Friday, July 20, 2012

CATATAN KHAS 2 TAHUN PUNCAK HIMMAH BERDIRI

Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi rasa syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah dan inayah Nya kita masih diberi kekuatan dan dipinjamkan kepada kita nikmat kehidupan.

Alhamdulillah.. Pada 18 Julai 2012 baru-baru ini, telah genap 2 tahun penubuhan Syarikat Puncak Himmah Consultancy (PHC) ini. Memang tidak dinafikan bahawa kewujudan PHC ini sememangnya masih terlalu mentah, dan masih disebut sebagai berada pada tahap permulaan.

Namun begitu, dikesempatan ini sempena ulang tahun ke 2 PHC ini catatan khas ini dilakarkan bagi menceritakan sedikit cerita nostalgia penubuhan PHC pada mulanya. 

PHC ini merupakan sebuah syarikat yang telah diilhamkan oleh pelajar Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) iaitu Jumat bin Mat Salleh. Kemudian idea beliau untuk menubuhkan sebuah syarikat consultant ini dinyatakan kepada seorang yang sudah dianggapnya seperti ayah sendiri semasa di KTD iaitu En. Rosdi Baharom Pengurus Hal Ehwal Pelajar KTD pada ketika itu.

Apabila En. Rosdi melihat idea yang dinyatakan itu, beliau sangat-sangat menyokong penubuhan syarikat itu. Akhirnya, apabila saudara Jumat telah menerima sokongan beliau terus memilih beberapa orang sahabat-sahabat beliau di KTD untuk diserapkan ke dalam syarikat tersebut.

Akhirnya beliau telah memilih 5 orang sahabat yang mempunyai potensi, bakat, dan kemampuan yang beliau rasakan begitu hebat jika digandingkan dalam syarikat tersebut. Mereka adalah saudara Zulkarnain Zainuddin, Suhaib Yussof, Abas Rahmat, Ismail Sanuddin dan Mohd Faizul Muhtar, kesemua mereka pada ketika itu berusia awal 20an.

Setelah beberapa minggu berlalu akhirnya diawal bulan jun 2010 mereka telah hadir mesyuarat pertama pembentukan syarikat berkenaan. Akhirnya En. Rosdi telah dilantik sebagai penasihat kepada syarikat ini, manakala saudara Jumat sendiri telah dilantik sebagai pengurus dan saudara Suhaib Yussof sebagai penolong pengurus, yang lainnya memegang jawatan dalam unit-unit lain.

Setelah struktur dan organisasi itu wujud mereka berbincang untuk memberi nama kepada syarikat tersebut. Akhirnya nama Puncak Himmah itu dizahirkan oleh En. Rosdi yang mana ia bermaksud Puncak Cita-cita. Semua anggota telah bersetuju untuk menamakan syarikat tersebut Puncak Himmah Consultancy (PHC).

Profil lengkap PHC telah disiapkan pada awal Julai 2010 dan PHC telah tubuh secara tak rasmi. Sehinggalah mereka mendaftarkan PHC di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kota Bharu Kelantan pada 18 Julai 2010. Sejak itu PHC telah tubuh secara rasmi dan berdaftar.

Mereka memulakan program PHC ini dengan mengnjurkan bengkel menjawab kertas 1119 Bahasa Enggeris SPM kepada pelajar-pelajar SPM di sekitar Kota Bharu Kelantan.

Seterusnya PHC terus mengorak langkah dengan lebih besar apabila diberi peluang untuk mengkoordinasikan projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersama HALUAN Malaysia, untuk memberikan tuisyen intensif kepada anak-anak miskin di Kampung Nenasi Bachok Kelantan.

Beberapa bulan kewujudan PHC semakin dirasai dan mereka telah banyak bergabung dengan persatuan-persatuan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Namun, apabila kesemua anggota PHC telah menamatkan pengajian di KTD seolah-olah telah merencatkan perjalanan PHC. Kerana terdapat anggota telah pulang ke kampung halaman masing-masing dan terikat dengan komitmen kerja.

Sehinggalah apabila saudara jumat balik semula pada awal tahun 2011 ke negeri Sabah. Beliau melihat prospek yang baik andai PHC diwujudkan di Sabah. Pandangan beliau itu tidak dilupakan begitu sahaja bahkan beliau merasakan PHC harus diteruskan walau dimana beliau berada.

Akhirnya, PCH telah didaftarkan semula sebagai syarikat rasmi di Negeri Sabah. Saudara Jumat telah menyerap abangnya sendiri sebagai rakan gandingan mengemudi bahtera PHC di negeri Sabah.

PHC terus mendapat sambutan yang menggalakkan dan diterima baik di negeri Sabah. Buktinya apabila PHC sering mendapat jemputan ceramah ke sekolah-sekolah sekitar pantai timur Sabah. PHC terus gah dan seolah-olah telah dilahirkan semula untuk kali ke2.

Kini, sudah 2 tahun berlalu. Begitu banyak kisah suka duka dalam melayari samudera kehidupan diatas bahtera PHC.
PHC sebuah syarikat cosultant yang lain dari yang lain kerana ia sebuah syarikat yang dikemudikan oleh golongan muda sepenuhnya.

Semoga dengan kecekalan azam dan keyakinan yang kental PHC mampu bertahan dan menjadi sebuah syarikat consultant yang gah dimasa akan datang.

"Meraih Cita-cita Bersama Puncak Himmah"

Dicatat Oleh :

En. Jumat Mat Salleh
Pengurus Puncak Himmah Consultancy

Sumber;  http://www.facebook.com/PuncakHimmahConsultancy

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...