Tuesday, April 15, 2014

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI


Empat perkara menguatkan badan.
1. Makan daging..
2. Memakai haruman..
3. kerap mandi..
4. Berpakaian dari kapas..

Empat perkara melemahkan badan.
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)..
2. Selalu cemas..
3. Banyak minum air ketika makan..
4. Banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata..
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat..

Empat perkara menajamkan fikiran. 
1. Tidak banyak berbual kosong.
2. Rajin bersugi (gosok gigi).
3. Bercakap dengan orang soleh.
4. Bergaul dengan para ulama.

CARA TIDUR.
1. TIDUR PARA NABI.
-Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH.
-Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
-Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN.
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim. Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

Dari fb 

Akar, Pohon dan Ranting di KTD

Cerita wechatku…
(Hanya Sebagai Perkongsian…)

Si abang: Kami ni hanya ranting2 ktd je teha..

Si Adik 1: Knapa taknak jadi pohon ktd ???

Si abang: Pohonnya adalah ktd itu sendiri.. Pakcik makcik pesat tu la akarnya..

Si adik 1: in shaa Allah. jadi ranting pun asalkan boleh tumpang hidup kite untuk orang laen

Si abang: Cuba bayangkan untuk 3 benda tu.. Akar, pohon dan ranting..

Si adik 1: ???? masing2 ade kelebihan,..pohon,ranting.akar.ia akan bergabung untuk jadikan pohon itu tetap segar. walahuaalam

Si adik 2: betol 2 teha

Si abang: Betul tu.. Dan tahu kenapa a.sup kata kita adalah rantingnya..

Si adik 1: ????

Si abang: Sebab kitalah yang lebih dekat dengan pohon yang lain.. Maksudnya kita ni la yang lebih dekat dengan masyarakat..

Si adik 1: ok.

Si adik 1: bagi teha ranting tu ibarat budak2 baru blaja..

Si abang: Bagi a.sup ranting adalah penyebar apa yang ada pada pohon..

Si adik 1: ooowwwhhh… hebat2 nyer… subhanallah

Si adik 2: [ThumbsUp][ThumbsUp][ThumbsUp][ThumbsUp]

Si adik 1: maksudnyer???

Si abang: Akar adalah penyeri dn pencantik kepda pohon itu..

Si adik 1: x faham

Si abang: Maksudnya.. Jika ranting itu semakin mekar dan merebak jauh menyebar, maka yang di sekeliling akan tahu bahawa pohon itu adalah baik.. Malah sangat baik..

Si adik 1: ooowwwhhhh fuyoooo

Si abang: Dan di sekeliling mesti akan tertanya2.. Apa yang membuatkan pohon itu baik dan indah...

Si adik 1: ???

Si abang: Bila dihampiri, rupanya akarnya sungguh kuat,sihat dan hebat..

Si adik 1: hermmmm, meningful to us

Si abang: Dan melihat kepada ktd semula, apa dia yang kuat, sihat dan hebat itu, adalah, pesat, sunnah dan kembali kepda Penciptanya semula...

Si adik 1: jazakallah khair. [ThumbsUp][ThumbsUp]

Si abang: Cuba baca semula dari awal yang a.sup terangkan.. Kamu akan faham maaksudnya mengapa kita sebagai ranting pohon dan akar..

Si adik 2: in shaa Allah,
“kuatkah aku nak menghadapi dunia sebenar? bersediakah? kami dah keluar dari zon selesa sekarang teha.. guna masa yang teha ade kat KTD sebaiknya sayang……

Sekian……***

Thursday, March 20, 2014

Agama baru meniru Islam


INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN...

Ya Allah... Musibah Besar Mengintai Ummat, Ada Agama baru yg meniru Islam.. (Muslim Wajib baca...!!)
Adalah Agama baru kristian ortodok dari syria dan lebanon..
Namanya Kristen Ortodoks Syiria (KOS).
Mereka sholat, puasa, zakat, Gerejanya berbentuk Masjid, dll.
Bangunan Gerejanya persis seperti Masjid milik Ummat muslim..
Bila dengar bacaan-bacaannya pun seperti alunan ayat quran..
Sungguh khawatir teruntuk anak-anak dan generasi kita, juga nantinya, jika kita kurang bertauhid (bertaqwa).
Aliran baru ini masuk ke Indonesia dari Syiria & Libanon, Agama Kristen yg menyerupai Islam.
Kenapa disebut agama baru?
Karena Nabi Isa tak pernah mengajarkan kristen dan trinitas,
semua Nabi dan Rasul termasuk Nabi Isa semua membawa agama tauhid kepada satu Tuhan yaitu Allah Ta'ala,dan agamanya yakni agama islam.
Dan agama baru KOS (Kristen Ortodoks Syria) saat ini sedang berleluasa di Indonesia..
Yg dibaca tu bukan Quran tapi injil dalam bahasa arab.
Demi Islam & Kaum Muslimin,
Sebarkan informasi ini ke umat nabi Muhammad Saw.
Perbanyak taqwa kita dengan mendekati Allah Ta'ala.
Jangan takut untuk men'Share' berita ini, karena Allah akan menggantinya berlipat ganda, tapi jika berhenti di tangan anda, berarti anda seolah tidak peduli dgn islam.
Wallahualam....
Semoga informasi ini menjadi peringatan.

Thursday, March 13, 2014

MH370: Satelit China kesan 3 objek dipercayai ada kaitan dengan kehilangan pesawat

KUALA LUMPUR: Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Menurut laporan berita saluran CNN itu, objek-objek  terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.

Mh370

Kementerian Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan negara itu yakin penemuan ini adalah petunjuk baru kepada kes kehilangan MH370.

Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ia berkedudukan di koordinat  longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud.

MH370

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 1.40 pagi Sabtu.

Gerakan mencari besar-besaran mencari dan menyelamat yang dilancarkan oleh pelbagai negara sehingga semalam gagal menemui sebarang petunjuk dan perkembangan tersebut hanyalah menambah lagi kerisauan dan kebimbangan terhadap keluarga dan waris 239 penumpang dan krew yang berada dalam pesawat tersebut.

MH370


Berita mula diterbitkan pada: Mac 13, 2014 07:27 (MYT) 

Monday, March 10, 2014

Kerugian meninggalkn solat



Kerugian
meninggalkn solat:
Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.
Asar:
Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya':
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg
gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka
luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM ..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka
ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-
QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang
menjijikan maka racunilah ia dengan Amal
SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana
tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg
cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman
itu dgn PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya,
maka Persiapkanlah jawapanmu dengan
Perbanyak mengucapkan Kalimah
"LAILAHAILALLAH "
Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada
sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada
1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan
biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm
kehidupan shari-hari, ia stroke.
Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke
semuanya juga jantungnya dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan
pun mencegahnya.
Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak
penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin
akan di baca "...
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT
menghargainya puluhan kali ganda ...

Kiamat menurut Agama Islam



Tanda Kiamat
Kiamat menurut Agama Islam di tandai dgn
beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai
bribu2 muka surat x kan xbleh baca 5 mnit pnya
masa untuk ini...
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan
menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua
orang beriman sejati shg mereka tidak perlu
mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan
kerosakan
- Pemusnahan/ runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya
membuat semua makhluk hidup merasa
bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan
membuat semua makhluk hidup mati dan yg
ketiga yang membuat setiap makhluk hidup
bangkit kembali
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang
lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya
pada hari penghakiman kelak"
Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc
yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan
dengan ibadah mesti berpikir 2x.
Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar
duniawi daripada mengejar dekat denganKu
maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan
kalian dari syurgaKu"
Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya
hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat.

Monday, February 10, 2014

Potongan Rambut yang Haram Bagi Umat Islam



Fesyen mengayakan rambut dengan cukuran separuh,Sudah menjadi trend dalam kalangan remaja.Tapi mungkin ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa ianya adalah haram bagi mereka yang beragama Islam.Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza’.

Qaza’ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.


Larangan melakukan qaza’ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza’ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”
(Hadis riwayat Abu Daud)


Ayuh sebarkan dan semoga ianya bermanfaat.


sumber

Saturday, January 25, 2014

HUKUM MENGGABUNG NAMA


Mohd Ezrudin Zulkifli  

HUKUM MENGGABUNG NAMA pade sape yg tehegeh2 letak nme bf dpn nama dia sila baca!!! Ramai yang sy perhatikan,tak kira suami dulu atau isteri dulu nama didepan... sila tukar semula [PERHATIAN] BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA. Ramai wanita muslimah setelah menikah atau yg brkasih, lalu menisbatkan (mencantumkan) namanya dengan nama suaminya/kekasihnya.. misalnya: Aisyah menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin. " Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini? Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting. Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan “NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama tersebut adalah nama suaminya. 

Kerana dalam Islam. Nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya (WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya. Berbeza dengan budaya barat (kafir) Contoh: lelaki (suami) Bill Clinton, perempuan (isteri) Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham.. lelaki (suami) Barrack Obama, perempuan (isteri) Michelle Obama yang nama asalnya Michelle LaVaughn Robinson, DLL.. Hadith mengenai perihal penamaan ini Shahih. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barang siapa yang mengaku sebagai anak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah” ( HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi) Wallahu'alam... Rasulullah bersabda : "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..moga semua memperolehnya. Aminn

#sekadarpekongsianilmu#
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...