Tuesday, November 19, 2013

23 Remaja Hilang Di Villa Nabila Hanya Berita Palsu



Antara 7 bebudak nakal yg carik antooo


23 Remaja Hilang Di Villa Nabila Hanya Berita Palsu. Heboh di laman sosial apabila ramai orang mengatakan tentang kehilangan sekumpulan remaja yang kononnya masuk ke Villa Nabila tersebut untuk buat aktiviti paranormal tetapi tidak menjumpai jalan keluar. Dikatakan seramai 30 orang yang masuk ke villa Nabila tersebut tetapi yang peliknya hanya 7 orang sahaja yang berjaya keluar dari Villa Nabila itu dan selebihnya lagi 23 orang dikatakan hilang kononnya tidak menjumpai jalan keluar.

Berita palsu tentang kehilangan sekumpulan remaja menyebabkan Villa Nabila dikerumuni orang ramai
Tapi kisah sebenarnya, pihak polis hanya menerima 1 laporan mengenai seorang remaja hilang di kawasan Villa Nabila tersebut. Pihak polis menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan tentang kehilangan 23 orang remaja di Villa Nabila tersebut tetapi hanya seorang sahaja yang disyaki hilang iaitu Mohd Izzat Izzudin Hussin berusia 16 tahun.

Remaja Hilang Di Villa Nabila 18 November 2013

Nama : Mohd Izzat Izzudin Hussin
Umur : 16 Tahun
*Masih dalam siasatan sama ada mangsa hilang ketika masuk ke dalam Villa Nabila atau sebaliknya.

Khabar angin yang disiarkan di laman sosial menyebabkan Villa Nabila itu penuh sesak dengan kehadiran ramai orang yang ingin mengetahui situasi sebenar.

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...