Kisah Seorang Pemuda, Seorang Sheikh dan Segelas Susu.
-------------------------- -----------
Seorang pemuda datang kepada seorang sheikh dan bertanya kepada sheikh itu: Aku seorang pemuda yg masih lagi muda dan keinginan-keinginanku tersangat banyak, dan aku tidak mampu untuk menghalang diriku dari melihat kepada manusia dan kepada wanita-wanita di pasar. Apakah yg patut aku lakukan?
Kemudian sheikh itu memberikan kepada pemuda itu segelas susu yg penuh sehingga ke bibir gelas dan memberikan pesanan kepadanya supaya dia sampaikan gelas itu kepada suatu tempat tertentu dengan melalui pasar itu tanpa air susu itu tertumpah sedikit pun.
Dan sheikh itu memanggil seorang daripada pelajarnya untuk menemaninya dalam perjalanan itu dan sheikh menyuruh pelajarnya itu memukul pemuda itu di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.
Dan kemudiannya, pemuda itu sungguh dapat menghantar segelas susu itu ke tempat yg dikendaki tanpa tertumpahnya air susu itu.
Dan apabila sheikh itu bertanya kepada pemuda itu: Berapa banyakkah pemandangan dan berapa banyakkah wanita muda yg kamu lihat dalam perjalanan itu?
Pemuda itu menjawab: Wahai sheikhku, aku tidak pernah melihat mana-mana pemandangan yg indah, aku hanya takut dipukul atau dimalukan di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.
Kemudian sheikh itu berkata: Dan demikianlah keadaannya orang yg beriman. Orang yg beriman takutkan Allah dan takutkan kehinaan pada hari kiamat apabila dia melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg beriman yg menjaga diri mereka dari melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg sentiasa menumpukan perhatian mereka pada "HARI KIAMAT".
dari Fikri As-Syubrowi dari us Salam Zulkifli
dari FB عقيدة رسول الله
--------------------------

No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN