Hubungan lelaki dan wanita yang bukan mahram ASALNYA HARAM. Ini
kaedah asal cuma ada pengecualian. Oleh kerana kesalahfahaman akan
membawa kepada dosa yang menjerumuskan kita kepada kerosakan hati,
hilangnya kualiti ibadah dan akan mendapat kemurkaan Allah, ambillah
sikap berhati-hati dalam urusan yang asalnya DILARANG. Telaahlah
kitab-kitab muktabar.
Carilah panduan dari kehidupan para sahabat.
Jika dalam kehidupan mereka ada 'couple' dalam bentuk apapun
kemukakanlah sebagai contoh. Kita katakan 'tarbiyah di tangan kita,
hanya ditangan kita' dan kita hanya merujuk ulama2 muktabar, adakah ini
yang kita lakukan dalam urusan membangunkan baitul dakwah? Awasilah
bahwa salah satu langkah syaitan ialah dengan menghiasi perbuatan
mungkar sebagai perbuatan yang baik dan diterima Allah. Telah ramai
insan sepanjang zaman yang terperdaya dalam urusan cinta sehingga
sehingga kehilangan cinta Allah SWT.
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN