KUALA LUMPUR: Satelit negara China
mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan
yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 -
MH370 Sabtu lalu.
Menurut laporan berita saluran CNN itu, objek-objek terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.
Kementerian Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan negara itu yakin penemuan ini adalah petunjuk baru kepada kes kehilangan MH370.
Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ia berkedudukan di koordinat longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud.
Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 1.40 pagi Sabtu.
Gerakan mencari besar-besaran mencari dan menyelamat yang dilancarkan oleh pelbagai negara sehingga semalam gagal menemui sebarang petunjuk dan perkembangan tersebut hanyalah menambah lagi kerisauan dan kebimbangan terhadap keluarga dan waris 239 penumpang dan krew yang berada dalam pesawat tersebut.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 13, 2014 07:27 (MYT)
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN