Friday, June 29, 2012

Jangkaan 21 Julai 2012 Puasa dan 9 Ogos 2012 Hari Raya

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
                                              
Pejam celik buka tutup, nampaknya cahaya Ramadhan bakal menghiasi hidup kita umat Islam semua. Hari ini, Utusan Malaysia berkata.
Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada Sabtu, 21 Julai 2012 (Sabtu) depan manakala Hari Raya Aidilfitri disambut pada Ahad 19 Ogos 2012 (Ahad).

Jika tarikhnya begitu, umat Islam akan berpuasa selama 29 hari.

Bagaimanapun, seorang penyelidik di sebuah pusat Ilmu Falak di sebuah universiti di utara tanah air menegaskan, tarikh sebenar puasa dan Hari Raya Aidilfitri masih tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

Menurutnya, pada 29 Syaaban 1433H bersamaan 19 Julai, kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakkan) iaitu umur bulan tidak lebih lapan jam sebelum ijtimak.

"Dengan kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanur-rukyah, maka 1 Ramadan 1433 Hijrah jatuh pada 21 Julai 2012,"
 
 
Sumber; Utusan

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...