Petua Berpuasa Untuk Ibu-Ibu Mengandung
(moga anda manfaat)
1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau
berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur
zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.
2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air
putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang
hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di
ruangan terbuka atau berhawa dingin.
3. Pada saat berbuka,
mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu
atau minuman manis lainnya. Tetapi ingat, jangan mengambil minuman yang
mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda.
(Admin rasa lebih baik mulakan dengan kurma, mungkin ada pandangan
lebih betul dalam isu ini)
4. Jangan minum air dingin atau ais.
Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap
menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin.
5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan
berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu
terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan
berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi
seperti telur dan ikan masin.
6. Berbuka puasa hendaknya
dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak
terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan
baik.
7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah
mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan
buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang
banyak serat.
RuMahKU|RaYa & Puasa|dariFBkeBeLoG|LaWak|Kerajaan@PoLiTiK|ViDeO|BanGsaT|PakCik Rosdi Baharom|BlOgInFo|GamBaR|MisTeri|NGERI
O:::@];;;;;;;;;;>
Friday, July 27, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN