Tuesday, June 26, 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012

Pada 1 Jun 2012, Akta Keterangan (Pindaan) 2012 telah dikuat-kuasakan.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

1. Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.

2. Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.

3. Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

4. Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.

5. Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.

Secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.


Kepentingan Logo.

Ramai yang bertanya apakah kepentingan logo?

 

Kebanyakkan usahawan yang berjaya diseluruh dunia kebiasaannya mencipta logo untuk sesuatu produk.Kepentingan logo ialah untuk melambangkan kerja yang professional dan logo juga merupakan cara usahawan untuk berkomunikasi dengan pelanggan.


Tahukah anda?Logo juga merupakan bentuk komunikasi di dalam bentuk visual dan secara tidak langsung ini akan memberi kepastian dan keyakinan kepada pelanggan.Tidak hairanlah jika kebanyakkan usahawan di dunia ini mencipta logo untuk sesuatu produk dan mencecah jualan produk berjuta-juta unit. Satu lagi kelebihan logo ialah pelanggan akan mudah mengingati produk kita.Contohnya bila saya sebut Mc Donald’s,Coca Cola,Pepsi dan sebagainya anda pasti akan terbayang logonya.
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...