Ini mungkin kes paling terok yang dialami oleh binatang. Seekor
anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam
hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir,Subhanallah…dengan
kekuasaan Allah,anjing itu tetap hidup. Kejadian ini berlaku di
BIRZEBBUGA.
Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama ‘Bintang’ oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.
Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan
penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah
papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat
arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui
seekor anjing yang nazak. Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing
malang tersebut didapati keempat kaki ‘Bintang’ diikat sehingga tidak
mampu bergerak sama sekali.
Ketika diperiksa didapati ‘Bintang’ telah ditembak sebanyak 40 kali.
Ajaibnya, kumpulan doktor berhasil mengambil 40 peluru yang bersarang di
kepala ‘Bintang’ melalui sebuah operasi dihospital Ta’ Qali.
‘Bintang’ Berjaya diselamatkan. Insiden penganiayaan binatang ini
membangkitkan kemarahan masyarakat. Mereka menuntut agar hukuman
terhadap pelaku penganiayaan binatang perlu dihukum berat menjadi satu
tahun penjara dan denda 46.500 euro. Kumpulan pecinta binatang
menggerakkan protes atas tindakan ‘menjijikan’ terhadap ‘Bintang’. Satu
laman facebook diwujudkan di mana jumlahnya sudah mencapai 7.000
pengikut. Sebanyak 1.000 tandatangan menandatangani petisyen dunia maya
untuk membantu menangkap pelaku penyiksaan ‘Bintang’. Mereka juga
sepakat menyumbang untuk melunasi biaya operasi dan penjagaan ‘Bintang’.
Tawaran juga dikeluarkan bagi siapa yang berjaya menangkap penembak
bintang.
Renungan:
Sememangnya anjing itu menjadi bintang kini. Betapa manusia mempunyai
naluri sensitif terhadap kezaliman, penyiksaan dan penindasan meskipun
ianya terhadap seekor binatang.
Amat malang jika manusia yang melakukan kezaliman diatas bumi Allah
ini disokong dan dibiarkan dalam melakukan kebinasaan. Munasabahlah
didalam Islam, orang yang menyokong dan membiarkan kezaliman dimuka bumi
ini disambar api neraka.Ingatlah Allah membenci orang-orang yang
melakukan kerosakan dan kezaliman.
Sepertimana Firman Allah Ta’ala :
“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa
selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (At-Tuur 52:47)
Orang – orang yang zalim tidak memiliki penolong, teman dekat dan pemberi syafa’at.
ALLAH berfirman:
“Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam
neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang
yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;“ (A-li’Imraan 3:192)
Firman Allah Lagi:
“Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari
kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa
resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan
perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan
mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan
mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya.“ (Ghaafir 40:18)
Wallahu’alam….
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN