Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara
sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini
kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan
kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya.
Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar
Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang
mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid!
Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk
membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu
keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini
1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam
Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا
الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا
هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى
إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan
bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian
buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat
Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari
orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam
menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi
hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang
mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa
Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu
alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.
Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of American
Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry
untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak
mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram.
Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang
dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga
membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam
tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah
diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan
di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar
untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap
batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa
batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop
elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu
buatan.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun
mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di
puncak-puncak piramid. Ia pun berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan
penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang
terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat."
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang
ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh
tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid
Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat!
Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu. (Gambar
dari batu piramid).
Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid
matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa
sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah
liat telah dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang
berbeza baik Romania atau Firaun!
Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan
raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam
tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah
kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para
Ilmuwan Amerika dan Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat
piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun,
terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada
satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia
piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan
tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa
tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, berbilang tahun
selepas Berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina
monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan TANAH LIAT.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw
tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya saja melainkan petunjuk dari
Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang
menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi
terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi
kebenaran kenabiannya di kemudian hari.