Wanita Ini Berjaya Islamkan Tujuh Profesor Barat Hanya Dgn Jilbab
Sumber: Kelab Greenboc, 13 Feb 2013
Kisah yang satu ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak
potret kehidupan seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa
terhormat dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai
perjalanan hidupnya. Seorang muslimah yang di hatinya terdengar keras
degupan syiar agama Allah.
Itulah hati yang mampu mengenal Allah dan Rasul Nya sehingga keraguan
tak pernah lagi ditemui di dalamnya. Dialah peribadi seorang wanita
muslimah yang hatinya selalu memikul tanggung jawab dakwah. Namun sayang
watak semacam ini ternyata jarang untuk kita temui. Ya memang sangat
jarang sekali.
Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa
disapa dalam hariannya. Suaminya seorang doktor yang tinggal di bandar
Riyadh, Saudi Arabia.
Pada satu kesempatan, Ummu Abdul Aziz
harus menyertai suaminya untuk menghadiri salah satu persidangan
perubatan yang diadakan di salah satu negara Eropah. Dengan
langkah pasti ia iringi keberangkatan sang suami. Ya, ia sedar sekali
bahawa Tuhan yang selama ini ia sembah di negaranya tak lain adalah
Tuhan yang akan ia jumpai di negera Eropah tersebut. Tuhan yang satu,
Allah. Demikian pula halnya kaum Lelaki yang ia jumpai nya di negara
asalnya, Arab Saudi. Oleh kerana itu, sebaik tiba di negara destinasi,
keadaannya tidak berubah sedikitpun.
Komitmen untuk sentiasa
melaksanakan segala perintah Tuhannya ia selalu pegang dengan baik. Hal
ini nampak kelihatan jelas dari cara ia berpakaian. Potongan kain yang
dikenakannya menutupi seluruh anggota tubuhnya .. Ya Ummu Abdul Azis
mengenakan pakaian secara lengkap sehingga tidak tak sedikitpun anggota
tubuhnya yang boleh terpandang mata, walaupun ia berada di kawasan
Eropah yang serupa dengan mode-mode pakaian masa kini.
Oleh
kerana itu wajar apabila masyarakat Eropah yang menjumpainya merasa
hairan dengan pemandangan yang sangat asing seperti yang ia tampakkan.
Ia pun mula menjadi pusat perhatian, seakan-akan bertanya ‘”Makhluk
apakah yang ada di balik kain hitam ini?” Benar-benar pemandangan yang
sungguh aneh bagi mereka.
Pada suatu hari, beberapa wanita
Eropah berkumpul mendatanginya. Rata-rata mereka adalah para profesor
yang boleh dikatakan sudah cukup berumur. Dialogpun akhirnya berlangsung
di antara mereka (Qadaralllah ummu Abdul Aziz mampu berbahasa
Inggeris). Dengan begitu beraninya salah seorang daripada mereka
mengajukan sebuah soalan, “Kamu pasti kelihatan seperti ini hanya untuk
menyembunyikan kecacatan yang ada di tubuh kamu bukan? Atau mungkin
sekadar menutupi wajahmu yang nampak tidak cantik??
Ya kiranya
anggapan seperti itulah yang tertanam di benak mereka selama ini
terhadapnya. Ummu Aziz terus membawa mereka ke salah satu sudut bilik,
lalu membuka cadar yang selama ini menutupinya wajahnya. Ternyata ia
nampak seperti wanita normal pada umumnya, tanpa ada cacat sedikitpun
sebagaimana dugaan mereka. Bahkan mungkin parasnya lebih cantik dari
wanita biasanya, insya Allah. Kesempatan ini tentu tidak ia biarkan
berlalu begitu sahaja tanpa menyampaikan sesuatu kebenaran.
Setelah memperlihatkan wajahnya, Ummu Abdul Aziz terus bermula masuk ke
pembicaraan asas. Ia jelaskan kepada mereka bagaimana Islam meletakkan
wanita. Ia paparkan sejauh mana penghormatan agama Allah ini terhadap
kaum Hawa selain ia berikan gambaran tentang ajaran agama Islam secara
umum.
Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Ya setelah tiga jam
berlalu, sebanyak tujuh dari sepuluh Professor wanita tadi terus
mengikrarkan keislaman mereka! Tak lain kerana Ummu Abdul Aziz atas izin
Allah! Bayangkan tujuh orang Professor masuk Islam hanya dalam tempoh
tiga jam selepas melakukan dialog.
Sebagai seorang muslimah
Ummu abdul Aziz tidak merasa kecil sehingga menjadi asing dengan ajaran
agamanya Kehadirannya di negara pengusung faham liberalisme yang jauh
dari sistem nilai sosial tersebut. Ia tetap berpakaian muslimah sejati
dan tidak mempengaruhinya untuk berganti pakaian ketat dengan hiasan
murahan di sana-sini seperti perhiasan kejahiliyahan layaknya barangan
murahan.
Tujuh orang professor wanita menyatakan keislaman
mereka. Allah pun meninggikan darjat mereka dengan agama ini. Agama yang
selama ini menjadi satu kebanggaan tersendiri bagi peribadi seperti
Ummu Abdul Aziz. Akhirnnya dari seorang muslimah yang berusaha untuk
mengajak umat ini kepada jalan Allah. Ia fungsikan dirinya sebagai media
turunnya hidayah bagi siapa yang Allah kehendaki. Dengan cara seperti
ini ia mampu merubah pandangan rendah mereka terhadap agama yang Allah
redhai ini.
La ilaha ilallah ….semoga Allah sentiasa memberikan
taufikNya kepada dirimu, Ummu Abdul Aziz. Allah jaga dirimu sehingga
benar-benar bermanfaat bagi agama dan umat ini... Amiin
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN