Qubbatul Khadhra’ (kubah hijau) yang
terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul
Saw yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu
Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra.
Tempat tersebut dahulunya
adalah rumah baginda Rasul Saw kerana setiap Rasul yang diutus oleh
Allah Swt dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi Saw:
Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia
wafat. (HR. Ibnu Majah)
Sejarah
bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan
Nabi Saw adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.
Bangunan yang
sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan
pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid
Nabawi dibina rumah Nabi Saw.
Manakala di sebelah Barat dibina ruangan untuk
orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu
dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan
pelana kuda).
Pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah
Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan
luas mencapai 2.025 m2 .
Program
jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat
sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi Saw dengan sabdanya menjelang wafat:
“Selayaknya kita memperluas masjid ini”.
Hingga
pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua,
memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15
m, dan diteruskan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke
arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H.
Akhirnya
pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88
H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah
Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad
Saw, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk sebahagian dari masjid
dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid.
Inilah
yang menjadi perbahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam,
iaitu mendirikan bagunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di
atas kubur. Kerana Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan
Nasrani yang membuat kubur para nabi mereka menjadi masjid-masjid
(tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim)
Hadis
di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut
Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi
Arabia, dan aliran ini disebut oleh saingannya sebagai aliran
Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi).
Secara
umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kubur, berdoa
menghadap kubur, dan membina kubah di atas kuburan.
Terakhir
ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk
dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya
melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga
sekarang.
Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang
soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan
“Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i’tibar”.
Hingga
sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan
mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google “Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi”.
Pengajaran
yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa
kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul Saw adalah tujuan
dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya,
jika tidak ingin menjadi orang musyrik.
Akan tetapi pemeliharaan nilai
sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman :
Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111).
Akhirnya
jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak
dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari
sejarah tersebut?
Adapun maksud Nabi Saw Allah mengutuk Yahudi dan
Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah
kubur. Semoga kita dapat pengajaran. Wallahua’lam..
Sumber; Tulahan.
Tetapi apabila penulis melihat di dalam ruangan komen ada yang menafikan cerita ini,..
Sumber; Tulahan.
Tetapi apabila penulis melihat di dalam ruangan komen ada yang menafikan cerita ini,..
-
harap maaf, cerita nie palsu belaka, sila rujuk http://www.islam-qa.com/en/ref/110061
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN