Thursday, July 12, 2012

Koleksi ngeri 5 (kemalangan)

No info

RAMUAN PEMBINAAN RUMAH TANGGA BAHAGIA (BHG 5)


Fathi Ath-Thahir menyambung lagi:

Cinta yang sejati ialah cinta yang membuat manusia dapat merasakan kebahagiaan, baik lelaki ataupun perempuan.  Cinta yang sejati adalah cinta yang halal, yang selainnya bukan cinta, melainkan hawa nafsu.

Roh tidak akan bertemu; jiwa dan anggota tubuh tidak akan merasa tenteram, kecuali jika cinta pasangan yang bersangkutan terjalin berdasarkan ikatan pernikahan yang disyariatkan.

Rasa cinta yang besar ini membuat masing-masing pasangan merasa gembira jika pasangannya gembira, dan bersedih bilamana pasangannya bersedih, seolah-olah mereka berdua bagaikan roh dan jiwa yang berada pada satu tubuh.  Jika salah satunya mendapatkan sesuatu yang tidak mengenakkan, maka yang lainnya akan ikut merasa sakit, setidaknya sama dengan yang dirasai oleh pasangannya.  Dan jika salah satunya beroleh kesenangan, maka yang lainnya ikut merasa senang, paling tidak sama dengan yang dirasai oleh pasangannya.

Oleh itu, masing-masing pihak dari pasangan yang berkaitan akan berusaha untuk membahagiakan yang lain, sebab dia akan merasa bahagia bila dapat membahagiakan pasangannya, sehingga masing-masing pihak akan bersaing untuk melakukan pengorbanan yang lebih besar demi membahagiakan pasangannya

Usaha membahagiakan pasangan ini lebih bererti bila kedua pasangan memahami dasar pernikahan dan percintaan adalah ubuddiyyah hanyasanya kepada Allah SWT dan setiap usaha untuk mengukuhkan ikatan cinta dan menyemarakkan cinta akan diganjari oleh Allah SWT.

Inilah yang mungkin cuba jelaskan oleh Dr Hisham Al-Awadi bilamana dia mengatakan:

We get married to increase our iman


CINTA ANTARA PASANGAN SUAMI ISTERI DAPAT 
DITUMBUHKAN DENGAN KETAQWAAN 

“Taqwa dan ihsan akan menciptakan berbagai sumber kebaikan bagi seorang muslim dalam semua aspek kehidupannya, termasuk jalinan cinta kasih dengan pasangannya.

Dasar dan ikatan yang paling kuat untuk mengukuhkan cinta dan kasih antara suami isteri adalah iman dan taqwa.  Inilah dasar Rasulullah SAW membangunkan rumah tangga Baginda dengan  isteri-isterinya dan dasar iman dan taqwa inilah yang wajib kita jadikan dasar pembinaan rumah tangga kita.

RAMUAN PEMBINAAN RUMAH TANGGA BAHAGIA (BHG 4)


(d) MAMPU MENUMBUH DAN MENYEMARAKKAN CINTA ANTARA PASANGAN 

Dalam bukunya ‘Beginilah Seharusnya Suami Isteri Saling Mencintai‘ Fathi Muhammad Ath-Thahir telah menulis :

“Cinta antara pasangan suami isteri adalah hubungan rumah tangga dan perasaan.  Dengan terjalinnya hubungan ini, pasangan suami isteri  merasakan ketenteraman .  Masing-masing pihak menghargai pasangannya , kerana seorang pria memahami nilai isteri yang shalihah.  Sehubungan dengan hal ini, Rasulullah SAW telah bersabda:

‘Kebahagiaan manusia itu terletak pada tiga perkara, dan kesengsaraannya terletak pada tiga perkara pula.  Di antara kebahagiaannya ialah isteri yang shalih..‘   




Begitu pula sebaliknya seorang isteri memahami nilai suami yang shalih, sebagaimana yang disebutkan dalam sabda Rasulullah SAW:

‘Jika aku diperbolehkan memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada orang lain, tentulah aku akan memerintahkan kepada wanita untuk bersujud kepada suaminya’

Masing-masing dari mereka menunjukkan sikap taqwa kepada Allah SWT dalam memperlakukan pasangannya.  Masing-masing mesti berusaha membahagiakan pasangannya dan bersabar ketika salah seorangnya sedang tergelincir, dengan harapan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT.  Dan masing-masing pihak mesti menyedari bahawa imbalan pahala yang disediakan oleh Allah SWT dalam kehidupan Akhirat kelak adalah lebih baik dan lebih kekal.  Untuk mendapatkan kehidupan Akhirat, seseorang sudah selayaknya berkorban.  Allah SWT berfirman:

“Dan, sesungguhnya Akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui “ (QS Al-Ankabut (29): 64)

Masing-masing pasangan bersikap mendekatkan diri kepada Allah dalam mencintai pasangannya dan memuliakannya, dengan kesedaran akan pahala yang telah disediakan oleh Allah SWT bagi para penghuni syurga.


PENGERTIAN CINTA 

Antara istilah dalam Bahasa Arab yang bermaksud cinta adalah mahabbah.  Menurut Abu Musa Abdurrahim dalam bukunya ‘Kitab Cinta’: 

“Makna asal al-mahabbah adalah ‘bening’ dan ‘bersih’.  

Beliau juga menyimpulkan makna cinta sebagai:

“...kasih sayang terhadap sesuatu disertai dengan konsekuensi yang baik.  Apabila cintai disertai dengan hal yang buruk, itu bukanlah cinta, tetapi itu adalah suatu kesalahan dalam mendefinisikan apa erti cinta”


Fathi Muhammad Ath-Thahir telah menulis:

“Cinta seperti ini (cinta kepada pasangan) merupakan rasa cinta yang alami (universal), yakni naluri cinta yang diciptakan oleh Allah dalam diri manusia berikut dengan segala unsur dan ciri-ciri khasnya, baik yang  bersifat rohani mahupun yang bersifat material.

Cinta antara suami isteri adalah cinta yang bersifat alami, dimulai sejak pertemuan jiwa lelaki dan wanita, membangkitkan getaran cinta dan perasaan terpikat antara keduanya dengan penuh semangat dan rasa gembira.  Bahagian-bahagian jiwa keduanya menjadi satu, sebahagiannya bergantung kepada sebahagian yang lain, sehingga mereka berdua menjalani kehidupannya dalam nuansa (perbezaan/kelainan) kerohanian, penuh dengan keindahan, kesenangan, ketenangan dan kebahagiaan.

 “Cinta yang terjalin antara pasangan suami isteri dengan gambaran yang telah dijelaskan pada definisi di atas, adalah rasa cinta manusiawi yang dapat direalisasi kedua pasangan yang berkaitan, jika mereka mahu berupaya untuk meraih berbagai sarana yang dapat merealisasikannya.  Selanjutnya, adalah hal normal jika usaha itu akan membuahkan hasil yang baik.  Adapun jika pasangan yang berkaitan hanya berhenti pada batas angan-angan cinta, tanpa berupaya meraih berbagai sarana untuk merealisasikannya, bererti cinta yang terjalin antara keduanya hanya sampai pada tahap ilusi cinta.

Begitu rentan (mudah berpenyakit/jatuh sakit) jalinan cinta keduanya, hanya kerana pengaruh sedikit goncangan dalam realiti kehidupan mereka, mereka terbangun dari buaiannya dan menyedari bahawa selama ini dihanyutkan oleh ilusinya.  

Apabila suatu pasangan hanya berhasil meraih sebahagian dari aspek-aspek cinta namun gagal untuk menyeratakan keseimbangannya maka jalinan cinta keduanya akan tempang atau cacat, masih memerlukan penyempurnaan dan pembaikan, agar sampai pada tahap cinta yang didambakan oleh setiap pasangan.  

Sejarah Palestine dan Israel




Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal

Kita susuri sejarah tanah Palestin tersebut, sehingga membawa kita kepada kisah Nabi Musa. Kisah inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya Bani Israel. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”

“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

RAMUAN PEMBINAAN RUMAH TANGGA BAHAGIA (BHG 3)

(c) Membentuk persekitaran Islamiyah dalam keluarga

Bagaimanakah persekitaran atau iklim rumah tangga kita kini? Atau yang akan kita bentuk apabila kita sudah bersedia melepasi pintu gebang perkahwinan nanti?  Tahukah kita bagaimana dan apakah yang akan membentuk persekitaran Islamiyah itu?

Rumah tangga Islami memiliki takrifan yang tersendiri.  Rumah tangga yang mana anggotanya adalah muslim belum lagi memenuhi pengertian rumah tangga muslim.  Menurut Cahyadi Takariawan menerangkan dalam bukunya ‘Pernik-Pernik Rumah tangga Islami’, bahawa rumah tangga Islami adalah:

“rumah tangga yang di dalamnya ditegakkan adab-adab Islam, baik yang menyangkut individu mahupun keseluruhan anggota rumah tangga.  Rumah tangga Islami adalah sebuah rumah tangga yang didirikan di atas landasan ibadah.  Mereka bertemu dan berkumpul kerana Allah, saling menasihati dalam kebenaran  dan kesabaran, serta saling menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran, kerana kecintaan mereka kepada Allah.

Rumah tangga Islami adalah rumah tangga teladan yang menjadi panutan dan dambaan umat.  Mereka betah (tahan dan tabah) tinggal di dalamnya kerana kesejukan iman dan kekayaan ruhani.  Mereka berkhidmat kepada Allah SWT dalam suka mahupun duka, dalam keadaan lapang mahupun sempit.

Rumah tangga Islami adalah rumah yang di dalamnya terdapat sakinah, mawaddah dan rahmah (perasaan tenang, cinta dan kasih sayang)”.

KONSEKUENSI RUMAH TANGGA ISLAMI

Cahyadi juga telah menggariskan sepuluh konsekuensi dasar yang menjadi landasan bagi tegaknya rumah tangga Islami

(a) Didirikan Di Atas Landasan Ibadah

Rumah tangga Islami mesti didirikan dalam rangka beribadah kepada Allah semata-mata.  Artinya, sejak proses memilih jodoh, landasannya mestilah benar.  Memilih pasangan hidup mestilah kerana kebaikan Deennya, bukan se    kadar kerana kecantikan, harta mahupun keturunannya.

(b) Berlangsungnya Internalisasi Nilai-Nilai Islam Secara Kaffah

Internalisasi nilai-nilai Islam secara kaffah mesti terjadi dalam diri setiap anggota keluarga, sehingga mereka sentiasa iltizam terhadap adab-adab Islami.  Di sinilah peranan keluarga sebagai benteng terkuat dan penapis terbaik di era globalisasi yang mahu tak mahu mesti dihadapi oleh kaum muslimin.

Untuk itu, rumah tangga Islami dituntut untuk menyediakan sarana-sarana tarbiyah Islamiyah yang memadai, agar proses belajar, mencerap nilai dan ilmu, sampai akhirnya aplikasi dalam kehidupan sehari-hari boleh diwujudkan.  Internalisasi nilai-nilai Islam ini mesti berjalan secara terus menerus, bertahap dan berkesinambungan.   

(c) Terdapat Qudwah Yang Nyata

Diperlukan qudwah yang nyatakan dari sekumpulan adab yang hendak diterapkan.  Orang tua memiliki kedudukan dan peranan yang sangat penting dalam hal ini.  Sebelum menyuruh kebaikan atau melarang kemungkaran kepada anggota keluarga yang lain, pertama kali orang tua mesti memberikan keteladanan.

(d) Terbiasa Tolong Menolong Dalam Menegakkan Adab-Adab Islam

Berkhidmat dalam kebajikan tidaklah mudah, amat banyak gangguan dan godaannya.  Jika semua anggota keluarga telah boleh menempatkan diri secara tepat, maka ta’awun dalam kebaikan ini akan lebih mungkin terjadi.

(e) Rumah  Mesti Kondusif Bagi Terlaksananya Peraturan Islam

Rumah tangga Islami adalah rumah tangga yang secara fiziknya kondusif  bagi terlaksananya peraturan Islam.  Adab-adab Islam dalam kehidupan rumah tangga akan sulit diaplikasikan jika struktur bangunan rumah yang dimiliki tidak mendukung. 

(e) Tercukupinya Keperluan Kebendaan Secara Wajar

Demi mewujudkan kebaikan dalam rumah tangga Islami itu, tidak lepas dari faktor biaya.  Memang, kebendaan bukanlah segala-galanya.  Ia bukan pula merupakan tujuan dalam kehidupan rumah tangga tersebut.  Akan tetapi, tanpa kebendaan, banyak hal tidak dapat dipenuhi.

Di dalam Al-Qur’an Allah SWT telah berfirman:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi” (QS Al Qashash: ayat 77)   




(f) Menghindari Hal-Hal Yang Tidak Sesuai Dengan Semangat Islam

Menyingkirkan dan menjauhkan berbagai hal di dalam rumah tangga yang tak sesuai dengan semangat keislaman mesti dilakukan.  


(g) Terbentengi Dari Pengaruh Lingkungan Yang Buruk

Dalam kondisi keluarga Islami yang tidak mampu memberikan nilai kebaikan bagi masyarakat sekitar yang terlampau parah kerosakannya, maka mesti dilakukan upaya-upaya serius untuk paling tidak, membentengi anggota keluarga.  Mesti ada mekanisma penyelamatan dalaman, agar tidak larut dan hanyut dalam suasana jahili masyarakat di sekitarnya.

RAMUAN PEMBINAAN RUMAH TANGGA BAHAGIA (BHG 2)

(b) BAHAN BAKAR ILTIZAM

Kita jelas bahawa berumahtangga dan membentuk keluarga Islami adalah satu perjalanan yang sangat jauh hingga ke Akhirat dan menuntut kita sentiasa memelihara keiltizaman kita kepada tuntutan ubudiyyah yang digariskan oleh Allah SWT, yang diterjemahkan dalam kehidupan ini oleh Rasulullah SAW.  Sebagaimana kenderaan berenjin atau pelita memerlukan bahan bakar untuk memberi tenaga untuk bergerak ke destinasi atau mengekalkan kecerahan cahaya.  Komitmen kita dalam mengekalkan persekitaran yang tarbawi dan membahagiakan akan melalui kelesuan dan mungkin sampai ke tahap kekeringan.  Justeru, kita perlu mengetahui bahan bakar atau motivasi yang membantu mengekalkan keiltizaman.

Cahyadi Takariawan dalam bukunya ‘Menjadi Pasangan Yang Paling Berbahagia’ telah menulis mengenai motivasi suci dalam membangunkan rumah tangga dan keluarga Islami.

Beliau menulis: “Menikah adalah sebahagian dari ibadah kepada Allah.  Untuk itu, hal tersebut mesti dilandasi oleh niat yang suci”.


Majoriti masyarakat kita memahami ikhlas dengan pengertian ‘tanpa ada kepentingan’.  Tanpa ada sebarang kepentingan lain tidak membawa kita benar-benar melakukan sesuatu amal hanyasanya kerana Allah, untuk mendapat cinta dan redha Allah SWT.

Cahyadi menerangkan pengertian ikhlas di sini dengan memetik kata-kata Imam Hasan Al-Banna:

Yang dimaksudkan dengan ikhlas adalah seorang muslim menunjukkan segala perkataan, amal dan jihadnya semata-mata mencari keredhaan Allah dan ganjaran baik-Nya; tidak memandang keuntungan duniawi , kedudukan, pangkat, gelaran, dan sebagainya.  Oleh kerana itu, ia akan menjadi manusia pembela cita-cita dan aqidah, bukan kepentingan peribadi

Dari pengertian ini, Cahyadi mencatatkan: 

Dalam kaitan dengan rumah tangga suami isteri bertemu dalam ikatan pernikahan kerana Allah.  Mereka hidup bersama dalam rumah tangga kerana Allah.  Mereka saling mencintai kerana Allah.  Mereka bermusyawarah kerana Allah.  Mereka mendidik anak kerana Allah, membenci kerana Allah, rindu kerana Allah, dan sayang kerana Allah.  Mereka bergaul, berkomunikasi dan bergurau kerana Allah”.

Ikhlas dalam amal inilah yang menjadi dasar dan bahan bakar iltizam dan motivasi perjalanan ruma tangga sehingga kita semampu mungkin mengenepikan hawa atau ego yang boleh menjadi duri atau pagar yang memagari antara hati kita dengan pasangan kita.  Bila tenaga kejiwaan atau ruhiyah kekeringan, maka kekuatan melakukan hanyasanya kerana Allah juga akan merosot dan dorongan-dorongan lain akan mengambil tempat iman (ikhlas) dalam interaksi antara suami isteri dan antara ibu bapa dengan anak.  

Mencatatkan perenggan di atas tidaklah sesukar mana tetapi penghayatannya dan usaha memastikan bahawa setiap aktiviti kekeluargaan adalah di atas dasar ubudiyyah adalah satu yang sangat sukar dan penulis sendiri telah gagal dalam banyak hal di sepanjang perjalanan rumah tangga yang telah berlansung selama 31 tahun.  Kita membincangkan ini sebagai ilmu dan panduan dan sama-samalah kita terus menerus bermunajat kepada Allah agar dikurniakan kekuatan untuk menjadikan seluruh aktiviti kehidupan sebagai aktiviti ubudiyyah kepada Allah dan kepada Alllah SWT sahaja.

Cahyadi mengembangkan lagi kepentingan ikhlas sebagai motivasi terpenting dalam memacu kehidupan berumahtangga menuju keredhaan Allah SWT dengan menulis:

Motivasi adalah tenaga yang menggerakkan kehidupan.  Seorang yang memiliki motivasi lurus akan menghasilkan aktiviti yang lurus pula dalam segala bidang.  Sebaliknya, jika motivasi awalnya telah rosak, hal tersebut akan cenderung menghasilkan kegiatan yang cenderung rosak pula dalam berbagai bidang kehidupan”.

Ikhlas inilah dasar hubungan antara kita dengan pasangan kita dan ikhlaslah yang menjadi tenaga dalam mengukuhkan hubungan suami isteri dan ikhlas juga aka menjadi benteng apabila rumah tangga diuji dengan ujian yang berat.  Ujian hanya mampu dihadapi sebaiknya dengan sabar dan solat dan keduanya berpaksikan keikhlasan tanpa sebarang pencemaran.

Tips menghafal muka surat Al-Quran


Saya terjumpa satu tips menghafal "muka surat " Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.



Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran..
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...