Friday, August 17, 2012

Pelarian Syria

 
Pelarian Syria yang berada di Tal Za'tar, Jordan berada dalam keadaan yang amat memilukan. Tiada makanan dan minuman yang mencukupi dalam keadaan cuaca panas melebihi 50'C. Tambahan pula gangguan binatang berbisa dan berbagai lagi kesengsaraan mereka.

Sehinggakan sebahagian daripada mereka berkata lebih baik mereka mati akibat dibom oleh regim Basyar di Syria daripada terlantar di sini sebegini rupa tanpa tahu apa nasib mereka.

Tetapi apakan daya, mereka dari kalangan kanak-kanak, wanita dan golongan tua yang lemah.

Agaknya bagaimana Aidilfitri mereka? Doakan mereka sahabat-sahabat.
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...