Sehinggah kini permainan ini tidak diluluskan kerana membahayakan kepada orang ramai. Apapun korang tengok la. banyak lagi video mcm ni diSINI
RuMahKU|RaYa & Puasa|dariFBkeBeLoG|LaWak|Kerajaan@PoLiTiK|ViDeO|BanGsaT|PakCik Rosdi Baharom|BlOgInFo|GamBaR|MisTeri|NGERI
O:::@];;;;;;;;;;>
Saturday, June 30, 2012
Video AIRSOFT BATTLE
Sehinggah kini permainan ini tidak diluluskan kerana membahayakan kepada orang ramai. Apapun korang tengok la. banyak lagi video mcm ni diSINI
PELURU AIRSOFT
PELURU
AIRSOFT
Peluru
yang digunakan berbentuk bulat berkandungan plastik padat dan biasa disebut BB
(Ball Bearing). Ukuran butiran ini berdiameter 6 mm dengan berat bervariasi
dari 0.12 gram sampai 0.25 gram. Ada beberapa ukuran khusus peluru berukuran
tersebut mencapai berat 0.80 gram. Untuk yang terakhir ini umumnya tergolong
airsoft yang penggunaaannya diawasi secara khusus, walaupun sangat jarang
ditemui.
Alat keselamatan
Karena permainan ini umumnya
melibatkan saling tembak-menembak antara pesertanya, maka peralatan untuk
melindungi anggota tubuh sangat diperlukan. Peluru airsoft ini pada umumnya
ditembakkan pada kecepatan 200-400 kaki per saat (feet per second, fps),
dan bila terkena mata boleh mengakibatkan buta. Oleh karena itu, peralatan yang
paling penting dalam permainan airsoft adalah pelindung mata dan wajah. Para
peserta permainan harus melengkapi diri mereka dengan kacamata pelindung
(goggle) atau topeng khusus untuk melindungi wajah (sama dengan peralatan
untuk paintball). Pakaian yang dipakai biasanya juga tebal agar mengurangi
cedera atau rasa sakit.
AIRSOFT GUN
AIRSOFT
GUN
Mainan
replika airsoft gun ini merupakan replika jenis senjata-senjata yang ada di
dunia, baik dari jenis pistol, revolver, submachine gun, assault rifle, sniper
rifle, dan shotgun. Walaupun termasuk kategori mainan, airsoft gun juga dapat
melancarkan peluru plastik bulat berukuran 6mm (biasa disebut bb, red.) baik
secara single action, semi automatik ataupun automatik sepenuhnya.
Material yang ada pada airsoft
gun sebahagian besarnya diperbuat dari bahan ABS resin (seperti bahan yang
digunakan pada handphone), yang dikombinasikan dengan alluminum alloy, dan
zinc. Purata berat jenis airsoft gun berkisar antara 70% hingga 90% dari berat
senjata aslinya. Kadangkala, sama berat senjata aslinya, pada jenis-jenis
tertentu, magazine pada airsoft gun jenis pistol dibuat dengan berat yang lebih
berat berbanding magazine senjata
aslinya.
Digerakkan
Oleh Hembusan Udara
Pada dasarnya, airsoft gun digerakkan oleh udara yang dihasilkan oleh piston yang digerakkan oleh pengokang pada jenis spring gun (SPG), oleh motor yang digerakkan oleh bateri pada jenis electric gun (EG: Electric Gun/AEG:Automatic Electric Gun) atau gas (freon) pada jenis Gas Blowback Gun (GBB). Hembusan udara tersebut, memutarkan bb bulat berukuran 6mm dalam laras airsoft gun agar laju bb tersebut boleh semakin laju. Fasiliti ini dinamakan fasiliti Hop-Up, yang sudah banyak diadaptasi mainan airsoft gun pada masa kini. Seperti dijelaskan pada huraian diatas, sistem penggerak pada airsoft gun terbahagi kepada 3 (tiga) kategori, iaitu;
• Spring
Gun (SPG) – Penggerak dengan menggunakan sistem gas/per.
• Gas
Blowback Gun (GBB) – Penggerak dengan menggunakan sistem gas.
•
Automatic Electric Gun (AEG) atau Electric Gun (EG) – Penggerak dengan
menggunakan sistem motor yang digerakkan oleh bateri.
Mekanisme spring (gas/per) biasanya diterapkan pada model-model airsoft gun jenis awal yang banyak diadaptasi pada mainan jenis pistol. Dengan menarik slide-nya, automatik anda mengokang pistol tersebut. Anda harus mengokang kembali pistol anda jika anda hendak menembakkannya kembali. Beberapa jenis pistol spring antara lain dari jenis Glock 17, Sig P228, Colt GM MKIV/70, H&K P7,dan lain-lain lagi. Mekanisme jenis ini juga banyak diadaptasi untuk jenis bolt action rifle, seperti jenis APS2, M24 Police Sniper, M82 Barret, M1 Carbine, dan banyak lagi.
Jenis Gas Blowback menggunakan gas untuk mengeluarkan gas jenis freon (HFC 134/R22) yang akan meniupkan bb 6mm tersebut. Kelebihan jenis ini adalah kesan hentakan (recoil) atau blowback yang ditimbulkannya. Bagi banyak penggemar menghasilkan sensasi yang tersendiri dibandingkan jenis lainnya. Jenis GBB ini merupakan jenis airsoft gun paling popular kerana banyak diterapkan pada jenis replika senjata laras pendek (pistol).
Jenis
yang dijual pun ratusan jumlahnya, replika dari senjata terkenal seperti Colt
SAA, Deringer, S&W M249, Colt 1911-A1, Glock 17, Glock 26, Sig Sauer P226,
Walther PPK/S, Walther P99, UZI, M11 Ingram (inzet), dan masih banyak lagi.
Jenis
Electric Gun merupakan jenis terkini yang juga sangat popular. Disebut electric
gun kerana mekanisme pendorong tenaganya digerakkan oleh motor (dynamo) yang
digerakkan oleh tenaga bateri yang mendorong piston untuk bergerak kehadapan
dan kebelakang mengeluarkan bb 6mm kadar segera meluncur di dalam laras. Jenis
electric gun sendiri terbagi menjadi 2 (dua) jenis iaitu; EG (Electric Gun)
yang tidak menghasilkan fungsi automatik sepenuhnya pada senjata yang
mengunakan sistem tersebut dan AEG (Automatic Electric Gun) mampu mengeluarkan ratusan peluru secara full
automatic. Jenis EG banyak diadaptasi oleh jenis pistol, dan digerakkan oleh 4
(empat) buah bateri AAA dan sebuah dynamo kecil saja. Jenis ini tidak sebaik
dari jenis AEG. Dessert Eagle, Beretta M92FS, ia merupakan contoh dari siri
electric gun ini. Jenis yang memiliki mekanisme lebih maju dipegang oleh jenis
AEG (Automatic Electric Gun). Selain mengunakan motor berkuasa tinggi, sumber
tenaga yang digunakan juga merupakan bateri kering dari jenis NiCad (Nickel
Cadmium) atau NiMH (Nickel Metal Hybrid) yang biasa digunakan pada telepon
bimbit (tetapi memiliki kemampuan lebih tinggi). Seperti maklumat diatas, bateri
akan menggerakkan motor dengan mekanisme
mekanik dengan menggerakkan piston yang akan bergerak kehadapan dan kebelakang
melepaskan bb 6mm melalui larasnya.
Dengan
bateri berkapasiti 600mAH hingga 3300mAH, dengan kekuatan 8,2V hingga 12V,
ribuan butir bb plastik 6mm boleh dimuntahkan tanpa perlu mengisi ulang
(charging) bateri. Alasan ini juga yang membuat banyak hobbyist mengkoleksinya
untuk digunakan dalam permainan airsoft wargames.
Bukan
Untuk Senjata Beladiri
Walaupun
bentuknya menyerupai bentuk aslinya, airsoft gun tetaplah merupakan sebuah
mainan. Mekanisme dari airsoft gun sangatlah berbeza dengan senjata aslinya.
Selain material yang digunakannya, sistem pergerakannya dirancang hanya sebagai
mainan untuk koleksi ataupun olahraga (permainan peperangan) sahaja. Kebanyakan
airsoft gun standard pabrik menghasilkan kekuatan sebesar 1 joule, dengan
kepantasan bb (muzzle velocity) sekitar 280fps sehingga 330fps (atau antara
90m/saat sehingga 100m/saat). Daya jangkau efektif pada kebiasaannya untuk
jenis SPG adalah 5m, 10m untuk GBB dan 20m untuk AEG.
Dengan mekanisme internal airsoft gun, bentuk dan material bb, tenaga yang dihasilkan dan jarak jangkauannya yang berjarak dekat, mainan airsoft gun ini hanya mampu menghasilkan bekas merah jika terkena pada bagian tubuh. Airsoft Gun telah dikategorikan sebagai mainan dengan peruntukkan untuk koleksi dan olahraga saja dengan batasan-batasan terhadap kepemilikannya.
Dengan mekanisme internal airsoft gun, bentuk dan material bb, tenaga yang dihasilkan dan jarak jangkauannya yang berjarak dekat, mainan airsoft gun ini hanya mampu menghasilkan bekas merah jika terkena pada bagian tubuh. Airsoft Gun telah dikategorikan sebagai mainan dengan peruntukkan untuk koleksi dan olahraga saja dengan batasan-batasan terhadap kepemilikannya.
Airsoft
gun hanya boleh digunakan oleh;
1.
Berumur 18 tahun keatas.
2.
Airsoft gun sendiri dan mempunyai surat data
kepemilikan airsoft gun. (Kecuali mempunyai surat kebenaran sendiri).
3.
Sijil kebenaran mengunakan Airsoft gun yang
diperakui.
4.
Sijil keahlian Kelab-kelab Airsoft.
5.
Mempunyai kebenaran bertulis untuk bermain di
sesuatu tempat.
6.
Tidak mempamerkan kepada khalayak umum.
Peraturan-peraturan
ini amat penting di patuhi bersama untuk keselamatan dan kebaikan bersama.
JENIS-JENIS SENJATA REPLIKA AIRSOFT
Beragam jenis replika airsoft gun tersedia di dunia. Ratusan jenis pistol atau revolver dan puluhan jenis senapang dibuat oleh beberapa fabrikan dari Jepun, Korea, Taiwan atau Hongkong. Beberapa contohnya antaranya;
Sniper Rifles
• H&K
PSG1
• H&K
G3/SG1
• M82
Barret
• APS2
• M24
Assault Rifles
• Colt
M16-A1, A2
• Colt
XM177E2
• Colt
AR15
• Colt
M4A1 Carbine/RIS
•
AK47/47S
• Steyr
AUG
• FAMAS
• H&K
G3/A3, A4
• FN P90
Submachine Gun
• H&K
MP5-A2, A3, A4, A5
• Steyr
TMP/SPP
• UZI
• M11
Ingram
Machine Gun
• M60
• FN M249
Minimi
• MG42
Handgun
• Colt
1911-A1, GM MKIV/70
• Glock
17, 18C, 19, 23, 26, 34
• Sig
Sauer P226, P228, 2340
• Smith
& Wesson Sigma
• Walther
P99, PPK/S
• Beretta
M92FS, M9 Mil, M1932, Cougar
• Strayer
Voight SV Infinity
• STI
Edge, Eagle
• Para
Ordnance P14
• Tokarev
T-33
• Dessert
Eagle
Shotgun
• Benelli
M3 Super 90
• SPAS 12
•
Remington M700
•
Mossberg
Selain
itu, banyak lagi senjata lain yang tidak tersenarai diatas.
Berikut,
merupakan salah satu contoh Airsoft gun;
Subscribe to:
Posts (Atom)
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)