Monday, July 23, 2012

Kelantan ( Tanjung Pavillion)


Lakaran antara projek terbaru di Kelantan. Projek ini diberi nama Tunjong Pavillion dibawah kelolaan Perbadanan Bandar Baru Tonjung.

Tunjong Pavillion akan di bina di pesisir Kota Bharu yang menjadi mercu tanda kemodenan Kelantan dalam masa yang sama nilai tradisi Melayu dan Islam tetap diletakkan pada tempat yang tertinggi. Kawasan Tunjong menjadi batu asas yang menggabungkan beberapa bandar di Kelantan seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Ketereh.

Ini adalah usaha untuk membesarkan wilayah Kota Bharu sebagai pusat perniagaan dan pelacongan, manakala Tunjong pula beroperasi sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri dan pusat persis 'Putrajaya Kelantan'.

Tunjong Pavillion akan dilengkapi pusat beli belah, hotel, pusat kraftangan rakyat yang terbesar di Pantai Timur selaras dengan dasar kerajaan Negeri menjadi Kelantan pusat pelancongan utama Pantai Timur.


No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...