adhan
telah merubah banyak senario politik dunia terutamanya Timur Tengah.
Peperangan membabitkan Terusan Suez dan Semenanjung Sinai. Ke dua-duanya
berada di bumi Mesir. Bumi Kinanah diberi gelaran oleh Saiyidina Umar
Al Khatab. Bumi yang terdapatnya sungai Nil yang masih belum dijumpai
hulunya walaupun telah diterokai oleh tujuh ekspidisi. Ada yang bermula
dari bawah selatan benua Afrika , ada yang bermula dari atas iaitu utara
Afrika. Tapi sehingga sekarang belum dijumpai secara tepat hulunya.
Sungai yang pernah membatalkan acara tahunan amalan khurafat Mesir kuno
yang korbankan seorang gadis sunti sebagai memenuhi permintaan penunggu
Sungai Nil yang berlaku kekeringan apabila tuntutannya tidak dipenuhi.
Semasa pemerintahan Umar Al Faruq, Umar telah menulis sepucuk surat dan
surat tersebut telah dicampakkan ke dalam sungai Nil, akhirnya Nil akur
dengan seruan Umar Al Faruq agar tunduk kepada kekuasaan Allah.
Kembali kepada sejarah Terusan Suez dan Sinai. Pada tahun 1967, Yahudi
telah merampas Sinai dari Mesir dan Bukit Golan dari Syria. Sinai telah
dibebaskan oleh tentera Mesir pada tahun 1973, sementara Bukit Golan
masih berada di tangan Yahudi. Sebahagian besar tentera Mesir mendapat
tarbiah yang baik .Anak-anak tarbiah Hasan Al Banna dan Abbas Sisi .
Yahudi telah bina di bumi Sinai pelbagai peralatan senjata canggih
dengan bantuan negara-negara Barat terutamanya USA. Ada maklumat yang
menyatakan ianya melibatkan hampir 2000 pakar dari seluruh negara Barat.
Benteng Barlif adalah antara kelengkapan yang masyhur sempena dengan
nama Jeneral tentera Yahudi waktu itu.
Benteng pasir adalah
bentang pertama apabila menyeberangi Terusan Suez. Benteng Barlif adalah
benteng kedua yang dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Jalanraya
seumpama landasan kapalterbang terus ke Tel Aviv. Tanah Besar Mesir
hanya dilengkapi dengan pos-pos kecil tentera sepanjang sempadan. Bahkan
ada dikalangan tentera sempadan bersantai di bawah naungan pokok
khurma.
Ilham dari seorang ulamak, kerajaan Mesir telah
menempah sebuah paip bomba yang besar dari Itali. Dunia tidak menyangka
akan berlaku peperangan kerana riak-riak akan berlaku peperangan tidak
kelihatan. Taqdir Allah Taala, dengan persiapan mental dan fizikal
mujahidin dari tentera Mesir telah bertekad untuk membebaskan Sinai.
Bermula di awal Subuh 23 Ramadhan bersamaan 6 Oktober 73 mereka
bermunajat dan berdoa kepada Allah. Diiringi dengan tasbih,tahmid dan
takbir mereka mulakan serangan dengan pancutan air meruntuhkan benteng
pasir untuk memberi laluan kepada tentera darat menyeberangi Sinai.
Banyak peristiwa-peristiwa anih berlaku sewaktu berlaku peperangan.
Akhirnya mujahidin Mesir dapat hancurkan benteng Barlif. Menteri
Pertahanan Yahudi waktu itu Moshu Dayan bermata sebiji mengaku kalah
dengan menyatakan: “Aku menyangka benteng ini terlalu kuat tidak akan
ditembusi oleh sebarang senjata rupa-rupanya ia diperbuat daripada
susu.”
Semasa serangan tentera Yahudi leka dan sedang berehat
rehat hujung minggu dan mereka tidak menyangka mujahidin Mesir akan
menyerang mereka di bulan Ramadhan. Serangan udara dan darat dilakukan
serentak. Mujahidin Mesir memohon dari kerajaan Mesir untuk terus ke Tel
Aviv dan bebaskan Aqsa. PM Mesir waktu tidak membenarkan dengan alasan:
“ Aku hanya PM untuk Mesir sahaja”. Ringkas cerita apabila mereka
kembali telah disambut dengan trak-trak polis dan dihumban ke penjara
kerana fikrah yang mereka bawa. Jasa mereka kepada negara diketepikan
begitu saja.
Hasil dari peperangan tersebut senario kuasa politik
dan ekonomi dunia berubah. Negara-negara Arab telah menggunakan kuasa
petrol dengan menghentikan ekspot petrol serta merta ke mana mana negara
terutama negara yang memberi sokongan kepada Yahudi . Harga petrol
sekitar US 17 telah melambung ke US 40. Harga barang meningkat berkadar
terus dengan harga petrol. Simpanan petrol di sebahagian besar negara
paling lama boleh bertahan 2 minggu sahaja. Ada negara seperti India
mampu bertahan untuk 2 atau 3 hari sahaja. Seingat saya Jepun mampu
bertahan untuk tempoh 9 hari sahaja. Dunia berkecamuk . Yahudi berusaha
untuk berdamai dengan Mesir menggunakan orang tengah USA dan Barat.
Yahudi dan negara Barat berusaha untuk adakan perdamaian dengan Mesir
tetapi diletakkan syarat gerakan dakwah Ikhwan Muslimin mesti
dilenyapkan. Mereka cuba untuk pisahkan Mesir dengan negara-negara Arab
dan akhirnya berjaya dengan termeterinya perjanjian Camp David pada
tahun 1982 dibawah seliaan Jimmy Carter Presiden USA . Mesir terpisah
dari negara Arab secara strategi bermula tahun 1982 sehingga kejatuhan
Husni Mubarak. Kebuntuan masalah petrol dunia dilanggar oleh Kuwait di
bawah Malek Sobah. Kuwait hanya satu-satu negara Arab yang melanggar
larangan tersebut. Setelah dipujuk oleh USA , petrol Kuwait telah
memenuhi pasaran dunia terutama ke USA. Ekonomi dunia hampir lumpuh
termasuk USA .Kapal-kapal minyak Kuwait telah menggunakan bendera USA
untuk mengekspot petrol keluar negara.
Mudah-mudahan dengan
kembalinya Mesir kepangkuan Arab dan Islam , kembalikan semula
kegemilangan Othmaniah dan Al Fateh , dunia Arab dan muslimin
keseluruhannya akan bersatu dan berpadu satu agama satu aqidah.
Kembalikan kegemilangan Melayu dengan Islam .Kita semua bersaudara.
Angkatlah bendera Islam memberi keadilan keseluruh alam. Allah Matlamat
Kami, Rasul Qudwah Kami, Quran Dustur Kami, Jihad Jalan kami,Syahid
Cita-cita Kami. Allahu Akbar walillahil Hamd.
Tulisan Oleh :
Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP ISMA Kelantan | YDP Majlis Syura ISMA