan menganjurkan parti dengan nama lolipop sama seperti
sambutan ‘ladies night’, dan lolipop didakwa merujuk kepada ahlinya yang
sebahagian besar remaja bawah umur.
Lebih menyedihkan, parti berbaur maksiat dari satu lokasi ke satu lokasi
itu turut menghidangkan arak selain pil khayal yang dikhuatiri boleh
membawa kepada hubungan seks haram.
Sumber : Hmetro
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN