Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan berjaya iaitu:
Petikan dari saifulbahri.net
Petikan dari majalah Sukses - 10 September 09
1. Keperluan untuk kejayaan
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang
dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.
2. Hasrat untuk menerima hasrat
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang
dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya
mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.
3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan
Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan
mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang
sebaik-baiknya patut dilakukan.
4. Menyelesaikan masalah
Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan
sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga
gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada
masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.
5. Sering mengharapkan masa depan yang baik
Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa
depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh
dia akan beroleh kejayaan.
6. Mencari persekitaran yang baik
Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif,
usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan
cita-citanya.
7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu
Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang
dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.
8. Tampuk kawalan
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi
perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan
da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati
pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia
berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan
memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.
9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain
Asas bagi perniagaan
ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada
kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya.
Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.
10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang
usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan
inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau
tiada bantuan langsung.
11. Kesediaan menerima tanggungjawab
Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia
membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu
dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya
lagi pada masa akan datang.
12. Keupayaan mencuri peluang
Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan
mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya.
Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah
kualiti penting seseorang usahawan berjaya.
13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi
memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa
menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini
telah dicapai.
14. Konsep diri yang positif
Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia
berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada
ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.
15. Belajar dari keputusan
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia
berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum
balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka
strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.
16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik
daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara
mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua
ini untuk memajukan lagi perniagaannya.
17. Berorientasikan perancangan
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan
sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku
dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada
perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara
di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal
mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling
penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci
segala perancangan.
18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna
untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam
perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat
terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.
19. Menetapkan matlamat
Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai
nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi
untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan
sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain.
Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih
cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.
20. Ubah suai pentadbiran
Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan
syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja
berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.
21. Kemahiran pengurusan
Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi
menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir
dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal
perniagaan.
22. Rasa kemanjuran (semangat waja)
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia
akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat
menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya
23. Kepimpinan
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi
pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang
yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya
pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur
urusan pekerjanya.
24. Kuat berusaha
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup
melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia
sukakan kerjayanya.
25. Pandai membuat keputusan
Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan
pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul.
Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.
" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup
melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia
sukakan kerjayanya."
Adakah anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda
berdasarkan ciri-ciri di atas den perbaiki segala kelemahan anda. Pasti
anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya.