Friday, January 4, 2013

MENDALAMI ISI KANDUNGAN DO’A RABITAH 1

by Rosdi Baharom on Friday, January 4, 2013 at 8:16pm ·

Pertamanya marilah kita benar-benar mensyukuri nikmat Iman dan Islam yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita dan ditambahkan nikmat ini dengan memilih kita berada di atas jalan dakwah yang penuh keberkatan.  Salah satu amalan yang kita saban hari kita lakukan adalah membaca do’a Rabithah.  Marilah kita mendalami pengertian do’a ini yang telah disyarahkan oleh Muhammad Lili Nur Aulia dalam bukunya ‘Syarah Do’a Rabithah’, diterbitkan oleh Info Islam Publishing.

Do’a ini dimulakan dengan ungkapan:

“Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawa hati-hati ini...”

Muhammad Lili Nur Aulia telah menulis:

“Do’a ini diawali dengan seruan ‘Allahumma (Ya Allah)’.  Dalam kata ini terkandung makna kefakiran (amat memerlukan), kehinaan, kelemahan, dan perhambaan seorang makhluk.  Kata ini merupakan kunci munajat, permohonan, sekali gus tanda ketundukan kepada Allah, Rabb semesta alam.  Ini pinta kita kepada Allah SWT.

‘Allhumma (Ya Allah)’ Hanya Engkaulah Yang Maha Tahu apa yang ada dalam lubuk hati kami. Hanya Engkaulah Yang Maha Melihat rahsia jiwa kami.

Dalam do’a ini, kita menegaskan amal shalih itu, bahawa hati-hati kita telah berpadu dalam cinta kepada-Nya, bahawa hati-hati kita telah bertemu dalam taat kepada-Nya, bahawa hati-hati kita telah bersatu dalam berdakwah kepada-Nya, bahawa hati-hati kita telah saling berjanji untuk menolong Agama-Nya.  Semua ini merupakan amal-amal shalih yang kita mengiringi perenungan kita di awal membaca do’a Rabithah.  Dan amal-amal shalih inilah yang insyaAllah, membukakan pintu bagi kita untuk meminta kepada Allah SWT apa yang kita inginkan.  Di sini, Imam Hasan Al-Banna bermaksud mengingatkan para ikhwan untuk menyebutkan ibadat-ibadat hati di hadapan Allah SWT.

“Sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawa hati-hati ini...”

Perpaduan hati yang disebutkan dalam do’a ini adalah hati yang sebenar-benarnya, yang telah terpilih dan bukan sebarang hati.  Hanya hati yang memiliki sifat tertentu sahaja yang termasuk dalam sebutan do’a ini kerana terdapat penegasan yang spesifik dan khusus.  Ini juga sebagai anjuran para Ikhwan terdorong untuk dapat mewujudkan sejumlah sifat-sifat yang dihuraikan setelahnya...

Perhatikanlah bagaimana sifat-sifat hati pilihan itu sebagaimana:

“...terhimpun atas kecintaan (mahabbah) kepada-Mu”

Ibnu Qayyim telah menjelaskan erti ‘mahabbah‘ sebagai “kejernihan cinta”.

Kita mesti mewujudkan keterhimpunan hati di atas mahabbatullah seperti hakikat dan makna ini.  Bertemu dan berkumpul di atas cinta kepada Allah SWT.  Itulah pertemuan, keberhimpunan dan perkumpulan yang sangat mulia.

Mahabbah adalah pertalian antara hamba dengan Rabb.  Dan cinta bukan hanya terletak pada ruang lisan atau ucapan, melainkan dia mesti menjadi realiti yang hidup, di atas landasan apa percintaan itu dibangunkan”

Anak-anak yang dikasihi, marilah kita renungi penjelasan yang sangat baik, yang dibuat oleh Muhammad Lili Nur Aulia ini.  Marilah kita merasakan keenakan dan kenikmatan dapat berhimpun dalam pertemuan berkala kita, walaupun terdapat juga sebab-sebab yang menyebabkan kita kadang kala mahu menguzurkan diri.  Pertemuan kita setiap minggu adalah pertemuan hati dan jiwa.  Pertemuan yang sangat mulia.  Pertemuan antara mereka yang meyakini akan pertemuannya dengan Allah SWT.  Pertemuan yang mengikat hati kita dengan cinta dan taat kepada Allah SWT.  Setiap pertemuan kita pula akan mengukuh hati-hati kita dengan cinta dan taat kita kepada Allah.  Semakin kerap pertemuan semakin terikat hati dengan cinta dan taat kepada Allah sedangkan semakin jarang kita hadir dalam pertemuan itu semakin longgarlah cinta dan taat kita kepada Allah SWT.

Akan bersambung insyaAllah

Mayat berbicara

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.

Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".

"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
sumber

Tuntutan IFC yang di perjuangkan AMBIGA

Masih ingat lagikah kita terhadap Tuntutan IFC yang dibawa dan diperjuangkan oleh AMBIGA

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...