by Rosdi Baharom on Friday, January 4, 2013 at 8:16pm ·
Pertamanya marilah kita benar-benar mensyukuri nikmat Iman dan Islam yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita dan ditambahkan nikmat ini dengan memilih kita berada di atas jalan dakwah yang penuh keberkatan. Salah satu amalan yang kita saban hari kita lakukan adalah membaca do’a Rabithah. Marilah kita mendalami pengertian do’a ini yang telah disyarahkan oleh Muhammad Lili Nur Aulia dalam bukunya ‘Syarah Do’a Rabithah’, diterbitkan oleh Info Islam Publishing.
Do’a ini dimulakan dengan ungkapan:
“Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawa hati-hati ini...”
Muhammad Lili Nur Aulia telah menulis:
“Do’a ini diawali dengan seruan ‘Allahumma (Ya Allah)’. Dalam kata ini terkandung makna kefakiran (amat memerlukan), kehinaan, kelemahan, dan perhambaan seorang makhluk. Kata ini merupakan kunci munajat, permohonan, sekali gus tanda ketundukan kepada Allah, Rabb semesta alam. Ini pinta kita kepada Allah SWT.
‘Allhumma (Ya Allah)’ Hanya Engkaulah Yang Maha Tahu apa yang ada dalam lubuk hati kami. Hanya Engkaulah Yang Maha Melihat rahsia jiwa kami.
Dalam do’a ini, kita menegaskan amal shalih itu, bahawa hati-hati kita telah berpadu dalam cinta kepada-Nya, bahawa hati-hati kita telah bertemu dalam taat kepada-Nya, bahawa hati-hati kita telah bersatu dalam berdakwah kepada-Nya, bahawa hati-hati kita telah saling berjanji untuk menolong Agama-Nya. Semua ini merupakan amal-amal shalih yang kita mengiringi perenungan kita di awal membaca do’a Rabithah. Dan amal-amal shalih inilah yang insyaAllah, membukakan pintu bagi kita untuk meminta kepada Allah SWT apa yang kita inginkan. Di sini, Imam Hasan Al-Banna bermaksud mengingatkan para ikhwan untuk menyebutkan ibadat-ibadat hati di hadapan Allah SWT.
“Sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawa hati-hati ini...”
Perpaduan hati yang disebutkan dalam do’a ini adalah hati yang sebenar-benarnya, yang telah terpilih dan bukan sebarang hati. Hanya hati yang memiliki sifat tertentu sahaja yang termasuk dalam sebutan do’a ini kerana terdapat penegasan yang spesifik dan khusus. Ini juga sebagai anjuran para Ikhwan terdorong untuk dapat mewujudkan sejumlah sifat-sifat yang dihuraikan setelahnya...
Perhatikanlah bagaimana sifat-sifat hati pilihan itu sebagaimana:
“...terhimpun atas kecintaan (mahabbah) kepada-Mu”
Ibnu Qayyim telah menjelaskan erti ‘mahabbah‘ sebagai “kejernihan cinta”.
Kita mesti mewujudkan keterhimpunan hati di atas mahabbatullah seperti hakikat dan makna ini. Bertemu dan berkumpul di atas cinta kepada Allah SWT. Itulah pertemuan, keberhimpunan dan perkumpulan yang sangat mulia.
Mahabbah adalah pertalian antara hamba dengan Rabb. Dan cinta bukan hanya terletak pada ruang lisan atau ucapan, melainkan dia mesti menjadi realiti yang hidup, di atas landasan apa percintaan itu dibangunkan”
Anak-anak yang dikasihi, marilah kita renungi penjelasan yang sangat baik, yang dibuat oleh Muhammad Lili Nur Aulia ini. Marilah kita merasakan keenakan dan kenikmatan dapat berhimpun dalam pertemuan berkala kita, walaupun terdapat juga sebab-sebab yang menyebabkan kita kadang kala mahu menguzurkan diri. Pertemuan kita setiap minggu adalah pertemuan hati dan jiwa. Pertemuan yang sangat mulia. Pertemuan antara mereka yang meyakini akan pertemuannya dengan Allah SWT. Pertemuan yang mengikat hati kita dengan cinta dan taat kepada Allah SWT. Setiap pertemuan kita pula akan mengukuh hati-hati kita dengan cinta dan taat kita kepada Allah. Semakin kerap pertemuan semakin terikat hati dengan cinta dan taat kepada Allah sedangkan semakin jarang kita hadir dalam pertemuan itu semakin longgarlah cinta dan taat kita kepada Allah SWT.
Akan bersambung insyaAllah

No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN