Pertubuhan
pembangkang dan kumpulan revolusi Syria menyeru masyarakat antarabangsa
dan agensi bantuan kemanusiaan untuk segera membantu penduduk bandar
Halab yang berada di tahap paling kritikal waktu ini akibat kepungan dan
serangan bertub
i-tubi dari pihak askar yang masih setia dengan Basyar Al-Asad semenjak beberapa hari lalu.
Pertubuhan-pertubuhan berkenaan dalam satu kenyataan semalam menyeru
kepada umat Islam agar membebaskan 6 juta penduduk Halab yang dilaporkan
berhadapan dengan kekurangan bekalan makanan selain ketiadaan bahan
bakar, air serta ubat-ubatan.
Mereka juga mendakwa, kepungan
yang dilakukan askar kerajaan menyebabkan bantuan kemanusiaan tidak
dapat disalurkan kepada penduduk tempatan.
Salah
seorang pemuda yang berasal dari Saudi, Muhammad Salim El-Harbi yang
dikurniakan syahid di bumi Syria dalam satu pertempuran dengan askar dan
talibarut Basyar di Lazaqiyah, Syria pada 7 Ramadhan 1433 bersamaan 26
Julai 2012. Beliau se
mpat menulis sepucuk surat berupa wasiat buat keluarganya:
"Kepada bonda yang tercinta, kepada ayahanda dan sekalian keluarga.
Demi Allah! Saya tidak mengharapkan sesuatu kecuali redha Tuhan,
bantuanNya buat agama kita, cintakan kepada jihad dan menuntut syahid.
Dengan izin Allah, saya akan memberikan syafaat buat kalian semua.
Ketahuilah! Bahawa mati itu tidak dapat ditolak sesiapapun walaupun
kalian cuba menghalang kematian daripada saya, jika dia (mati) datang
maka saya tidak dapat keluar. Ketahuilah! Bahawa jihad itu tidak akan
dapat mempercepatkan atau melewatkan kematian seseorang. Firman Allah
:(Setiap umat itu mempunyai ajal, apabila datang ajal mereka tidak akan
disegerakan atau dilewatkan walau satu saat.)
Wahai ibu!
Bersabarlah! Bukannya saya seorang bahkan ramai dari kalangan
pemuda-pemuda yang telah mendahului saya ke bumi jihad, dari kalangan
mereka ialah Abdul Majid Mohammed, Himad dan ramai lagi. Ramai
dikalangan mereka yang memperolehi nikmat di akhirat dan dikurniakan
syahid. Ketahuilah wahai ibu! Bahawa kehidupan tidak lagi bermakna buat
saya, saya tidak mampu hidup lagi sedang saya melihat umat Islam dihina.
Saya juga tidak dapat lagi mendengar tentang kehidupan ini sedang saya
melihat saudara-saudara saya mendahului berjihad serta memperoleh
syahid. Maka tidak dapat tidak perlu berjihad, maka tiada kehidupan
melainkan dengan jihad. Akan tetapi jalan Allah tidak pernah
menyempitkan jalan saya kepadaNya."
Ditulis oleh Muhammad Salim El-Harbi.
Semoga Allah menerima beliau dari kalangan syuhadaNya.
Penyembelihan terbaru berlaku di pinggir Damsyik (1 Ogos 2012) apabila lebih 25 syuhada’ ditemui dibunuh.
Bandar ini telah diserang dan digempur sejak 6 hari lalu (serangan
berlaku dari Bukit Qasiyun dan dari berek tentera yang berdekatan). Maka
tindakan ini telah memaksa kebanyakan penduduk melarikan diri.
Semalam, askar rejim Syria telah memulakan operasi dengan menyerang
rumah-rumah milik penduduk, mencuri, merampas harta benda dan membakar
rumah-rumah. Mereka membunuh sesiapa sahaja dari kalangan penduduk awam
di pertengahan jalan. Bandar tersebut kini musnah dan ranap sama sekali.
Bilangan yang terkorban mencecah puluhan orang. Terdapat dari
kalangan mereka yang dibunuh dengan cara disembelih, ada yang dibakar
hidup-hidup, ada yang ditembak dalam keadaan tangan diikat. Jumlah
kematian setakat ini yang mampu dihitung seramai 27 orang manakala
bilangan yang cedera lebih 100 orang.
Operasi penyembelihan masih berterusan berlaku dan tiada sesiapa yang mampu memasuki kawasan operasi.
Sumber: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan
Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke
Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi
Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari
Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di
syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam
perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi
Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar
kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi
itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal
ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi
itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam
bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa
pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan
dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan
penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu."
Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya
kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah
melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi
babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu
urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan
kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku
sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah
menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap
hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya
Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi
Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka
ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang
sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami
naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah
juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua
ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke
dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat
menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya.
Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang
baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)