Di
negara ini juga tidak kurang munculnya pelbagai cerita seram dan
perkara aneh, dan pelbagai jelmaan pelik yang tidak sepatutnya berada di
lokasi gambar diambil. Kami memaparkan 10 gambar yang agak popular yang
diambil oleh rakyat tempatan, dan tidak kurang seramnya.
1. Hantu Budak Cina Tol Plaza
Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.

2. Hantu Kereta Remuk
Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap
Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.
4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan
Gambar
ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3
makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan
kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang
pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan
hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang
pokok.
5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal
Gambar
ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak
oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut
berkenaan gambar ini.
6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan
Imej
ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar
tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka,
menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi,
sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar
rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas
pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.
7. Pocong Di Kawasan Kilang
Gambar
ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang
oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya
mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat
merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.
8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada
Gambar
ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej
ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.
9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin
Gambar
ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak
sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar
tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah
mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak,
Wallahu’alam.
10. Wanita Kebaya Merah
Cerita
berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan
dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini
juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang
diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen
minyak di bahagian Utara Semenanjung.Sumber; aiyangdisayang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN