(d) MAMPU MENUMBUH DAN MENYEMARAKKAN CINTA ANTARA PASANGAN
Dalam bukunya ‘Beginilah Seharusnya Suami Isteri Saling Mencintai‘ Fathi Muhammad Ath-Thahir telah menulis :
“Cinta
antara pasangan suami isteri adalah hubungan rumah tangga dan
perasaan. Dengan terjalinnya hubungan ini, pasangan suami isteri
merasakan ketenteraman . Masing-masing pihak menghargai pasangannya ,
kerana seorang pria memahami nilai isteri yang shalihah. Sehubungan
dengan hal ini, Rasulullah SAW telah bersabda:
‘Kebahagiaan
manusia itu terletak pada tiga perkara, dan kesengsaraannya terletak
pada tiga perkara pula. Di antara kebahagiaannya ialah isteri yang
shalih..‘
Begitu pula sebaliknya seorang isteri memahami nilai suami yang shalih, sebagaimana yang disebutkan dalam sabda Rasulullah SAW:
‘Jika
aku diperbolehkan memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada orang
lain, tentulah aku akan memerintahkan kepada wanita untuk bersujud
kepada suaminya’
Masing-masing dari
mereka menunjukkan sikap taqwa kepada Allah SWT dalam memperlakukan
pasangannya. Masing-masing mesti berusaha membahagiakan pasangannya dan
bersabar ketika salah seorangnya sedang tergelincir, dengan harapan
mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT. Dan masing-masing pihak
mesti menyedari bahawa imbalan pahala yang disediakan oleh Allah SWT
dalam kehidupan Akhirat kelak adalah lebih baik dan lebih kekal. Untuk
mendapatkan kehidupan Akhirat, seseorang sudah selayaknya berkorban.
Allah SWT berfirman:
“Dan, sesungguhnya Akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui “ (QS Al-Ankabut (29): 64)
Masing-masing
pasangan bersikap mendekatkan diri kepada Allah dalam mencintai
pasangannya dan memuliakannya, dengan kesedaran akan pahala yang telah
disediakan oleh Allah SWT bagi para penghuni syurga.
PENGERTIAN CINTA
Antara istilah dalam Bahasa Arab yang bermaksud cinta adalah mahabbah. Menurut Abu Musa Abdurrahim dalam bukunya ‘Kitab Cinta’:
“Makna asal al-mahabbah adalah ‘bening’ dan ‘bersih’.
Beliau juga menyimpulkan makna cinta sebagai:
“...kasih
sayang terhadap sesuatu disertai dengan konsekuensi yang baik. Apabila
cintai disertai dengan hal yang buruk, itu bukanlah cinta, tetapi itu
adalah suatu kesalahan dalam mendefinisikan apa erti cinta”
Fathi Muhammad Ath-Thahir telah menulis:
“Cinta
seperti ini (cinta kepada pasangan) merupakan rasa cinta yang alami
(universal), yakni naluri cinta yang diciptakan oleh Allah dalam diri
manusia berikut dengan segala unsur dan ciri-ciri khasnya, baik yang
bersifat rohani mahupun yang bersifat material.
Cinta
antara suami isteri adalah cinta yang bersifat alami, dimulai sejak
pertemuan jiwa lelaki dan wanita, membangkitkan getaran cinta dan
perasaan terpikat antara keduanya dengan penuh semangat dan rasa
gembira. Bahagian-bahagian jiwa keduanya menjadi satu, sebahagiannya
bergantung kepada sebahagian yang lain, sehingga mereka berdua menjalani
kehidupannya dalam nuansa (perbezaan/kelainan) kerohanian, penuh dengan
keindahan, kesenangan, ketenangan dan kebahagiaan.
“Cinta
yang terjalin antara pasangan suami isteri dengan gambaran yang telah
dijelaskan pada definisi di atas, adalah rasa cinta manusiawi yang dapat
direalisasi kedua pasangan yang berkaitan, jika mereka mahu berupaya
untuk meraih berbagai sarana yang dapat merealisasikannya. Selanjutnya,
adalah hal normal jika usaha itu akan membuahkan hasil yang baik.
Adapun jika pasangan yang berkaitan hanya berhenti pada batas
angan-angan cinta, tanpa berupaya meraih berbagai sarana untuk
merealisasikannya, bererti cinta yang terjalin antara keduanya hanya
sampai pada tahap ilusi cinta.
Begitu rentan (mudah
berpenyakit/jatuh sakit) jalinan cinta keduanya, hanya kerana pengaruh
sedikit goncangan dalam realiti kehidupan mereka, mereka terbangun dari
buaiannya dan menyedari bahawa selama ini dihanyutkan oleh ilusinya.
Apabila
suatu pasangan hanya berhasil meraih sebahagian dari aspek-aspek cinta
namun gagal untuk menyeratakan keseimbangannya maka jalinan cinta
keduanya akan tempang atau cacat, masih memerlukan penyempurnaan dan
pembaikan, agar sampai pada tahap cinta yang didambakan oleh setiap
pasangan.
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN