Thursday, July 19, 2012

RAMUAN PEMBINAAN RUMAH TANGGA BAHAGIA (BHG 6)

KONSEP QAWWAMAH DAN PERLAKSANAANNYA 
DALAM BAITUL MUSLIM

Salah satu aspek hubungan suami isteri yang tidak difahami.  Natijah dari ketidakfahaman ini adalah kekeliruan yang menghasilkan berbagai konflik rumah tangga.  Aspek yang dimaksudkan ialah kepimpinan dalam rumah tangga.  Dalam rumah tangga Islam adalah istilah yang jarang sekali disebut dalam masyarakat kita dan jarang sekali difahami dengan benar dalam masyarakat Islam di seluruh dunia.  Istilah ini adalah Qawamah.

Qawamah ini telah diberikan beberapa takrifan.  Antaranya ialah:

Qawwaam, yang memberi maksud “menjaga seseorang atau sesuatu”;

Qewam, ia bermaksud “menyediakan keperluan atau makanan atau menyarai seseorang”

Qawam, bermaksud, “adil dan saksama”

Sedangkan Qawm bermakna. “sekumpulan manusia, termasuk lelaki dan perempuan.  Mereka dinamakan Qawm kerana mereka membantu menyediakan keperluan pelbagai aspek kehidupan, khususnya perlindungan dan keselamatan”.

Dalam Lisanul Arab, Qawm mempunyai kata akar untuk salah satu Asma Allah, iaitu Al-Qayyum, yang bererti “Zat yang bertanggungjwab sepenuhnya ke atas makhluk-Nya dan keperluan mereka dan memiliki ilmu yang sempurna atas segala ciptaan-Nya


Dalam Al-Quran, Qawwam disebut di tiga tempat, dan disebut sebagai Qawwamun dan Qawwamin.


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar”. 
QS An-Nisaa’: (4), ayat 34


Satu lagi ayat yang menyentuh istilah Qawwam, ialah dalam Surah An-Nisaa’, ayat 135:


Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...