64 tahun An nakbah - 15 Mei 1948
Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam.
Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini
dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam.
Sebenarnya banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat
Islam dan sampai masanya untuk zionis mengakhiri era sombong mereka.
1-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan perkembangan di Timur
Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan Hamas-Fatah dan fraksi Palestin
yang lain.
2-Tumbangnya Mubarak dan persetujuan Kerajaan Sementara Mesir untuk membuka 'Rafah Gate' secara kekal.
3-Kesediaan barisan pemuda di Bumi Anbiya melancarkan Intiadah ke 3 dengan pempuran yang lebih dahsyat.
4-Berkurangannya kedatangan pendatang Yahudi ke Palestin. malahan lebih
700 ribu Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 9 tahun yan lalu
5-Generasi muda Israel tidak beriman dan tidak berminat dengan agenda Zionis apatah lagi berjuang untuknya.
6-Pertambahan penduduk Palestin di Gaza, West Bank & Palestine-1948
jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi. Ini merupakan projek
bom demografi yang menakutkan zionis untuk angka masa panjang
7-Ekonomi Israel semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang
dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan
pertembungan yang berterusan selama ini.
8-Sokongan dunia
antarabangsa terhadap isu Palestin meningkat. Bukan sahaja di kalangan
negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.
Dan...banyak lagi. Pastikan bahawa anda tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan ini.
Salam perjuangan dr Dr Zainur Rashid Zainuddin
RuMahKU|RaYa & Puasa|dariFBkeBeLoG|LaWak|Kerajaan@PoLiTiK|ViDeO|BanGsaT|PakCik Rosdi Baharom|BlOgInFo|GamBaR|MisTeri|NGERI
O:::@];;;;;;;;;;>
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN