Tuesday, July 17, 2012

Rumah Hantu The Amityville








Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.

Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam. Orang percaya penulis sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.

Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan. Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main di kepalanya.

Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang. Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati.

Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini. Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.

Malah salah seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga menyeramkan dengan mata merah bersinar. Kathy menemui sebuah ruang kecil, anjing tidak mahu dekat ke sana.

2 comments:

  1. Replies
    1. Terima kaseh "Pengumpul Lirik lagu" kerana komen,.. baik bagi rumah tu kat ko kan,.. hehehe... ada hantuuuuu... kikiki!

      Delete

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...