Apabila
roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama
ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk
melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas
itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila
dimandikan, roh sekali lagi merayu:"Demi Allah, wahai orang Yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah
dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat
serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya
sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik
keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku
telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya".
Sesudah
mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah
supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar
suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah
dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula
berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan
kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah
Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan
sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".
"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
sumber
RuMahKU|RaYa & Puasa|dariFBkeBeLoG|LaWak|Kerajaan@PoLiTiK|ViDeO|BanGsaT|PakCik Rosdi Baharom|BlOgInFo|GamBaR|MisTeri|NGERI
O:::@];;;;;;;;;;>
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN