Wednesday, August 1, 2012

Juadah berbuka dicampur arak



KUCHING:
Siang menyediakan juadah berbuka puasa dicampur arak, manakala malam mengadakan aktiviti untuk golongan songsang.


Begitulah penemuan mengejutkan di sebuah restoran di sini, yang mengetepikan sensitiviti umat Islam sepanjang Ramadan ini.
Kegiatan restoran baru beroperasi sejak empat bulan lalu itu terbongkar selepas Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
 Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak melakukan pemeriksaan, jam 3.45 petang semalam.

Ketika pemeriksaan, sebahagian besar pekerja restoran terbabit sibuk menyiapkan menu berbuka puasa menawarkan pakej RM48 seorang, selain turut menemui beberapa botol mengandungi cecair dipercayai arak.

 Bagaimanapun, ketika disoal siasat, beberapa pekerja restoran itu menafikan kononnya cecair dalam botol itu arak, sebaliknya minyak masak.

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...