Wasiat buat mereka yang bakal bergelar isteri....
Pertama dan Kedua
Berpuas hatilah kepada suami dengan apa ada padanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai dengan ketaatan.
Ketiga dan Keempat
Sentiasalah engkau mempertahankan
pandangan mata dan deria bau suami, jangan sampai matanya memandang
daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu
melainkan bau yang harum.
Kelima dan Keenam
Sentiasalah engkau memerhatikan waktu
tidur dan waktu makannnya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan
kekurangan tidur menyebabkan mudah berang.
Ketujuh dan Kelapan
Jagalah hartanya dan peliharalah
keluarga dan anak-anaknya. Perkara yang terpenting berkaitan hartanya
ialah engkau perlu mengaturnya dengan baik. Manakala berkaitan
anak-anaknya adalah memeliharanya dengan baik, kerana anak merupakan
amanah Allah SWT, maka pelihara dan didiklah ia sebaik mungkin.
Kesembilan dan Kesepuluh
Jangan sekali-kali melanggar perintahnya
dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar
perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau
menyebarkan rahsianya, maka engkau telah mengkhianati amanatnya. Juga,
janganlah sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya ketika dia sedang
bersedih. Dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah
yang muram ketika dia sedang gembira.
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN