Tuesday, December 25, 2012

Pemerintah Kerajaan Arab Saudi Mahu Menghancurkan Makam Nabi SAW?



Makam Nabi Muhammad di Masjidil Nabawi, Madinah rencananya akan dihancurkan oleh pemerintah Kerajaan Arab Saudi, seperti dipetik daripada laman Fars News Agency, pada Isnin (29/10) lalu.

Pemerintah Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghancurkan tempat-tempat bersejarah Islam, termasuk Masjidil Nabawi menggunakan buldoser, termasuk di dalamnya adalah 3 masjid tertua di dunia. Kerajaan Arab Saudi merancang untuk mengembangkan projek pembesaran bernilai berbillion ringgit.

Projek penghancuran Masjid Nabawi dijangka akan dimulakan pada bulan depan selepas musim Haji berakhir. Di lokasi bersejarah tersebut, kerajaan Arab Saudi akan membangun kompleks terbesar di dunia yang mampu menampung 1.6 juta orang pada satu-satu masa. Raja Arab Saudi Raja Abdullah yang enggan mengekalkan warisan arkeologi paling suci bagi dunia Islam tersebut sudah mendorong kemarahan umat Islam.

Pengembangan Masjidil Nabawi ini akan dimulakan dibahagian barat masjid. Di bahagian ini, terdapat makam dua Khalifah yang juga merupakan sahabat Nabi, iaitu Khalifah Umar dan Khalifah Abu Bakar.


Pada tahun 2007, Kementerian Urusan Islam Kerajaan Arab Saudi menerbitkan risalah mengenai rencana penghancuran Masjidil Nabawi yang disusun oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdulaziz al-Sheikh. Risalah tersebut menyiarkan rancangan penghancuran kubah masjid dan meratakan makam Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Umar berdasarkan fatwa Abdulaziz al-Sheikh.

“Diamnya kaum Muslimin atas penghancuran Makkah dan Madinah adalah bencana dan kemunafikan terbesar,” kata Irfan al-Alawi dari Yayasan Pemeliharaan Warisan Islam. Irfan al-Alawi sudah menghabiskan 10 tahun terakhir ini meneliti rancangan penghancuran Masjid Nabawi.

“Filem tentang Nabi Muhammad baru-baru ini sudah menyebabkan protes dari seluruh dunia…namun penghancuran tempat kelahiran Nabi, di mana baginda berdoa dan mendirikan Islam justeru dibiarkan hancur tanpa kritikan,” dia menambah.

p/s : Betul ke ni? Tak dapat dipastikan kesahihannya.. tapi kat sana ramai Wahabi.. ISh3.. hope benda ni takkan terjadi...

Sumber : Here
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...