Artikel ini di tulis pada 22 April 2011 oleh LAyARMINDA
Ini
adalah pesanan Dr. Khalil al Hayya mewakili HAMAS di Pelestin untuk
umat Islam di Malaysia. Pesanan ini diterjemahkan oleh Maszlee Malik
(penulis buku "Hamas: Pejuang kota suci BaitulMaqdis") atas permintaan
Dr. Khalil.
Mohon agar sahabat
sekalian menyebarkannya sama ada melaui blog atau cetakan berkenaan
Pesanan ini kerana ianya mengandungi rintihan, harapan, perkongsian dan
rayuan daripada saudara kita di Palestin. Semoga pesanan ini memberi
secebis kesedaran kepada kita.
Alhamdulillah,
Allah memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami
dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih
oleh Allah bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya
menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Kami juga
dipilih oleh Allah bagi mewakili umat Islam di seluruh dunia supaya
menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan
juga masjid suci ketiga. Kami juga dipilih oleh Allah supaya menjadikan
mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia.
Selama
lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga
kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?
Hanya kerana kami mengucapkan la ilaha ilallah dan kerana kami
mempertahankan bumi serta masjid kami.
Pelbagai
bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari
rumah, kampung halaman dan juga tanah air. Dibunuh, diseksa, ditembak,
dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadum yang
dapat disenaraikan, sudah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat
Islam di Palestin tetap sabar dan komited supaya terus kekal dan
mempertahankan tanah air mereka. Ia adalah jihad, kemulian dan bukti
yang kami ingin bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah
menerima pengorbanan kami.
Semasa
detik-detik awal penjajahan, kami, saudara anda daripada gerakan Islam
menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam
dibantai oleh penjajah. Walau bagaimanapun, pembantaian itu tidak cukup
bagi melemahkan kami. Sehingga zaman Jamal Abdul Naser, seperti mana
saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima
kesannya. Semenjak tarikh itu, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah
tanah. Kami menumpukan usaha membina semula struktur perjuangan. Usaha
PENDIDIKAN, DAKWAH, TARBIAH, dan KEBAJIKAN menjadi agenda utama kami.
Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehingga pada
pertengahan 80-an apabila arus sekular mula jemu dengan perjuangan.
Semasa arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin mula
lesu, kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat
Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini.
Perjuangan kami berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah.
Perjuangan kami bukan hanya sekadar memerdekakan sekeping tanah, tetapi
bagi memandu kebangkitan semua umat Islam dan meninggikan syiar Islam di
muka bumi ini.
Semenjak
hari pertama penubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama
bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai
landasan perjuangannya. HAMAS juga memberikan nyawa ahli-ahli mereka
bagi tujuan itu dan berjanji pada rakyat Palestin dan juga kepada umat
Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami. HAMAS juga berjanji
hendak memerdekakan Masjid Al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan
kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.
Setelah
hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan
HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah mereka.
Kemenangan ini walaupun indah, namun ia adalah ujian yang getir bagi
kami. Kemenangan itu adalah era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa
menambahka satu lagi ruang dalam perjuangan kami iaitu POLITIK
PEMERINTAHAN. Semakin bertambah beban, semakin tinggi pengorbanan kami.
Buat
umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir
di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan FIKRAH dan AKIDAH yang
sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita
ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan MANHAJ atau TUJUAN yang
sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah
kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara.
Kerajaan HAMAS ialah kerajaan umat Islam di seluruh dunia. Tidakkah
saudara sedar akan perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini,
siapa lagi yang akan menyedarkannya?
Umat
Islam di Malaysia sekalian, menjadi pemerintah tidak mudah. Apatah lagi
memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila
pemerintah hanya memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan
dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negara yang menjadi
sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia
yang zalim. Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintahan
sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD3 billion di dalam
akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga
realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti
kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.
Sehingga
kini, para pegawai kerajaan termasuk para menteri, tidak menerima gaji
semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap penganguran mencapai 31% di Gaza dan
Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Baru-baru
ini, tiga orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana tiada
ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki
peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan
Tebing Barat. Malah persidangan Parlimen kami di Gaza hampir-hampir
dibatalakan kerana kekurangan kertas.
Mengapa
semua ini berlaku? Ia kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke
atas rakyat Palestin oleh Rejim Zionis, AS dan EU. Tekanan yang
dikenakan hanya kerana rakyat Palestin memilih calon yang rakyat
inginkan dalam pilihan raya yang lalu. Tekanan dikenakan kerana kami
enggan mematuhi ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis.
Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami
daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan
berakhir?
Wang
hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD55 juta sebulan tidak pernah
dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis mengambilnya dan
mereka tidak pernah dipaksa supaya memulangkannya kepada kami. Mengapa
tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis supaya memulangkannya.
Mereka juga menutup laluan udara, darat dan laut Palestin. Ekonomi kami
berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian yang disepertujui oleh
kerajaan sebelum ini.
Walau
bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara
seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seAkidah kami
dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami juga
yakin saudara seAkidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus
hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan
Islam, apatah lagi daripada regin Zionis. Persoalannya, di manakah
saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka?
Wahai
umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen
menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunya
dua pilihan. PERTAMANYA, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas
mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang
KEDUA adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada
tekanan. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang
hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali
mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat Palestin
hanya mampu bertahan selama enam bulan,. Setiap hari rakyat mengadakan
perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tidak tunduk
pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai
bila? Perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami
kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan saudara bagi
melakukannya. Sanggupkan saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin
membiarkan rakyatnya kelaparan?
Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.
Jika
kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan
hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut
daripada Allah atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada
kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya.
Umat
Islam di Malaysia, kami mengharapkan saudara bersikap proaktif. Kami
hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD1 (bersamaan RM3.60)
setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga
mengharapakn saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi Pengerusi OIC
supaya melakukan sesuatu.
Kami
juga berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan
masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya
turut membantu rakyat Palestin. Kami juga ingin melihat saudara menjadi
juara di peringkat antarabangsa dalam kempen kesedaran ini. Banjiri
media saudara dengan isu Palestin dan Al-Aqsa. Halakan mereka ke arah
menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi
tujuan itu, saudaralah harapan kami.
Akhir
sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa
saudara sekalain. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan
dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.
Allahu Akbar!
Saudaramu,
Khalil Ismail al-Hayya
Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin
14 Mei 2006
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN