Friday, December 14, 2012

Amplang


Keropok amplang asalnya hanyalah makanan ringan masyarakat Melayu berketurunan Bugis di Sabah. Kebiasaannya keropok empat segi itu menjadi makanan ringan keluarga yang dimakan sambil menghirup kopi panas.

Tidak tahu mengapa keropok tersebut berbentuk empat segi, bukan bulat atau bentuk lain. Kata orang, mungkin itulah kelainan sebagai daya penariknya.
Tiada siapa menyangka keropok itu yang dahulunya merupakan antara makanan tradisional penduduk desa kini sudah dikomersialkan oleh pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini.

Tidak salah dikatakan, amplang sudah menjadi sebahagian makanan ringan orang Sabah dan antara makanan ringan yang harus dibawa pulang jika berkunjung ke negeri ini.

Makanan tersebut pada mulanya hanya dijual di daerah ini sekitar 1990-an dan selepas mendapat sambutan menggalakkan, amplang mula memasuki pasaran di tempat lain.

Tawau adalah daerah perintis dalam menghasil dan memasarkan produk amplang bersesuaian sebagai tempat yang memperkenalkan makanan itu kepada masyarakat Sabah.

Difahamkan amplang adalah makanan ringan masyarakat Melayu Indonesia dan apabila warga negara tersebut berhijrah ke pantai timur Sabah khususnya Tawau satu ketika dahulu, makanan tradisi itu tidak dilupakan. 

Terdapat ramai pengusaha IKS keropok amplang di Tawau yang memasarkan produk mereka ke seluruh Sabah terutama ke bandar-bandar utamanya.

CARA - CARA MEMBUAT AMPLANG

Carta Alir
»
Bahan-bahan Pemprosesan Amplang
Bil
Bahan-bahan
Peratus
1
Isi Ikan
100
2
Tepung Kanji
100
3
Garam
2
4
Gula
2
5
Sodium bikarbonat
2.5
6
M.S.G.
0.3
7
Telur Ayam
»
Cara-cara Pemprosesan Amplang
Mengadun
Isi ikan yang telah diasingkan tulang diadun bersama tepung kanji, garam, gula dan lain-lain ramuan sehingga sebati dan membentuk doh.

Membentuk
Doh dibentuk ketulan besar seberat 500 gram berbentuk selinder, kemudian dipotong kecil secara melintang. Setiap potongan kecil tadi dibentuk selinder sekali lagi dengan saiz yang lebih kecil, kemudian dipotong halus.

Memasak
Amplang yang telah siap dipotong halus-halus digoreng di dalam minyak yang banyak selama lebih kurang 30 minit sehingga benar-benar ranggup. Semasa menggoreng, produk hendaklah sentiasa di kacau supaya tidak hangit.

Mengetos

Amplang yang telah siap digoreng, ditoskan untuk membuang sisa-sisa minyak.

Pembungkusan/Penyimpanan
Produk ini dibungkus dalam plastik kedap udara dan disimpan pada suhu bilik serta jauhkan daripada pancaran cahaya matahari dan selamat daripada serangan serangga.

HARGA

1 KG = RM 25 
2 KG = RM 50  
3 KG = RM 75
4 KG = RM 100
5 KG = RM 125
6 KG = RM 150
7 KG keatas tambah RM18  

"Harga tidak termasuk pos".

TEMPAHAN

 Sila hubungi => 0136392047
Email => Baharuddinsyaripuddin01@gmail.com
 

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...