Sunday, November 25, 2012

Tulisan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tahniah kepada PAS yang konsisten dengan isu Palestin !


Ini merupakan tulisan
Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
_____

"Di bumi Palestin, serangan serta pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini terus berlaku tanpa batasan. Mereka mencabul segala batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta melakukan satu jenayah perang yang amat besar.

Mereka juga secara terancang dan terangan melakukan pencerobohan terhadap Masjid al-Aqsa dan terus mendirikan kawasan penempatan di tanah yang dicerobohi oleh kerajaan Zionis ini.

Apa yang lebih memalukan lagi adalah sebahagian besar dari pemimpin dunia Islam masih di kongkong dengan tekanan hegemoni Zionis.

Badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kesemuanya membisu seribu bahasa terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Zionis ini.

Sekali lagi saya ingin merakamkan sokongan padu PAS terhadap intifadah yang di terajui oleh Harakah Muqawammah (Hamas) di bumi suci Palestin. Bagi PAS, isu bumi Palestin serta pembebasan Masjid Al-Aqsa yang merupakan Kiblat pertama umat Islam kekal menjadi agenda terpenting di peringkat antarabangsa.."
______

Semoga isu Palestin menjadi isu utama yang menyatukan umat Islam seluruh dunia dan Malaysia khususnya tidak kira pembangkang mahupun pihak kerajaan, selagi ia bernama "muslim" mereka patut mempunyai kesederaan bersama akan isu Palestin.
 

Saturday, November 24, 2012

Penerangan Sebenar Masjid Al-Aqsa

 
Dari; 
 


Fakta asas Masjid al Aqsa...

Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid yang ke 2 dibangunkan di muka bumi dan merupakan masjid yang ke 3 mulia di sisi Allah swt.

Namun begitu, dari masa ke semasa kita dapati masih ramai di kalangan umat Islam yang masih keliru dengan beberapa fakta asas mengenai Masjid al Aqsa yang mulia ini. Fakta-fakta asas ini amat penting untuk digarap bersama
agar tidak membantutkan sebarang usaha mulia dalam perjuangan yang besar, panjang dan berliku bagi mendapatkan kembali hak kita terhadap Masjid al Aqsa.

Masjid yang mempunyai kubah berwarna kuning keemasan ni ialah Masjid Qubbah as Sahra' atau Dome of the Rock yang juga dipanggil sebagai Masjid Kubah Batu (Bahasa Malaysia) . Ia juga kadang-kalanya dipanggil sebagai Masjid an Nisaa (Masjid Wanita) kerana kerap digunakan oleh para jamaah wanita di zaman sekarang. Bangunan masjid ini telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan pada tahun 69-75 Hijrah dan masjid ini adalah SEBAHAGIAN daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid yang berkubah hijau tua itu namanya ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah (kerana digunakan sebagai masjid utama ketika solat Jumaat) miski pun ada sebahagian kecil orang yang memanggilnya sebagai Masjid al Aqsa. Masjid Qibli ini juga adalah sebahagian daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid al Aqsa (Haram as Syarif) adalah keseluruhan kawasan masjid yang dikelilingi oleh kawasan tembok yg dibina (diwarnakan dengan lakaran garisan warna hitam) yang turut melingkupi Masjid Qubbah as Sahra', Masjid Qibli, Masjid Umar, Musolla Marwani dan lain-lain. Sehinggakan kawasan yang diduduki oleh pepohon zaiton itu juga dikira sebagai sebahagian daripada Masjid al Aqsa.

Sekiranya anda merasakan bahawa fakta asas ini penting untuk memahamkan rakan-rakan atau saudara anda tentang fakta sebenar mengenai Masjid al Aqsa, sila 'SHARE' (kongsikan) bersama mereka.

Mari kita fokuskan pemikiran, usaha dan doa agar kita semua dipilih oleh Allah swt sebagai hamba-hambaNya yang istimewa sebagaimana diberikan kepada generasi terdahulu yang mengiringi Umar al Khattab dan Solahuddin al-Ayyubi yang telah berjaya membebaskan Bumi Suci umat Islam ini.
 
Dari;

 
 
 Sejarah Dome Of The Rock / Masjid Qubbat Al-Shakha.

Sebungkah batu yang saiz panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki terapung di kawasan Islam di kota Juruselam. Menurut sejarah, batu ini terapung sejak peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. pada tahun 619. Di ceritakan bahawa batu ini cuba mengikuti Rasulullah SAW Mikraj ke langit, tetapi ianya ditahan oleh Baginda Rasulullah saw dan malaikat Jibrail. Dari sejak itu batu ini terus terapung sehingga kini. Semasa pemerintahan Khalifah ke 2 Saidina Omar ra. (tahun 638) kota Juruselam merupakan kawasan jajahan Islam, dan kawasan batu ini di kepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat yang direka khas oleh seorang akitek Greek. Pada pemerintahan Khalifah ke 10 Abdul Al-Malik ibn Marwan, (tahun 687 dan 691) masjid ini dibangunkan semula dan dikenali sebagai DOME OF ROCK yang tingginya 10 meter dan diameter nya 20 meter di kota Juruselam. Bagi orang-orang Arab ianya dipanggil sebagai Masjid Qubbat Al-Shakha.

Friday, November 23, 2012

Pemberian Sumbangan Aman Palestin Mesir Kepada Mangsa Gaza

 

Hari Ini · · Diambil di Cairo, Egypt

Pemberian Sumbangan Aman Palestin Mesir Kepada Mangsa Gaza

 Lawatan dan pemberian sumbangan rakyat Malaysia menerusi Aman Palestin Mesir telah diadakan pada 22 Novemver 2012 . Lawatan ini diadakan di dua buah hospital di kawasan Kaherah yang menempatkan beberapa orang mangsa perang di Gaza. Sebanyak 3000 USD telah berjaya disumbangkan rakyat Malaysia telah diuruskan Aman Palestin Mesir ketika lawatan ini. Semoga segala sumbangan dan amalan kebaikan kalian diterima Allah. Allahuakbar Walillahilhamd !!!











Mesir Kembali Ke Pangkuan Arab Dan Islam


Aman Palestin Mesir

Dalam kekalutan serangan Yahudi terhadap bumi Gaza. Sejarah lama kemenangan mujahidin Islam pada tahun 1973 perlu diungkapkan kembali. Peperangan dikenali dengan perang 6 Okt 1973 atau 23 Ram
adhan telah merubah banyak senario politik dunia terutamanya Timur Tengah. Peperangan membabitkan Terusan Suez dan Semenanjung Sinai. Ke dua-duanya berada di bumi Mesir. Bumi Kinanah diberi gelaran oleh Saiyidina Umar Al Khatab. Bumi yang terdapatnya sungai Nil yang masih belum dijumpai hulunya walaupun telah diterokai oleh tujuh ekspidisi. Ada yang bermula dari bawah selatan benua Afrika , ada yang bermula dari atas iaitu utara Afrika. Tapi sehingga sekarang belum dijumpai secara tepat hulunya. Sungai yang pernah membatalkan acara tahunan amalan khurafat Mesir kuno yang korbankan seorang gadis sunti sebagai memenuhi permintaan penunggu Sungai Nil yang berlaku kekeringan apabila tuntutannya tidak dipenuhi.

Semasa pemerintahan Umar Al Faruq, Umar telah menulis sepucuk surat dan surat tersebut telah dicampakkan ke dalam sungai Nil, akhirnya Nil akur dengan seruan Umar Al Faruq agar tunduk kepada kekuasaan Allah.

Kembali kepada sejarah Terusan Suez dan Sinai. Pada tahun 1967, Yahudi telah merampas Sinai dari Mesir dan Bukit Golan dari Syria. Sinai telah dibebaskan oleh tentera Mesir pada tahun 1973, sementara Bukit Golan masih berada di tangan Yahudi. Sebahagian besar tentera Mesir mendapat tarbiah yang baik .Anak-anak tarbiah Hasan Al Banna dan Abbas Sisi . Yahudi telah bina di bumi Sinai pelbagai peralatan senjata canggih dengan bantuan negara-negara Barat terutamanya USA. Ada maklumat yang menyatakan ianya melibatkan hampir 2000 pakar dari seluruh negara Barat. Benteng Barlif adalah antara kelengkapan yang masyhur sempena dengan nama Jeneral tentera Yahudi waktu itu.

Benteng pasir adalah bentang pertama apabila menyeberangi Terusan Suez. Benteng Barlif adalah benteng kedua yang dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Jalanraya seumpama landasan kapalterbang terus ke Tel Aviv. Tanah Besar Mesir hanya dilengkapi dengan pos-pos kecil tentera sepanjang sempadan. Bahkan ada dikalangan tentera sempadan bersantai di bawah naungan pokok khurma.

Ilham dari seorang ulamak, kerajaan Mesir telah menempah sebuah paip bomba yang besar dari Itali. Dunia tidak menyangka akan berlaku peperangan kerana riak-riak akan berlaku peperangan tidak kelihatan. Taqdir Allah Taala, dengan persiapan mental dan fizikal mujahidin dari tentera Mesir telah bertekad untuk membebaskan Sinai. Bermula di awal Subuh 23 Ramadhan bersamaan 6 Oktober 73 mereka bermunajat dan berdoa kepada Allah. Diiringi dengan tasbih,tahmid dan takbir mereka mulakan serangan dengan pancutan air meruntuhkan benteng pasir untuk memberi laluan kepada tentera darat menyeberangi Sinai. Banyak peristiwa-peristiwa anih berlaku sewaktu berlaku peperangan. Akhirnya mujahidin Mesir dapat hancurkan benteng Barlif. Menteri Pertahanan Yahudi waktu itu Moshu Dayan bermata sebiji mengaku kalah dengan menyatakan: “Aku menyangka benteng ini terlalu kuat tidak akan ditembusi oleh sebarang senjata rupa-rupanya ia diperbuat daripada susu.”

Semasa serangan tentera Yahudi leka dan sedang berehat rehat hujung minggu dan mereka tidak menyangka mujahidin Mesir akan menyerang mereka di bulan Ramadhan. Serangan udara dan darat dilakukan serentak. Mujahidin Mesir memohon dari kerajaan Mesir untuk terus ke Tel Aviv dan bebaskan Aqsa. PM Mesir waktu tidak membenarkan dengan alasan: “ Aku hanya PM untuk Mesir sahaja”. Ringkas cerita apabila mereka kembali telah disambut dengan trak-trak polis dan dihumban ke penjara kerana fikrah yang mereka bawa. Jasa mereka kepada negara diketepikan begitu saja.
Hasil dari peperangan tersebut senario kuasa politik dan ekonomi dunia berubah. Negara-negara Arab telah menggunakan kuasa petrol dengan menghentikan ekspot petrol serta merta ke mana mana negara terutama negara yang memberi sokongan kepada Yahudi . Harga petrol sekitar US 17 telah melambung ke US 40. Harga barang meningkat berkadar terus dengan harga petrol. Simpanan petrol di sebahagian besar negara paling lama boleh bertahan 2 minggu sahaja. Ada negara seperti India mampu bertahan untuk 2 atau 3 hari sahaja. Seingat saya Jepun mampu bertahan untuk tempoh 9 hari sahaja. Dunia berkecamuk . Yahudi berusaha untuk berdamai dengan Mesir menggunakan orang tengah USA dan Barat.

Yahudi dan negara Barat berusaha untuk adakan perdamaian dengan Mesir tetapi diletakkan syarat gerakan dakwah Ikhwan Muslimin mesti dilenyapkan. Mereka cuba untuk pisahkan Mesir dengan negara-negara Arab dan akhirnya berjaya dengan termeterinya perjanjian Camp David pada tahun 1982 dibawah seliaan Jimmy Carter Presiden USA . Mesir terpisah dari negara Arab secara strategi bermula tahun 1982 sehingga kejatuhan Husni Mubarak. Kebuntuan masalah petrol dunia dilanggar oleh Kuwait di bawah Malek Sobah. Kuwait hanya satu-satu negara Arab yang melanggar larangan tersebut. Setelah dipujuk oleh USA , petrol Kuwait telah memenuhi pasaran dunia terutama ke USA. Ekonomi dunia hampir lumpuh termasuk USA .Kapal-kapal minyak Kuwait telah menggunakan bendera USA untuk mengekspot petrol keluar negara.

Mudah-mudahan dengan kembalinya Mesir kepangkuan Arab dan Islam , kembalikan semula kegemilangan Othmaniah dan Al Fateh , dunia Arab dan muslimin keseluruhannya akan bersatu dan berpadu satu agama satu aqidah. Kembalikan kegemilangan Melayu dengan Islam .Kita semua bersaudara. Angkatlah bendera Islam memberi keadilan keseluruh alam. Allah Matlamat Kami, Rasul Qudwah Kami, Quran Dustur Kami, Jihad Jalan kami,Syahid Cita-cita Kami. Allahu Akbar walillahil Hamd.

Tulisan Oleh :
Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP ISMA Kelantan | YDP Majlis Syura ISMA

Tuesday, November 20, 2012

Bagaimana Roket Hamas boleh menembusi Iron Dome milik Israel


Inilah kebanggaan pertahanan Israel "Iron Dome" yang dibangunkan dengan kos berjuta-juta dolar.

Walaupun demikian roket Qassam buatan tangan orang Palestin mampu menembusinya bila dilancarkan dalam bilangan yang banyak dalam satu masa.


Senjata canggih ini telah berjaya di lemahkan oleh roket Qassam bersama dengan doa seluruh umat Islam yang bersama dengan para pejuang di Palestin.

Dilaporkan dalam beberapa masa ia tidak berfungsi kerana kerosakan teknikal.

Siapa tahu kuasa tuhan untuk hambanya yang berusaha mencari asbab kemenangan.
___________
 
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...