Saturday, July 21, 2012

Antara Honda Civic Dan Perodua Kelisa



\
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Kelisa lagi Power!



Kemalangan Ngeri F1

Amaran!.. Gambar kemalangan Ngeri ini mengandungi gambar yang Ngeri. di harap sapa yang cepat Marah jangan lihat. kerana kandungannya yang brutal!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Seram Gile la F1 ni,..!
  
hahahahahahaha!



Bila Mereka Bertekak!



MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook!
 

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau..
 

GOOGLE : DIAMMM!! Aku ada semuanya.
 MOZILA : Eh, tanpa aku, korang tidak boleh diakses.
IE : Wei Mozilla, sendrik mau ingat ha…gua kan ada..!

MOZILA : Lu pehal? Kacau line orang jer!
IE : Lu dulu la mamat, mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi!!
INTERNET : Sudah!!! … jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde, korang lagi la takde..! Power tak aku?..

FACEBOOK : Hmmm, akulah yang paling ramai di kunjungi. Jadi gua yang terbaekkkkk..!!!

YAHOO : Facebook, jangan riyak. Kalau aku takde, mana boleh buat email!





GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak!
MAXIS, CELCOM, DIGI broadband : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu?

 
 
 
 
 TNB : Diamlah korang!, nanti aku matikan elektrik.. baru korang tau siapa paling power.

Bunyi MISTERI di langit Kota Samarahan.. Apa kata Mufti..?


Suara aneh dan menakutkan dari langit atau Dengkuran Gergasi yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.


“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita.. Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman, banyak petanda yang sudah berlaku.


Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun.., namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni.”


Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.


“Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.


Rasulullah ada sebut dulu.., ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh.., gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi.


Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah.., dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni.., angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.


Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.


Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.


Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.


Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden kejadian aneh itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai “High Frequency Active Auroral Research Programme” (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.


Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.

.Sila lihat Video di bawah.


Amaran 2012 dalam Ar-Rahmaan!


Nombor Perdana adalah Kuncinya 

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;


13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77


dan jumlahnya


13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!
tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).


Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);


30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 355 days
sumber: http://www.islamicfinder.org/Hcal/hdate_year.php?year=1433&base=h


Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).


Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.


Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.


Apakah Peristiwa Itu?


Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟ 
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stone
s are its fuel;  it is prepared for the unbelievers.


"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ 
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.


" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]


بسم الله الرحمن الرحيم
      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.



Bala Tentera Dajjal Sudah Bersedia

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajjal) Kaf Fa dan Ra (Kafir). 

Orang-orang Mesir dizaman firaun dahulu sudah mengenalinya dan merupakan salah-satu dari sembahan mereka. Salah satu aksara Mesir Kuno, Hieroglyph, berbentuk mata satu yang merupakan simbol Dewa Ra, Dewa Matahari.
Simbol dewa Ra yang di sembah oleh mesir purba zaman firaun 
Selain ciri-ciri dajjal bermata satu, di dahinya juga ada tulisan Arab “Ka Fa Ra” atau Kafir. Kafir berarti “Tidak mempercayai”. Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah Swt, karena mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer.

Rasulullah s.a.w secara jelas menyatakan pengikut-pengikut dajjal nanti akan didalangi oleh bangsa Yahudi.

"Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi, para wanita, dan rakyat jelata" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, hal. 2065).


"Kebanyakan orang yang menyertai Dajjal ialah kaum Yahudi, dan para wanita" (idem, halaman 2214).



"Dajjal musuh Allah, akan muncul dan dia akan disertai oleh bala tentara yang terdiri dari kaum Yahudi dan segala macam bangsa" (idem, halaman 2974).


Penubuhan brigade KFIR yang merupakan brigade terbesar tentera Israel buat masa ini adalah jelas mengesahkan lagi kemunculan dajjal dimana pengikutnya adalah yahudi. Brigade ini juga dikenali sebagai brigade 900. Unit ini secara rasmi ditubuhkan pada Februari 2005 yang dinaik taraf dari kumpulan batalion Nachshon Shimshon, Haruv, Duchifat, Lavi dan Netzh Yehuda menjadi satu brigade penuh. Brigade ini khusus ditubuhkan untuk menentang pejuang-pejuang palestine. Batalion tersebut adalah brigade ditempatkan di bandar-bandar Palestine dari Hebron di selatan hingga ke Tulkarem di utara. Sesuai dengan namanya, brigade ini amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan terutamanya terhadap penduduk Palestine. Kekejaman mereka telah terbongkar dan dilapurkan oleh akhbar Haaretz tentang siksaan yang mereka lakukan terhadap kanak-kanak Palestine termasuklah penderaan seksual dan siksaan dengan meletakkan pemanas elektrik di muka kanak-kanak.
Askar dari Brigade KFIR sedia untuk melakukan pembantaian keatas penduduk Palestine 

Penggeledahan dari rumah kerumah penduduk Palestine sedang dijalankan oleh unit tersebut. 
Sebenarnya Rasulullah s.a.w telah diberi gambaran oleh Allah tentang teknologi yang digunakan oleh Dajjal walaupun pada masa itu tidak ada sesuatupun benda menghampiri gambaran tersebut. MasyaAllah inilah membuktikan kebenaran kenabian Rasulullah s.a.w dan hadis-hadis baginda.


"Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah cepatnya perjalanan Dajjal di muka bumi? Beliau menjawab: seperti cepatnya awan ditiup angin" (Misykat bab Dajjal).



"Bumi akan digulung untuknya; ia menggenggam awan di tangan kanannya, dan mendahului matahari di tempat terbenamnya; lautan hanya sedalam mata-kakinya; di depannya adalah gunung yang penuh asap" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2998).


Bahkan mereka menamakan pesawat tempur mereka sebagai KFIR. Pesawat ini mereka majukan dari pesawat mirage perancis dan juga telah digunakan dalam perang Arab-Israel. 
Jet pejuang KFIR boleh terbang pada altitude 30,000m dan halaju maksima 2,285 km/h 
Logo skuadron KFIR 

Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w mengkhabarkan berita gembira kepada pejuang-pejuang Islam bahawa mereka akan diberi pertolongan oleh Allah dalam menghadapi dajjal dan mendapat kemenangan gemilang seperti yang telah juga berlaku ketika mereka menentang Rom dan Parsi.


“Rasulullah sallallahu Alaihi Wassalam bersabda; Kamu akan bertempur dengan jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Parsi , dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Rom, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu.”


Hadis ini juga menjelaskan juga bahawa dajjal merupakan satu kaum yang engkar samalah juga seperti kaum-kaum Rom dan Parsi yang telah berjaya ditumpaskan oleh umat Islam tetapi dengan syarat umat Islam hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenarnya yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Rujukan:
  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Kfir_Brigade 
  2. http://www.haaretz.com/print-edition/opinion/something-bad-is-happening-to-us-1.240080
Sumber; Petunjuk Zaman

dari FaceBook ke BeLOG: Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

dari FaceBook ke BeLOG: Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Bersahur cara Rasulullah S.A.W



Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923)

Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar.

Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120)

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643)

Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.

Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664)

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919)

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.

Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187)

Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a. berkata, “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1920)

Kadi Iyadh r.h. berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” (Dinukil daripada Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 114)

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.

Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata, Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1921)

Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak boleh lagi makan dan minum.

Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda.

Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang hariny.
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...