Setiap tahun masyarakat kita di Malaysia, dan juga di negara-negara
yang lain mera’ikan kedatangan tahun Hijrah. Di sana sini majlis
ceramah yang menjelaskan pengajaran yang boleh kita perolehi dari hijrah
Rasulullah SAW dari Mekah ke Yathrib (kemudian dinamakan semula oleh
Rasulullah SAW sebagai Madinah).
Bertahun-tahun ceramah yang serupa
kita dengari, mungkin dari penceramah yang berbeza tetapi isinya sama
saja. Fakta hijrah telah terpahat dalam ingatan kita tetapi keadaan
kita tidak berubah.
Dengan meminjam kata-kata Khurram Murad:
“...Yet eyes remain dry, hearts remain unmoved, minds remain untouched, lives remain unchanged”
Ceramah
dan kuliah ini kadang kala tidak memberikan bekas dan bekalan kepada
kita untuk menjalani kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT.
Justeru, mari kita meneliti hijrah dari satu sudut yang jarang dibincangkan, iaitu hijrah hati.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam kitabnya ’Ar-Risalatut-Tabukiyyah’, terdapat dua jenis hijrah:
(a)
Hijrah fizikal atau hijrah jasadi, dari satu tempat ke satu tempat yang
lain. Terdapat banyak perbincangan dalam aspek hijrah begini.
(b)
Hijrah yang kedua adalah HIJRAH HATI KEPADA ALLAH SWT. Inilah yang
sebenarnya, dan hijrah hati ini menjadi dasar hijrah yang pertama.Hijrah
badani ini adalah natijah (outcome) hijrah hati
Hijrah hati seorang muhajir menuntut penghijrahan atau perpindahan dari SATU “REALITI” kepada realiti yang lain.
HATI MESTI HIJRAH DARI MENCINTAI PELBAGAI BENDA DAN PERKARA KEPADA MENGKHUSUSKAN CINTA HANYA UNTUK ALLAH SEMATA-MATA
HIJRAH DARI PERHAMBAAN KEPADA PELBAGAI BENDA KEPADA ALLAH SEMATA-MATA
HIJRAH DARI TAKUT KEPADA PELBAGAI BENDA KEPADA TAKUT HANYASANYA KEPADA ALLAH SWT
HIJRAH DARI BERGANTUNG HARAP KEPADA PELBAGAI BENDA KEPADA BERGANTUNG HARAP HANYASANYA KEPADA ALLAH SWT
HIJRAH DARI MEMOHON KEPADA PELBAGAI BENDA KEPADA MENGKHUSUKAN MEMOHON HANYASANYA KEPADA ALLAH SWT
HIJRAH KEPADA MENYERAH DIRI KEPADA PELBAGAI BENDA KEPADA PENYERAHAN DIRI HANYASANYA KEPADA KEHENDAK AALLAH SWT SAHAJA
Inilah pengertian yang menyeluruh ’lari menuju Allah’ “fafirru ilallah (QS Adzariyat (51: 50)
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ ۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
“(Katakanlah
wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada
Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah
kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata”
KETERIKATAN HATI
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,
“Ya
Allah! Aku menyerahkan diriku kepada-Mu, menghadapkan wajahku
kepada-Mu, melepaskan segala urusanku kepada-Mu, mengukuhkan belakangku
(memperolehi kekuatan) daripada-Mu, ..."
Rasulullah SAW juga bersabda:
"Muhajir yang benar adalah yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT"
(HR Al-Bukhari)
Allah SWT menghubungkan IMAN dan HIJRAH dalam beberapa ayat di dalam Al Qur'an. Antaranya adalah:
QS Al-Baqarah (2), ayat 218
"Sesungguhnya
orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di
jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang"
QS Al-Anfal (8) ayat 72; 74; 75
"Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan
jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman
dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama
lain lindung-melindungi ..."
Dalam Surah At-Taubah (9), ayat 20
"Orang-orang
yang beiman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta
benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan
itulah orang-orang yang mendapat kemenangan"
HIJRAH DIDORONG OLEH CINTA
Hijrah
kepada Allah merangkumi apa jua yang dibenci oleh Allah SWT dan
melakukan apa jua yang dicintai oleh Allah SWT. Justeru, hijrah tumbuh
dari cinta dan benci. Mereka yang berhijrah secara badani mestilah
mencintai tempat yang dituju oleh hijrah tersebut lebih dari tempat yang
ditinggalkan.
Nafsu kita yang sentiasa menerima bisikan
dan pujukan syaitan, mengajak kita kepada yang bertentangan dengan apa
yang dicintai Allah SWT. Di masa yang sama kita juga menerima bisikan
dari iman kita yang sentiasa mengajak kita melakukan apa yang disukai
oleh Allah SWT. Oleh kerana itu, kita perlu sentiasa berhijrah kepada
Allah dan tidak meninggalkan hijrah ini sehingga kita mati.
Hijrah
ini akan menguat atau melemah bergantung kepada tahap kecintaan kita
kepada Allah SWT. Semakin kuat rasa cinta kita kepada Allah maka
semakin sempurna hijrahnya kepada Allah SWT. Apabila rasa cinta ini
semakin lemah dan pudar, maka keinginan untuk berhijrah kepada Allah
juga akan lemah sehingga dia tidak lagi memiliki keinginan untuk
berhijrah kepada Allah SWT.
HIJRAH HATI yang merupakan
satu tuntutan yang diwajibkan atas setiap muslim selagi dia masih
bernafas, tetapi dia masih lagi tidak berusaha untuk memperolehi ilmu
berkaitan dengan perkara ini; atau tidak membangunkan hajat atau niat
untuk melakukan hijrah ini maka Ibnu Qayyim mengatakan mereka adalah
BUTA dan tiada apa yang boleh menyelamatkan dirinya di akhirat nanti
kecuali dia menyedari kebutaan hatinya dan berusaha untuk melakukan
hijrah.
HIJRAH KEPADA RASULULLAH SAW
Hijrah
kepada Rasulullah SAW adalah sangat penting dalam kehidupan muslim.
Hijrah ini adalah sukar kecuali bagi mereka yang sangat berhajat untuk
melakukan hijrah ini.
Hijrah kepada Rasulullah SAW bererti:
"Perjalanan
jiwa dalam setiap aspek kehidupannya, merangkumi rukun imana, urusan
kehidupan hariannya, melalui bimbingan sunnah Rasulullah, tanpa
mengikuti bimbingan sunnah Rasulullah SAW, maka dia berada dalam keadaan
keraguan dan jatuh ke dalam kegelapan tanpa petunjuk"
Berhijrah kepada Rasulullah SAW diwajibkan atas setiap muslim dan merupakan bahagian kedua syahadatain kita.
Marilah
kita tingkatkan usaha menyiapkan diri dan berhijrah kepada Allah SWT
dan Rasulullah SAW, agar setiap hari yang kita lalui semakin bertambah
bekalan kita untuk kehidupan di Akhirat kelak. Semakin dekat pula
dengan cinta dan redha Allah SWT
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN