Wednesday, July 4, 2012

dariFBkeBeLOG-Man Tondecan

man.tondecan
Ada seorang gadis.
Dah lama saya kenal.
Dah lama saya jumpa.
Makhluk-makhluk
kurusiti rumah saya pun
dah kenal.
Kenal sangat.
Saya kenal gadis yang
dulunya, ayu, lembut,
sentiasa tersenyum, gigh
belajar, berbudi bahasa,
dan pujaan ramai. Siapa
tak nak gadis yang
cantik mulus, berbudi
bahasa, dan sangat
manja bukan?
Tapi, makhluk kurusiti di
rumah saya
mengenalinya, hanya
sebagai seorang gadis
yang mempunyai
masalah dalam
perhubungan. Hummm…
Apapun, si gadis memang
mempunyai masalah.
Situasinya begini
Bercinta dengan
seseorang (saya guna
akronim lelaki A), tetapi
ada halangan, dan lelaki
A juga seorang yang
ganas. Sudah beberapa
kali gadis ditumbuk. Kau
ingat gadis adalah
punch-bag?
Jadi, tidak lama
kemudian gadis
berkenalan dengan lelaki
B. Lelaki B yang saya kira
kacak, manja dan ada
visinya. Ada rupa.
Namun si gadis masih
takut untuk
meninggalkan lelaki A.
Takut dipukul lagi. Dulu
sehingga berdarah bibir.
Si lelaki B pula sudah
kirimkan cincin tanda,
dan sudah mengikuti
kursus kahwin.
Masalahnya sekarang.
Gadis mahu
meninggalkan A, dan
mahu bersama B. Tetapi
si gadis takut dengan A.
Jadi berpura-puralah
dengan si A. Si B dapat
tahu. Apalagi merajuklah
si B.
Gadis semakin
tertekan…..
Jadi apa solusinya. Si
gadis tanya saya.
Saya turunkan di bawah
beberapa cara untuk
membetulkan keadaan…
1. Buat Laporan Polis
Buat laporan polis
kerana diganggu dan
dicederakan. Itu solusi
terbaik, memandangkan
si A sudah melampaui
batasan. Kalau mahu
ganggu juga, silakan
masuk lokap ya…
2. Beritahu Keluarga
Cara yang baik juga.
Sekurang-kurang mak
dan abah tahu apa yang
sedang berlaku. Tidaklah
mereka akan terkejut
jika sesuatu berlaku.
3. Jangan Libatkan Pihak
Ketiga
Gadis perlu selesaikan
sendiri. Bukan mahu
tunjuk pandai. Takut
pula, nanti ada kawan
rapat yang jadi musuh
dalam selimut. Depan
manis, belakang jadi Kak
Pora, memedaskan
berita yang biasa-biasa.
4. Mandremkan Je
Jumpa Ustaz, minta ayat
pelindung sebagai
amalan. Kita tak boleh
100% mengharapkan
usaha kita sahaja untuk
senang dalam kehidupan,
tetapi memerlukan
pertolongan dari Tuhan
juga. Janganlah pula
jumpa bomoh Siam suruh
busungkan, atau jumpa
Bobohizan, biar dia rasa
kemaluan ada dekat
dahi. Kesian….
5. Buat-buat Gila.
Eh tak boleh. Nanti jadi
gila betul.
Hahhahahahha.
6. Tenangkan Si B
B tu memang sayangkan
gadis. Jadi gadis perlu
ambil hati B. Jangan
harapkan B faham
situasi, gadis boleh
bersenang lenang. Tidak.
Siapa mahu makwenya
jumpa bekas kekasih?
Angkat tangan!
Itulah sahaja saranan
saya.
Kamu ada cadangan?

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...