Wednesday, June 27, 2012

Proses Pengeluaran Lesen Perniagaan Di MPT (Tawau)


01) Menerima Borang Permohonan Lesen Perniagaan.

 02) Penyemakan Permohonan.

03) Tidak Lengkap Dikembalikan Kepada Pemohon. Sekiranya Lengkap, Butir-Butir Pemohon
Lesen Direkod Di Buku Daftar Pemohonan Lesen.

04) Permohonan Dikemukakan Ke Bahagian Perbendaharaan Untuk Ulasan Bayaran Cukai
Pintu.

05) Menerima Semila Borang Dengan Ulasan Akauntan.

06) Sekiranya Pemohon Mempunyai Tunggakan, Pemohon Di Minta Menyelesaikan Semua
Tunggakan Sebelum Proses Lesen Diteruskan.

07) Sekiranya Tiada Tunggakan, Borang Permohonan Akan Ke Bahagian Kejuruteraan Untuk
Ulasan Kesesuaian Lokasi/Tapak Perniagaan.
 
08) Menerima Semula Borang Dengan Ulasan Ketua Jurutera Majlis Perbandaran Tawau.

09).Jika Lokasi Tidak Sesuai Surat Penolakan Dikeluarkan, Jika Lokasi Sesuai (Tiada Halangan)
Daripada Bahagian Kejuruteraan, Bagi Pemohon Lesen Restoran, Kedai Kopi, Kedai
Gunting Dan Saloon Kecantiakn. Borang Akan Dikembalikan Ke Jabatan Kesihatan Untuk
Ulasan.

10).Sekiranya Ada Halangan Dari Jabatan Kesihatan, Surat Penolakan Bersama-sama dengan
Alasan Penolakan Akan Dikeluarkan Kepada Pemohon.

11) Jika Tiada Halangan Dari Jabatan Kesihatan bagi Permohonan Yang Tidak Perlu Dibawa Ke
Mesyuarat JKP, Surat Kelulusan Kepada Pemohon Dan Meminta Pemohon Membuat
Pembayaran Di Kaunter Pembayaran.

12) Bagi Permohonan Yang Perlu Dibawa Ke Mesyuarat JKP Sediakan Kertas Kerja.

13).Keputusan Mesyuarat JKP Dibawa Ke Mesyuarat Majlis Penuh Untuk Pengesahan. Jika
Keputusan Mesyuarat Menolak, Surat Penolakan Dengan Alasan Akan Dikeluarkan. Jika
Permohonan Diluluskan, Surat Kelulusan Akan Dikeluarkan.

14).Bayaran Lesen Diterima Dan Resit Sementara Dikeluarkan Dan Maklumkan Mengenai
Tarikh Serahan Lesen Kepada Pemohon. 


No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...