Friday, August 17, 2012

Pelarian Syria

 
Pelarian Syria yang berada di Tal Za'tar, Jordan berada dalam keadaan yang amat memilukan. Tiada makanan dan minuman yang mencukupi dalam keadaan cuaca panas melebihi 50'C. Tambahan pula gangguan binatang berbisa dan berbagai lagi kesengsaraan mereka.

Sehinggakan sebahagian daripada mereka berkata lebih baik mereka mati akibat dibom oleh regim Basyar di Syria daripada terlantar di sini sebegini rupa tanpa tahu apa nasib mereka.

Tetapi apakan daya, mereka dari kalangan kanak-kanak, wanita dan golongan tua yang lemah.

Agaknya bagaimana Aidilfitri mereka? Doakan mereka sahabat-sahabat.

Monday, August 13, 2012

Bertempur dengan Jet pejuang

Gambar sekadar hiasan,. sila lihat Video.

Mujahidin Syria menghadapi pesawat-pesawat tempur tentera regim yang serba lengkap dengan senjata yang sangat sederhana.

Mengalir air mata kami melihat kesungguhan dan ketinggian tawakal mereka kepada Allah. Sesungguhnya kalianlah pemuda yang akan dibantu Allah.

Sunday, August 12, 2012

Terkini, Revolusi Syria

Terkini.


Pertempuran yang amat dahsyat sedang berlaku di wilayah Halab (Aleppo) sekarang. Pesawat-pesawat jet tempur MiG buatan Rusia membedil menggunakan roket-roket ke kawasan kejiranan sekitar Halab.

Walaubagaimanapun, para mujahidin dapat menawan sebilangan besar askar pakatan Syiah tersebut dan para pejuang dari Tentera Pembebasan Syria yang terlibat juga dalam bilangan yang ramai.

Lebih 350 tank sedang mengepung sekitar bandar Halab ketika ini dan kelmarin lebih 15 biji sudah dapat dimusnahkan pejuang.

Doakan mereka wahai rakyat Malaysia!

Tuesday, August 7, 2012

Mujahidin Meronda

 Foto: Ketika menanti waktu berbuka puasa nanti, ambillah sedikit masa untuk menadah tangan memohon kepada Allah S.W.T agar memberi kemenangan kepada para mujahidin Syria dan memelihara rakyat Syria.

Sabda Rasulullah s.a.w

”Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka “– Hadis riwayat Ibn Majah.

Nota : Gambar ini menunjukkan para mujahidin Syria sedang meronda sekitar pekan sempadan Azaz, kira-kira 20 batu (32 kilometer) utara Halab.
Ketika menanti waktu berbuka puasa nanti, ambillah sedikit masa untuk menadah tangan memohon kepada Allah S.W.T agar memberi kemenangan kepada para mujahidin Syria dan memelihara rakyat Syria.

Sabda Rasulullah s.a.w

”Sesungguhnya doa yang
tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka “– Hadis riwayat Ibn Majah.

Nota : Gambar ini menunjukkan para mujahidin Syria sedang meronda sekitar pekan sempadan Azaz, kira-kira 20 batu (32 kilometer) utara Halab.

Regim Syria Bantu Rakyat Palestin?

 
FB RMBRS

Saturday, August 4, 2012

Mengapa Yahudi Terus merampas Tanah Palestine?.. disini jawabnya

Bagi yang belum mengetahui fakta tentang Tanah Palestin yg terus dirampas oleh Yahudi laknatullah. Sila share pada sahabat semua.





Sikap Perdana Menteri Israel dalam isu Palestin

Berikut adalah pernyataan dari para Perdana Menteri Israel s


ejak dahulu hinggalah ke hari ini, kesinambungan sifat-sifat dan kriteria peribadi mereka.


1. DAVID BEN GURION (1948- 1954 dan 1955 -1963).


– Kita harus mengusir orang-orang Arab dan mengambil tempat mereka. (Ben Gurion and the Palestine Arabs, Oxford University Press, 1985).


– Kita harus menggunakan keganasan, pembunuhan, intimidasi, penyitaan tanah, dan penebangan semua layanan sosial untuk membersihkan Ghoyim dari penduduk Arabnya. (Mei 1948, untuk Staf Umum. Dari Ben Gurion, A Biography, oleh Michael Ben Zohor, Declacorte, 1978, New York).


– Ada anti Semitisme, Nazi, Hitler, Auschwitz, tapi apakah itu kesalahan mereka? Mereka melihat tapi satu hal: Kami telah datang dan kita telah mencuri negara mereka. Mengapa mereka menerima itu? (Nahum Goldmann di Le Juif Paradox (The Paradox Yahudi), halaman 121-122).


– Desa Yahudi dibangun di tempat desa-desa Arab. Anda bahkan tidak tahu nama desa-desa Arab, dan saya tidak menyalahkan anda kerana buku-buku geografi tidak ada lagi. Tidak hanya buku-buku Arab yang tidak ada, desa-desa Arab juga tak ada lagi di sana. Nahlal muncul di tempat Mahlul, Kibbutz Gvat di tempat Jibta, Kibbutz Sarid di tempat Huneifis, dan Kefer Yehushua di tempat Tal al-Shuman. Tidak ada satu tempat yang dibangun di negeri ini yang tidak memiliki hubungan dengan pemiliknya, penduduk Arab. (The Jewish Paradox, oleh Nahum Goldmann, Weidenfeld dan Nicolson, 1978, halaman 99).


– Jangan mengabaikan kebenaran di antara kami sendiri, politik kami adalah penyerang dan mereka membela diri. Negara ini milik mereka, kerana mereka tinggal di situ, sementara kami ingin datang ke sini dan hidup nyaman, dan dalam pandangan mereka, kami ingin mengambil negara mereka. (halaman 91-92, Chomsky’s Fateful Triangle, yang dimuat dalam Simha Falapan’s Zionisme dan Palestina, halaman 141-2, mengutip sebuah pidato tahun 1938).


– Kalau saya tahu bahawa sangat mungkin untuk menyelamatkan anak-anak Jerman dengan mengangkut mereka ke Inggeris, dan setengahnya memindahkan mereka ke tanah Israel, saya akan memilih yang terakhir, bukan hanya kerana kebohongan tentang jumlah anak-anak ini, tetapi juga perhitungan sejarawan dari umat Israel. (halaman 855-56, dalam Ben Gurion Shabtai Teveth).



2. GOLDA MEIR (1969-1974).


– Tidak ada yang namanya orang Palestin. Ini bukan kerana jika kami datang dan mengusir mereka dan mengambil negeri mereka. Mereka tidak ada. (Laporan The Times, 15 Jun, 1969).


– Bagaimana kita boleh mengembalikan wilayah-wilayah pendudukan? Tak ada seorang pun yang akan memulangkannya kepada mereka sendiri. (8 Mac, 1969).


– Setiap orang yang berbicara untuk membawa kembali para pengungsi Arab juga harus mengatakan bagaimana ia bertanggungjawab untuk itu, jika ia tertarik pada negara Israel. Lebih baik bawa segala sesuatunya dinyatakan secara jelas dan terang : Kami tidak akan membiarkan ini terjadi. (Dalam pidato di Knesset, dilaporkan dalam Ner, Oktober 1961).


– Negara ini ada sebagai pemenuhan janji yang dibuat oleh tuhan sendiri. Akan jadi kurang siuman jika bertanya kepada pemiliknya sendiri. (Le Monde, 15 Oktober, 1971).


3. YITZHAK RABIN (1974-1977 dan 1992-1995).


– Kami berjalan keluar, Ben Gurion menyertai kami. Allon mengulangi pertanyaannya: “Apa yang harus dilakukan terhadap penduduk Palestin?” Ben Gurion melambaikan tangannya sebagai isyarat yang mengatakan: “Usir mereka!” (Dari memoir Rabin, New York Times, 23 Oktober, 1979).


– Israel dalam 10 atau 20 tahun ke depan akan memindahkan perkongsian Jalur Gaza dan Tebing Barat ke Jordan. Untuk mencapai ini kami harus mencapai kesepakatan dengan Raja Hussein, dan tidak dengan Yasser Arafat. (David Shipler di York Times, 1983/04).



4. MENACHEM BEGIN (1977-1983).


– Orang Palestin adalah binatang buas yang berjalan di atas dua kaki. (Amnon Kepeliouk, Begin and the Beasts, New Statesman, 25 Jun, 1982).


– Pemisahan Palestin adalah tidak sah. Ini tidak akan pernah diakui. Jerusalem akan selama-lamanya menjadi ibu kota kami. Eretz Israel akan dikembalikan kepada orang-orang Israel. Semuanya. Selamanya. (Sehari setelah pemungutan suara PBB untuk memisahkan Palestin).



5. YIZHAK SHAMIR (1983-1984 dan 1986-1992).


– Para pemimpin masa lalu kami meninggalkan pesan yang jelas untuk menjaga Eretz Israel dari Laut sampai ke Sungai Jordan untuk generasi yang akan datang, untuk imigrasi Yahudi, dan bagi orang-orang Yahudi, yang semuanya akan dikumpulkan dalam negara ini. (Dinyatakan pada upacara peringatan Tel Aviv untuk mantan pemimpin Likud, November, 1990, Jerussalem Domestic Radio Service).


– Penyelesaian tanah Israel adalah inti dari Zionisme. Tanpa penyelesaian, kami tidak akan memenuhi Zionisme Sederhana. (Maariv, 21 Februari 1997).


– (Orang Palestin) akan hancur seperti belalang, kepala mereka akan hancur menimpa batu dan dinding. (Dalam pidato untuk pemukim Yahudi, New York Times, 1 April, 1988).



6. BENJAMIN NETANYAHU (1996-1999 dan 2009-sekarang).


– Israel harus mengeksploitasi penindasan daripada demonstrasi di China, ketika perhatian dunia terfokus pada negara itu, untuk melakukan pengusiran massa antara orang-orang Arab dari wilayah ini. (Berbicara dengan mahasiswa di Universiti Bar Ilan, dari jurnal Israel Hotam, 24 November, 1989).



7. ARIEL SHARON (2001-2006).


– Ini adalah tugas para pemimpin Israel untuk menjelaskan kepada pendapat umum, dengan jelas dan berani, dengan sejumlah fakta yang melupakan waktu. Yang pertama adalah bahawa tidak ada Zionisme, penjajahan, atau Negara Yahudi tanpa pengusiran orang Arab dan perampasan tanah mereka. (Agence France Presse, 15 November, 1998).


– Semua orang harus bergerak, berlari dan mengambil sebanyak-banyaknya puncak-puncak bukit milik Palestin untuk memperbesar permukiman Yahudi, kerana segala sesuatu yang kita ambil sekarang akan tetap menjadi milik kita. Segala sesuatu yang tidak kita ambil, akan tetap menjadi milik mereka. (Agence France Presse, 15 November, 1998).


Tidak hairanlah kalau mereka dan para tenteranya bertindak
agresif dan ganas merampas tanah milik Palestin, membunuh, memenjarakan rakyat Palestin di bumi Gaza dan lain-lainnya, atas alasan mereka mendirikan negara Israel di bumi Palestin. Marilah bersama berdoa untuk kesejahteraan Palestin.
Diolah dari Utusan

Nilailah Diri Anda




Gambar Pertama : sekumpulan orang Arab sedang menikmati hampir sekawah besar nasik arab beserta kambing2 yang bersepah di atas nasik..ibarat menjamu satu kampung..nikmat yg melimpah ruah dan boleh membawa kepada pembaziran.

Gambar Kedua : seorang kanak2 yang sedang kelaparan mengutip sisa-sisa makanan di atas lantai..kerana lapar, kerana ingin mengalas perut, dia tidak kisa
h samada makanan itu bersih atau tidak, sedap atau tidak. Terus menikmati hidangan dan mungkin dia bersyukur dengan sisa makanan yang dijumpainya itu, dapatlah dia mengalas perut.


# Jika kita makan senang, tidak pernah kurang, kadang2 sampai tahap membazir, fikir2 kan lah orang yg kurang bernasib baik..nak mendapatkan sebutir nasik pon payah. Usah merungut dengan hidangan yg kita ada. Kalau rezeki ada lebih, ringan2 kan tangan untuk bersedekah kepada yg fakir hatta sepinggan nasi. Mungkin kebaikan yg kita lakukan melalui sepinggan nasi itu dapat menarik kita ke syurga..kita tak tau #


kredit : FHbravos Dx


Anda nilai sendiri...

65 Tahun Merangkak Ke Masjid



Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lupuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat subuh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak.

Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpencil di Selatan Azizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahun ditambah dengan kecacatan tubuhnya namun
beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hamper 65 tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.

Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul bil masaajid” terpaut pada masjid.

Semoga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah. Insyaallah.

**Renung sejenak diri kita, sempurna sifat fizikal dari atas ke bawah… tetapi adakah kita menyahut seruan untuk ke rumah Allah setiap kali azan dilaungkan. Kita mempunyai kenderaan untuk kemana shj.. tetapi brp kali kenderaan kita itu menghantar kita ke rumah Allah… bandingkan nikmat yg Allah beri pada kita dgn Syeikh Abdullah Al-Asiri, tidakkah kita seharusnya lebih bersyukur**

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) dibumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. ** Al A’raf :10..
mudah2an kita adalah di antara yang sedikit itu. amin..

FB LayarMinda

Friday, August 3, 2012

Annan berundur


Foto: Kofi Annan telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah berundur daripada meneruskan misinya sebagai utusan khusus PBB-Liga Arab dalam menyelesaikan krisis Syria.

Annan mengeluarkan kenyataan tersebut semalam (Khamis) di Genewa kerana merasakan usaha yang dilakukan tersebut tidak mendapat sokongan dan kerjasama terutamanya daripada pihak regim Basyar.

Melihat kepada tindakan yang dilakukan oleh Annan, ia menunjukkan bahawa benarlah apa yang disebut oleh Tentera Pembebasan Syria dan para ulama' Syria bahawa regim Basyar hanya dapat dijatuhkan dengan jihad dan senjata.

Walaupun sejak akhir-akhir ini, Basyar kelihatan cuba untuk merencanakan pelan damai di antara regim dan juga rakyat setelah diasak teruk terutamanya di beberapa bandar utama Syria oleh pihak mujahidin.

(Gambar sekadar hiasan)

Kofi Annan telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah berundur daripada meneruskan misinya sebagai utusan khusus PBB-Liga Arab dalam menyelesaikan krisis Syria.

Annan mengeluarkan kenyataan tersebut semalam (Khamis) di Genewa kerana
merasakan usaha yang dilakukan tersebut tidak mendapat sokongan dan kerjasama terutamanya daripada pihak regim Basyar.

Melihat kepada tindakan yang dilakukan oleh Annan, ia menunjukkan bahawa benarlah apa yang disebut oleh Tentera Pembebasan Syria dan para ulama' Syria bahawa regim Basyar hanya dapat dijatuhkan dengan jihad dan senjata.

Walaupun sejak akhir-akhir ini, Basyar kelihatan cuba untuk merencanakan pelan damai di antara regim dan juga rakyat setelah diasak teruk terutamanya di beberapa bandar utama Syria oleh pihak mujahidin.
 
FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Thursday, August 2, 2012

Bantuan untuk SYRIA

Kisah Muhammad Salim El-Harbi (Syahid) (Syria)

Penyembelihan terbaru di pinggir Damsyik, 25 dibunuh




  • Share
Penyembelihan terbaru berlaku di pinggir Damsyik (1 Ogos 2012) apabila lebih 25 syuhada’ ditemui dibunuh.

Bandar ini telah diserang dan digempur sejak 6 hari lalu (serangan berlaku dari Bukit Qasiyun dan dari berek tentera yang berdekatan). Maka tindakan ini telah memaksa kebanyakan penduduk melarikan diri.

Semalam, askar rejim Syria telah memulakan operasi dengan menyerang rumah-rumah milik penduduk, mencuri, merampas harta benda dan membakar rumah-rumah. Mereka membunuh sesiapa sahaja dari kalangan penduduk awam di pertengahan jalan. Bandar tersebut kini musnah dan ranap sama sekali.

Bilangan yang terkorban mencecah puluhan orang. Terdapat dari kalangan mereka yang dibunuh dengan cara disembelih, ada yang dibakar hidup-hidup, ada yang ditembak dalam keadaan tangan diikat. Jumlah kematian setakat ini yang mampu dihitung seramai 27 orang manakala bilangan yang cedera lebih 100 orang.


Operasi penyembelihan masih berterusan berlaku dan tiada sesiapa yang mampu memasuki kawasan operasi.
Sumber: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Wednesday, August 1, 2012

Penyembelihan Deir Yassin... Jenayah Kejam Israel

Pada yang 9 April 1948 rakyat Palestin dikejutkan dengan pembunuhan paling mengerikan dalam sejarah mereka, "Penyembelihan Deir Yassin", mereka gugur di atas tangan-tangan pengganas Zionis Israel.

Pembunuhan beramai-ramai yang paling berdarah oleh pemimpin kumpulan Zionis "Argon", Menachem Begin, Perdana Menteri Israel, dengan megah menungkapkan dalam catatannya: "Tanpa Deir Yassin tidak ada negara Israel".

Pembunuhan beramai-ramai itu dilakukan geng-geng kumpulan "Argon," yang diketuai Mulakan, kumpulan "Stern Lehi," diketuai Yitzhak Shamir, serangan tersebut adalah hasil perjanjian terlebih dahulu dengan "Haganah", hampir 260 rakyat Palestin syahid hanya dari perkampungan Azlu.

40% dari jumlah penduduk telah syahid hanya 600 penduduk terselamat, mengikut statistik yang dikeluarkan.

"Deir Yassin adalah tempat kejadian pembunuhan beramai-ramai paling berdarah, 3 saksi berjaya keluar hidup-hidup dari timbunan pembunuhan beramai-ramai itu, salah seorang dari mereka adalah Hjh. Zainab Mohd Ismail Atiyah dimana keterangan beliau telah disiarkan pada dada akhbar "Haaretz "Ibrani pada tahun 1989.

Saksi Sejarah
Hjh. Zainab berkata: "Selepas pengganas Zionis mengelidah dan memusnahkan kampung kami, mereka menculik adik saya ketika itu masih lagi belajar di sekolah rendah, saya sedaya upaya menebusnya dengan apa yang saya miliki termasuklah sejumlah wang 250 lira tetapi gagal, mereka terus menembaknya dengan 5 das tembakan sebelum sujud ke bumi, abang saya tidak dibunuhnya. Saya melihat sendiri dengan mata kepada saya saki baki penduduk dibunuh, dilapah dan dicincang.

Saksi ke-2; Hannah Khalil menceritakan bagaimana seorang Zionis Israel mengeluarkan sebilah pisau besar membelah dari kepala hingga hujung kaki seorang jirannya.

Mereka juga mengumpulkan ramai wanita Palestin dilucutkan pakaiannya kemudiannya di muatkan ke dalam 3 buah lori menghantar mereka memasuki kejiranan Yahudi di Jerusalem, juga 25 orang pemuda Palestin di bawa ke penempatan haram Yahudi sebelum membunuh mereka semua.

Saksi ke-3; Halimah Aid, menceritakan bagaimana beliau melihat seorang Zionis Israel menembak ke arah isteri abangnya, terkena di leher sambil mengeluarkan pisau sembelihan merodok perut isterinya yang sedang hamil sambil mengeluarkan anak dan membunuhnya juga.

Inilah testimoni saksi yang hidup dari pembunuhan beramai-ramai itu, menurut laporan akhbar Israel, beberapa bandar dan perkampungan menderita di tangan pengganas "Arjun" dan Stern "dalam tempoh tiga hari.

Rintangan pada permulaan

Pada subuh 9 April, 1948 pengganas "Argon" memasuki timur dan selatan kampung, manakala pengganas "Stern" mengepung dari utara pengepung kampung kecuali di barat sengaja dibiarkan terbuka supaya penduduk benar-benar terkejut dari tidur.

Pada permulaan serangan penduduk kampung berjaya membunuh 4 orang pengganas Zionis dan mencederakan 40 yang lain, akan tetapi pengganas dengan bantuan pasukan Palmach - "Pasukan elit (strike force) berpengkalan di Haganah, merupakan pasukan bawah tanah komiti Zionis Israel semasa pemerintahan British di Palestin" - melancarkan peluru mortar ke arah kampung bagi memudahkan tugas penyerang, menyebabkan mereka kalah.

Menjelang petang, kampung menjadi benar-benar bebas daripada sebarang penentangan, pengganas Argon dan Stern mengambil keputusan menggunakan dinamit, memusnahkan satu-persatu rumah penduduk Palestin sehingga menjadikan kampung tersebut bersih dari unsur-unsur penentangan dan mereka boleh menembak semua yang bergerak sama ada lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Sehari berpuluh-puluh mangsa kekejaman pengganas Zionis Israel akan diletakkan ke dinding rumah sebelum ditembak mati dan ia berlaku selama 2 hari berturut-turut, melakukan segala bentuk kekejaman yang terlalu sadis (penyeksaan serangan, amputasi, penyembelihan wanita hamil dan mengeluarkan janin), melempar lebih dari 53 kanak-kanak yang hidup ke dinding kota lama Baitul Maqdis, 25 lelaki Palestin diarak mengelilingi kota Baitul Maqdis sebagai tanda kemenangan kemudiannya ditembak mati oleh skuad penembak.

Selepas itu, mayat dibuang di dalam perigi-perigi kampung untuk menutup jenayah mereka, menghalang wakil Palang Merah Jacques de Rainier daripada memasuki perkampungan tersebut selama lebih daripada satu hari.

Sementara ahli-ahli Haganah, mengumpul mayat-mayat dan meletupkan mereka bagi mengelirukan wakil-wakil badan-badan antarabangsa bahawa mangsa terbunuh semasa pertempuran bersenjata, tetapi utusan Palang Merah menemui mayat-mayat yang dibuang ke dalam perigi selepas itu.

Kekejaman melampau
Reaksi selepas pembunuhan beramai-ramai itu, Menachem Begin menghantar ucapan tahniah kepada "Ra'anan" komander Argon dengan ungkapan "Tahniah kepada anda atas kemenangan yang besar ini, beritahulah kepada askar-askar anda bahawa mereka telah melakar sejarah dalam Israel".

Dalam buku bertajuk "Revolusi" tulis Beijing berkata: "Pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin menyumbang kepada pembunuhan beramai-ramai di negara arab yang lainya seramai lebih dari 650 ribu orang" beliau menambah: "Tanpa Deir Yassin tidak akan wujud Israel".

Kekejaman berdarah yang dilakukan oleh pemimpin kumpulan pengganas Zionis cuba ditutup oleh pemimpin mereka, Chaim Azriel Weizmann - salah seorang pemimpin Zionis, Presiden Pertubuhan Zionis dan Presiden pertama negara Israel. Beliau dilantik pada 1 Februari 1949 dan berkhidmat sehingga kematiannya pada tahun 1952, menyifatkan peristiwa tersebut adalah sebagai satu tindakan keganasan yang tidak ada kaitannya dengan Zionis, pembunuhan yang dilakukan hanya suatu pengecualian dan bukannya peraturan mereka dan ia berlaku tanpa sebarang campur tangan pemimpin Zionisme tetapi melawan kehendak mereka - dakwa Chaim Weizman.

Walau bagaimanapun, tahun-tahun selepas itu menunjukkan bukti yang meyakinkan bahawa semua organisasi Zionis telah terlibat dalam melakukan pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain, kedua-duanya bersama-sama dalam pelaksanaan sebenar pakatan sulit, atau untuk memberi sokongan politik dan moral.




 
Sumber: Felesten | Catatan: Abumohd | 10 April 2012

30 bencana dahsyat sebagai peringatan


supercell-thunderstorm
Supercell Thunderstorm in Montana – Photograph by Sean Heavey

Dari letusan gunung berapi yang dahsyat,serta ribut taufan yang menakutkan ,di sertai dengan konflik dan penderitaan manusia yang begitu banyak sekali.Semuanya ini berlaku di atas kekuasaannya. Agar kita menginsafi diri bahawa kita hanyalah makhluk-makhluk kerdil di muka bumi ini.Berikut adalah di antara bencana alam dahsyat sebagai peringatan buat kita semua.



2. Chaiten Volcano – Chana, Chile (May 2008)

chaiten-volcano


3. Forest Fire – Dolginino, Russia (Aug. 2010)

forest-fire-in-russia-2010

4. Undersea Volcano – Coast of Tonga (March 2009)

laut-gunung berapi Tonga-2

5. Kliuchevskoi Volcano – (Russia Sept. 1994)

kliuchevskoi-volcano

6. Double Cyclone – Iceland (Nov. 2006)

tandem-cyclones-iceland

7. Flooding (from Typhoon ‘Ketsana’) – Manila, Phillippines (Sept. 2009)

manila-flooding-typhoon-ketsana

8. Tornado – Oklahoma, United States (May 2010)

tornado

9. Hurricane Felix – Honduras (Sept. 2007)

hurricane-felix-from-space

10. Lightning Strike – New York City (2010)

lightning-bolt-strikes-statue-of-liberty

11. Mt. Saint Helens Volcano – Washington, United States (May 1980)

 mount-st-helens

12. Flooding – Cedar Rapids, Iowa (June 2008)

flooding-iowa-2008

13. Mount Merapi Volcano – Indonesia (Nov 2010)

mount-merapi-volcano

14. Chaiten Volcano – Chana, Chile (May 2008)

chaiten-plume-volcano

15. Dust Storm – China (April 2001)

satellite-dust-storm-over-china

16. Mt. Saint Helens Volcano – Washington, United States (Aug. 1980)

trees-blown-down-by-eruption-of-mount-st-helens

17. Lightning Storm – Roswell, New Mexico (July 2010)

lightning-bolts

18. Brush Fires – Sylmar, California (Sept. 2009)

station-fire-2

19. Eyjafjallajokull Volcano – Iceland (April 2010)

eyjafjallajokull-1

20. Flooding (Tropical Storm Agatha) – Guatemala (May 2010)

floods-from-tropical-storm-agatha-guatemala-2010

21. Undersea Volcano – Tonga (March 2009)

undersea-volcano-tonga

22. Wildfires – California (Sept. 2009)

station-fire-los-angeles-california

23. Dust Storm – Australia (Sept. 2009)

dust-storm-australia

24. Flooding – Iowa, United States (June 2008)

flooding-iowa-2008-2

25. Mt. Etna Volcano – Sicily, Italy (Oct. 2002)

mt-etna-eruption-volcano

26. Eyjafjallajokull Volcano – Iceland (April 2010)

smoke-from-eyjafjallajokull

27. Brushfires – Victoria, Australia (Feb 2009)

brushfire-victoria-australia

28. Tornado – Iowa, United States (June 2008)

tornado-funnel-cloud-iowa

29. Chaiten Volcano – Chana, Chile (May 2008)

chaitein-southern-chili-volcano

30. Storm Clouds – South Dakota, United States (2009)

storm-clouds-south-dakota_23945_990x742


Insya'Allah, saya akan letakkan maklumat setiap kejadian yang diatas dalam entry dimasa depan kalau dapat..
nantikan..
 
Photograph by Patrick Kelley

Perihal sebatang pensil

Seorang nenek menceritakan perihal sebatang pensil kepada cucunya.






"Cuba cucu lihat dan pegang pensil ini" kata nenek sambil memberikan pensil itu kepada cucunya. "Pensil itu hanya bergerak ikut arahan dan gerakan kita. Pensil ini juga mempunyai berbagai kualiti seperti yang terdapat dalam diri kita".

Begitu juga dengan kita. Kita digerakkan dan dipandu oleh sesuatu yang berkuasa kepada kita. ALLAH SWT yang menjadikan kita. Kita digerakkan dan diberi arah panduan olehNya. TanpaNya kita statik dan kaku.


Kedua, pensil ini perlu ditajamkan supaya ia menjadi lebih berkesan. Sekalipun perit sedikit kerana diasah namun dia menjadi lebih berguna dan efektif. Begitu juga dengan kita yang sentiasa perlu mengasah dan menajamkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran supaya menjadi lebih berupaya.


Ketiga, menulis dengan pensil membolehkan kita memadamkannya jika terdapat kesilapan. Membetulkan kesilapan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi membawa kita balik kelandasan yang betul dan lebih baik. Input kesilapan dalam minda kita perlu dipadamkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.


Kualiti keempat, sebatang pensil ialah bukan kayu yang menjadi kulit luarannya. Yang penting pada sebatang pensil ialah "carbon" atau "graphite" didalamnya. Tanpa "carbon" kita tidak dapat menulis. Jadi pada kita yang penting ialah bukan luarannya, tetapi apa yang berlaku didalam diri kita. Kita perlu teliti dan kawal minda kita.


Kualiti yang kelima ialah sebatang pensil yang digunakan dengan baik akan meninggalkan tanda yang hebat - cerita, sajak, cerpen, pengkisahan sejarah, perancangan perniagaa, dll. Kita juga akan meninggalkan legasi satu hari nanti. jadi tinggalkanlah legasi baik yang akan dikenang sepanjang zaman.

Juadah berbuka dicampur arak



KUCHING:
Siang menyediakan juadah berbuka puasa dicampur arak, manakala malam mengadakan aktiviti untuk golongan songsang.


Begitulah penemuan mengejutkan di sebuah restoran di sini, yang mengetepikan sensitiviti umat Islam sepanjang Ramadan ini.
Kegiatan restoran baru beroperasi sejak empat bulan lalu itu terbongkar selepas Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
 Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak melakukan pemeriksaan, jam 3.45 petang semalam.

Ketika pemeriksaan, sebahagian besar pekerja restoran terbabit sibuk menyiapkan menu berbuka puasa menawarkan pakej RM48 seorang, selain turut menemui beberapa botol mengandungi cecair dipercayai arak.

 Bagaimanapun, ketika disoal siasat, beberapa pekerja restoran itu menafikan kononnya cecair dalam botol itu arak, sebaliknya minyak masak.
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...