Oleh kerana
Ramadhan hanya datang setahun sekali, memang ramai yang lupa akan
niatnya. Bukan tak tahu, tapi lupa. Biasalah tu kan? Jadi kepada yang
berkenaan, mohon save gambar ini untuk panduan anda sendiri atau 'Share'kan kepada kawan-kawan anda untuk peringatan pada mereka yang anda sayangi.
Sedikit pesanan ikhlas kepada yang hidup merantau jauh dari keluarga,
hujung minggu ini pulanglah ke kampung. Tinggalkan seketika kesibukan
hidup yang tidak pernah berkesudahan. Bersahur dan berbuka'lah bersama
kedua ibu dan bapa anda. Jadikan ramadhan kali ini lebih bermakna kepada
mereka yang sentiasa merindui anda.
Mungkin ini ramadhan terakhir buat kita. Mungkin juga ramadhan terakhir
buat mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi gunakanlah kesempatan
yang diizinkan Allah ini untuk melaluinya.
Lafaz niat untuk sebulan :
Ertinya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala
Lafaz niat untuk harian :
Ertinya: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
Ertinya: Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
Lafaz doa selepas berbuka puasa :
Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu
Di sini juga saya nak kongsikan bersama anda semua kelebihan-kelebihan
di Bulan Ramadhan yang umum ketahuinya dan mungkin juga ada yang tahu
tapi terlupa;
Kelebihan Bulan Ramadhan
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
- Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya.
Sumber; http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN