RuMahKU|RaYa & Puasa|dariFBkeBeLoG|LaWak|Kerajaan@PoLiTiK|ViDeO|BanGsaT|PakCik Rosdi Baharom|BlOgInFo|GamBaR|MisTeri|NGERI
O:::@];;;;;;;;;;>
Sunday, July 29, 2012
Niat bernikah dan berkahwin
❀ ܓ{Niat}❀ ܓ
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
❀ ܓDengan hadis inilah Imam Bukhari memulai kitab shahinya dan menempatkannya dalam pengantar kitab tersebut. Sheikh Abdur Rahman b Mahdi berkata: Seandainya aku mengarang sebuah buku yang di dalamnya terdapat beberapa bab,sudah pasti aku menjadikan hadis ini dalam setiap bab.❀ ܓ
❀ ܓKata kata Ulama mengenai Niat❀ ܓ
1)Yahya b Abi Khatsir berkata: ”Pelajarilah niat kerana sesungguhnya niat itu lebih penting dari amal itu sendiri.”
2)Zaid As-Syaami berkata: ”Sesungguhnya aku paling suka berniat dalam segala hal dan urusan,walaupun ketika makan dan minum.”
3)Imam Daud At-Thoi berkata: “Aku melihat segala kebaikan terkumpul daripada baiknya niat seseorang.”
4)Imam Habib Abdullah Alawi Al-Haddad berkata: ”Carilah niat yang baik,perbanyakkan dengan niat tersebut, nescaya akan menambah pengawasan dan kekhusyuan.
Para salaf telah mengajarkan kepada anak mereka tentang niat sebagaimana merekamengajar al-Fatihah kerana memandangkan kepentingan niat tersebut.
~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥:~
♥♥{Niat Nikah dan berkahwin}♥♥
Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf Rahimahullah berkata:
Aku niat di dalam pernikahan dan perkahwinan ini kerana:
1)Cinta kepada Allah
2)Serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan makhluk manusia di muka bumi Allah Ta’ala
3)Cinta kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam serta banyakkan kebanggaannya sebagaimana sabda beliau,:
“Berkahwinlah kamu serta perbanyakkan keturunan,kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu dari umat yang terdahulu.”
Aku berniat berkahwin dan apa sahaja yang berkaitan dengannya dari perkataan dan perbuatan agar:
4)Mendapat barakat daripada doa anak yang soleh
5)meminta syafaat dari anak yang mati kecil jika anak itu mati sebelumku.
Aku niat berkahwin ini agar:
6)Terhindar dari godaan syaitan
7)Memecahkan keinginan yang sangat kuat
8)menghindarkan malapetaka yang menimpa
9)memejam mata dari segala hal yang diharamkan oleh Allah Ta’ala dan gangguan was was
10)dan menjaga kemaluanku dari perbuatan keji
Aku niat berkahwin ini untuk:
11)Menenangkan diri dengan menggembirakan isteri didalam pergaulan dengannya
12)memandang dan bercumbu cumbuan dengannya
13)menyenangkan hati dan menambah ketaqwaan dalam ibadah
14)mententeramkan hati dari perkara yang berkatian dengan dapur,memasak,mengemas,menyapu,menghamparkan tikar,membasuh pinggan mangkuk serta menyediakan keperluan kehidupan.
Aku niat bernikah juga untuk:
15)Melawan hawa nafsu dan melatihnya dengan penjagaan
16)pengawasan supaya dapat melaksanakan kewajipan keluarga
17)sabar terhadap tingkah laku
18)sabar dan menahan diri dari gangguan mereka
19)berusaha memperbaiki dan member petunjuk ke jalan yang baik
20)berusaha mencari rezeki yang halal untuk keluarga
21)melaksanakan perintah Allah dalam mendidik anak serta meminta kekuatan dan penjagaan dari Allah dan memohon taufiqNYA dan penyerahan diri kepada hadhrat Ilahi dan aku berniat untuk kesemua yang disebutkan tadi kerana Allah.
22)Aku niat juga seperti ini dan juga selainnya dari perbuatan dan perkataan yang aku lakukan dan katakana di dalam nikah ini kerana Allah
23)aku berniat seperti niat orang-orang yang soleh dari ulama yang mengamalkan ilmunya.
-----------------------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”-------------------------------------------------------
❀ ܓDoa Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf❀ ܓ
“Ya Allah!Berilah taufiq dan pertolonganMu kepada kami sepertimana kamu member taufiq dan pertolonganMU kepada mereka,sempurnakanlah kekurangan yang ada pada kami, dan janganlah Engkau memberati urusan kepada kami walau sekelip mata, dan perbaikilah segala hal untuk kami daripada anugerah dan kemuliaanMU dalam keadaan sihat dan sejahtera.”
“Ya Allah! Ampunilah dosa kami, rahmatilah kami, redhailah kami, terimalah apa sahaja yang datang dari kami, masukkan kami di dalam syurga serta selamatkan kami dari azab nerakaMu serta perbaikilah segala hal kami.”
“Ya Allah! Berikanlah pertolongan, barakah dan keselamatan untuk kami di dalam perkahwinan ini dan kesemua urusan kami. Selamatkan kami dari segala perkara yang menyibukkan kami dari MengingatiMu serta segala rintangan yang menghalang di antara kami untuk mentaatiMu, dan jadikanlah di dalam perkahwinan ini kesempurnaan dan tidak meminta minta kepada orang lain.”
“Ya Allah! Sesungguhnya tingkah lakuku adalah pemberianMu, maka oleh itu jagalah aku dimana sahaja aku berada, dan perhatikan kami dengan kekuasaanMU, yang dengannya Engkau menguasai hamba-hambaMu yang soleh.”
“Ya Allah! Bantulah kami, orang tua kami, anak anak kami, isteri isteri kami,guru kami, dan semua saudara-mara kami, begitu juga sahabat yang mempunyai hak terhadap kami dan orang yang mempunyai hak yang paling rendah terhadap kami. Ya Allah! Tolonglah kami dan mereka bagi memudahkan mereka MengingatiMu, mensyukuri nikmatMU dan beribadah kepadaMu dengan baik, wahai Tuhan semesta alam.”
“Ya Allah! Berilah taufiq dan hidayat kepada kami dan juga kepada mereka, wahai Tuhan yang menguasai seluruh alam semesta.Ya Allah! Hidupkanlah kami dan mereka di dalam penguasaan Al-QUr’an dan sunnah NabiMu wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. Ya Allah! Sesungguhnya kami meminta kepadaMu bagi pihak kami dan mereka agar diterima apa jua amalan yang pernah kami lakukan untuk mendekatkan diri kepadaMU.Terimalah dari kami ini.Amin Ya rabbal Alamin.”
“Ya Allah! Limpahkan selawat dan salam daripada keagunganMu kepada utusanMu yang paling mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa sallam sebagai nabi yang terakhir diutuskan kepada hamba hambaMu, serta selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda beserta para sahabat baginda..segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam.”
~Intaha~Dipetik dari Terjemahan KItab An-Niyyat Karangan Habib Sa'ad rahimahullah.Hadiahkan Al-Fatihah buat Al-Marhum..
Labels:
dariFBkeBeLOG,
gAMBAR,
ilmiah,
ilmu,
informasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN