Anggota polis terpaksa dihubungi untuk menangani seorang wanita bogel
yang berbaring di depan sebuah ambulans bagi menghalang kenderaan itu
membawa kekasih suaminya yang cedera ke hospital semalam.
Zhang Shih, 38, dari Linyi, wilayah Shandong di timur China melanggar
jirannya, Wang Lu dan anak perempuannya berusia empat tahun ekoran
berang wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.
Namun, ketika petugas khidmat kecemasan tiba, dia melakukan apa saja
yang boleh bagi menghalang dua beranak itu mendapatkan rawatan walaupun
selepas polis mengacukan pistol ke arah tubuh bogelnya.
“Dia menghalang semua orang daripada memberikan bantuan,” kata
jurucakap polis. “Kemudian apabila ambulans tiba, dia menanggalkan
pakaiannya dan berbaring di depan kenderaan itu bagi menghalang ia
membawa mangsa ke hospital,” katanya.
WANG yang cedera terbaring di jalan selepas dilanggar Zhang, manakala seorang petugas mengangkat anaknya yang parah.
Zhang yang berang didakwa melanggar Wang dan anak perempuannya dengan keretanya selepas bertengkar dengan suaminya mengenai kecurangan lelaki itu.
Menurut polis, ibu dua anak itu kemudian berdiri mengawal dua mangsa
yang cdera parah itu bagi menghalang sesiapa pun menawarkan bantuan
kecemasan kepada mereka.
Dia juga dituduh menumbuk seorang petugas paramedik yang merawat anak
perempuan Wang menyebabkan petugas terbabit membiarkan kanak-kanak itu
yang kemudian mati akibat kecederaan dialami.
Zhang yang juga seorang guru sekolah rendah kini berdepan dengan
tuduhan membunuh, kata pendakwa raya. Sekiranya disabitkan bersalah dia
mungkin berdepan hukuman mati. “Ini bukan jenayah mengenai cemburu.
Dia menghalang dua mangsa menerima rawatan perubatan selama hampir setengah jam,” kata pendakwa raya. – DM – BEIJING
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN