Kerajaan
Malaysia telah menyusun strategi bagi menangani serangan penggodam
keLaman Web rasmi milik kerajaan melalui Mampu ( Malaysian
Administrative Modernisation and Management Planning Unit ) berserta
MCMC ( Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Komision ) dan beberapa
agensi yang berkaitan keselamatan. Paling mengejutkan apabila laman Web
rasmi www.malaysia.gov.my telah diceroboh oleh kumpulan haker yang tidak
dikenali. Sejauhmana keberkesanannya tidak perlu kita ragui lagi.
Dengan
menggunakan kod "Operation Malaysia", kumpulan Penggodam luarnegara
yang tidak dikenali mensasarkan portal dalam talian kerajaan Malaysia
dari Rabu GMT 1930 untuk membantah tindakan kerajaan Malaysia menapis
laman web serta yang terbaru menyekat 10 tapak laman web perkongsian
fail termasuk untuk menapis laman WikiLeaks wisel-blower.
Apa
jua faedah kepada penggodam ini sehingga bukan hanya Laman Web negara
namun dengan bangganya berjaya menggodam laman web milik IMF. Siapa
Dalang disebalik semua ini? Apa faedahnya? adakah mereka bangga dengan
perbuatan jenayah yang dilakukan. Sebelum Malaysia, kumpulan penggodam
ini juga berjaya menyerang laman web di negara Syria, Tunisia, Mesir dan
India.
Budaya
Internet tiada menjadi halangan diMalaysia, namun jika terlibat dengan
jenayah Siber maka berhadapan pula dengan undang-undang dan hukuman.
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN