Saturday, June 30, 2012

AIRSOFT GUN


AIRSOFT GUN

Mainan replika airsoft gun ini merupakan replika jenis senjata-senjata yang ada di dunia, baik dari jenis pistol, revolver, submachine gun, assault rifle, sniper rifle, dan shotgun. Walaupun termasuk kategori mainan, airsoft gun juga dapat melancarkan peluru plastik bulat berukuran 6mm (biasa disebut bb, red.) baik secara single action, semi automatik ataupun automatik sepenuhnya.
Material yang ada pada airsoft gun sebahagian besarnya diperbuat dari bahan ABS resin (seperti bahan yang digunakan pada handphone), yang dikombinasikan dengan alluminum alloy, dan zinc. Purata berat jenis airsoft gun berkisar antara 70% hingga 90% dari berat senjata aslinya. Kadangkala, sama berat senjata aslinya, pada jenis-jenis tertentu, magazine pada airsoft gun jenis pistol dibuat dengan berat yang lebih berat berbanding  magazine senjata aslinya.

Digerakkan Oleh Hembusan Udara

Pada dasarnya, airsoft gun digerakkan oleh udara yang dihasilkan oleh piston yang digerakkan oleh pengokang pada jenis spring gun (SPG), oleh motor yang digerakkan oleh bateri pada jenis electric gun (EG: Electric Gun/AEG:Automatic Electric Gun) atau  gas (freon) pada jenis Gas Blowback Gun (GBB). Hembusan udara tersebut, memutarkan bb bulat berukuran 6mm dalam laras airsoft gun agar laju bb tersebut boleh semakin laju. Fasiliti ini dinamakan fasiliti Hop-Up, yang sudah banyak diadaptasi mainan airsoft gun pada masa kini. Seperti dijelaskan pada huraian diatas, sistem penggerak pada airsoft gun terbahagi kepada  3 (tiga) kategori, iaitu;
• Spring Gun (SPG) – Penggerak dengan menggunakan sistem gas/per.

• Gas Blowback Gun (GBB) – Penggerak dengan menggunakan sistem gas.

• Automatic Electric Gun (AEG) atau Electric Gun (EG) – Penggerak dengan menggunakan sistem motor yang digerakkan oleh bateri.

Mekanisme spring (gas/per) biasanya diterapkan pada model-model airsoft gun jenis awal yang banyak diadaptasi pada mainan jenis pistol. Dengan menarik slide-nya, automatik anda mengokang pistol tersebut. Anda harus mengokang kembali pistol anda jika anda hendak menembakkannya kembali. Beberapa jenis pistol spring antara lain dari jenis Glock 17, Sig P228, Colt GM MKIV/70, H&K P7,dan lain-lain lagi. Mekanisme jenis ini juga banyak diadaptasi untuk jenis bolt action rifle, seperti jenis APS2, M24 Police Sniper, M82 Barret, M1 Carbine, dan banyak lagi.

Jenis Gas Blowback menggunakan gas untuk mengeluarkan gas jenis freon (HFC 134/R22) yang akan meniupkan bb 6mm tersebut. Kelebihan jenis ini adalah kesan hentakan (recoil) atau blowback yang ditimbulkannya. Bagi banyak penggemar menghasilkan sensasi yang tersendiri dibandingkan jenis lainnya. Jenis GBB ini merupakan jenis airsoft gun paling popular kerana banyak diterapkan pada jenis replika senjata laras pendek (pistol).
Jenis yang dijual pun ratusan jumlahnya, replika dari senjata terkenal seperti Colt SAA, Deringer, S&W M249, Colt 1911-A1, Glock 17, Glock 26, Sig Sauer P226, Walther PPK/S, Walther P99, UZI, M11 Ingram (inzet), dan masih banyak lagi.
Jenis Electric Gun merupakan jenis terkini yang juga sangat popular. Disebut electric gun kerana mekanisme pendorong tenaganya digerakkan oleh motor (dynamo) yang digerakkan oleh tenaga bateri yang mendorong piston untuk bergerak kehadapan dan kebelakang mengeluarkan bb 6mm kadar segera meluncur di dalam laras. Jenis electric gun sendiri terbagi menjadi 2 (dua) jenis iaitu; EG (Electric Gun) yang tidak menghasilkan fungsi automatik sepenuhnya pada senjata yang mengunakan sistem tersebut dan AEG (Automatic Electric Gun)  mampu mengeluarkan ratusan peluru secara full automatic. Jenis EG banyak diadaptasi oleh jenis pistol, dan digerakkan oleh 4 (empat) buah bateri AAA dan sebuah dynamo kecil saja. Jenis ini tidak sebaik dari jenis AEG. Dessert Eagle, Beretta M92FS, ia merupakan contoh dari siri electric gun ini. Jenis yang memiliki mekanisme lebih maju dipegang oleh jenis AEG (Automatic Electric Gun). Selain mengunakan motor berkuasa tinggi, sumber tenaga yang digunakan juga merupakan bateri kering dari jenis NiCad (Nickel Cadmium) atau NiMH (Nickel Metal Hybrid) yang biasa digunakan pada telepon bimbit (tetapi memiliki kemampuan lebih tinggi). Seperti maklumat diatas, bateri akan menggerakkan motor  dengan mekanisme mekanik dengan menggerakkan piston yang akan bergerak kehadapan dan kebelakang melepaskan bb 6mm melalui larasnya.
Dengan bateri berkapasiti 600mAH hingga 3300mAH, dengan kekuatan 8,2V hingga 12V, ribuan butir bb plastik 6mm boleh dimuntahkan tanpa perlu mengisi ulang (charging) bateri. Alasan ini juga yang membuat banyak hobbyist mengkoleksinya untuk digunakan dalam permainan airsoft wargames.
Bukan Untuk Senjata Beladiri
Walaupun bentuknya menyerupai bentuk aslinya, airsoft gun tetaplah merupakan sebuah mainan. Mekanisme dari airsoft gun sangatlah berbeza dengan senjata aslinya. Selain material yang digunakannya, sistem pergerakannya dirancang hanya sebagai mainan untuk koleksi ataupun olahraga (permainan peperangan) sahaja. Kebanyakan airsoft gun standard pabrik menghasilkan kekuatan sebesar 1 joule, dengan kepantasan bb (muzzle velocity) sekitar 280fps sehingga 330fps (atau antara 90m/saat sehingga 100m/saat). Daya jangkau efektif pada kebiasaannya untuk jenis SPG adalah 5m, 10m untuk GBB dan 20m untuk AEG.

Dengan mekanisme internal airsoft gun, bentuk dan material bb, tenaga yang dihasilkan dan jarak jangkauannya yang berjarak dekat, mainan airsoft gun ini hanya mampu menghasilkan bekas merah jika terkena pada bagian tubuh. Airsoft Gun telah dikategorikan sebagai mainan dengan peruntukkan untuk koleksi dan olahraga saja dengan batasan-batasan terhadap kepemilikannya.
Airsoft gun hanya boleh digunakan oleh;
1.    Berumur 18 tahun keatas.
2.   Airsoft gun sendiri dan mempunyai surat data kepemilikan airsoft gun. (Kecuali mempunyai surat kebenaran sendiri).
3.   Sijil kebenaran mengunakan Airsoft gun yang diperakui.
4.   Sijil keahlian Kelab-kelab Airsoft.
5.   Mempunyai kebenaran bertulis untuk bermain di sesuatu tempat.
6.   Tidak mempamerkan kepada khalayak umum.
Peraturan-peraturan ini amat penting di patuhi bersama untuk keselamatan dan kebaikan bersama.




JENIS-JENIS SENJATA REPLIKA AIRSOFT

Beragam jenis replika airsoft gun tersedia di dunia. Ratusan jenis pistol atau revolver dan puluhan jenis senapang dibuat oleh beberapa fabrikan dari Jepun, Korea, Taiwan atau Hongkong. Beberapa contohnya antaranya;

Sniper Rifles
• H&K PSG1
• H&K G3/SG1
• M82 Barret
• APS2
• M24

Assault Rifles
• Colt M16-A1, A2
• Colt XM177E2
• Colt AR15
• Colt M4A1 Carbine/RIS
• AK47/47S
• Steyr AUG
• FAMAS
• H&K G3/A3, A4
• FN P90

Submachine Gun
• H&K MP5-A2, A3, A4, A5
• Steyr TMP/SPP
• UZI
• M11 Ingram

Machine Gun
• M60
• FN M249 Minimi
• MG42


Handgun
• Colt 1911-A1, GM MKIV/70
• Glock 17, 18C, 19, 23, 26, 34
• Sig Sauer P226, P228, 2340
• Smith & Wesson Sigma
• Walther P99, PPK/S
• Beretta M92FS, M9 Mil, M1932, Cougar
• Strayer Voight SV Infinity
• STI Edge, Eagle
• Para Ordnance P14
• Tokarev T-33
• Dessert Eagle

Shotgun
• Benelli M3 Super 90
• SPAS 12
• Remington M700
• Mossberg
Selain itu, banyak lagi senjata lain yang tidak tersenarai diatas.
 Berikut, merupakan salah satu contoh Airsoft gun;


7 comments:

  1. nak beli cam mana ye yg harganya rm469

    ReplyDelete
  2. I want ak 47. How much??? Give me price+delivery and slfyll specs. Emaik me hakeem01@live.com or you can sms 0189820216

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory saya tak dapat nak bagitau encik Hakeem,, rasanya game ni masih di haram kan oleh kerajaan Malaysia..

      Delete
  3. Replies
    1. Boss ada lg x
      Nk nombor tel boleh harap reply

      Delete
  4. Hi! Berminat Walther PPK, boleh email lohchinsheon@yahoo.com? Tq!

    ReplyDelete

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...