Semua
orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita.
Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran
masa dan dunia yang semakin moden. Bagus la. Tetapi ada juga sebahagian
wanita yang mengutuk golongan bertudung ni dengan mengatakan pakai je
tudung tapi akhlak tak bagus. Mengumpat orang sana sini, mengalahkan
wanita yang tidak bertudung. Tambah lagi, pakai tudung tapi lengan
terdedah, dada terdedah, kaki terdedah (ala macam entri yang ni: 8 jenis
tudung pelik di Malayisa). Ada juga golongan wanita camni ye. Dah la
tak tutup aurat terang-terangan, pastu berani kutuk orang yang sudah
atau sedang mencuba untuk tutup aurat. Mari kita ikuti perbualan gadis
liberal (wakil golongan yang suka kutuk orang bertudung) dengan seorang
ustaz. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA YANG TIDAK TUTUP AURAT,
WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)
Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Gadis Liberal :
“No
no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan
tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh
nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai
jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit
namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup
aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar
kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Gadis Liberal :
“Ha
ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan
akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu
buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam
mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya
berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan
mereka”
Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan
lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya
oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud
saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak
mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk
melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang
ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu
bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh
kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan
menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan
mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan
…..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun
membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara
dua pasangan sejoli…!!”
Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu
sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang
lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah
yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga
maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang
rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang
mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan
yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami
dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui
perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang
wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang
jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya
dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama
dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz
menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan
yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz
yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha
ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu
buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik
atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika
akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut
akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup
aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu
dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di
akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Gadis Liberal :
“Baiklah
ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya
ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi
dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong
orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka
mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka
cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham
maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun
dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan
mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw
pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti
apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang
dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan
dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika
tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita
mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada
lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak
matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga
kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita
ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas
dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang
lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu
dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab
diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang
dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa
orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan
oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Gadis Liberal :
“Oh ye
ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang
bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the
liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat
dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah
sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar
baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu
perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah
jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta
…kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak
sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila
tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh
hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t
make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan
hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita
kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai
tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai
ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah
macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami
yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin
jawabnya”
Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar
penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn
oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita
dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya
akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan
senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya
“The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya
berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk
saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita
menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis
di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye
lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima
kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
RuMahKU|RaYa & Puasa|dariFBkeBeLoG|LaWak|Kerajaan@PoLiTiK|ViDeO|BanGsaT|PakCik Rosdi Baharom|BlOgInFo|GamBaR|MisTeri|NGERI
O:::@];;;;;;;;;;>
Thursday, December 20, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)