Thursday, July 12, 2012

RAMUAN PEMBINAAN RUMAH TANGGA BAHAGIA (BHG 3)

(c) Membentuk persekitaran Islamiyah dalam keluarga

Bagaimanakah persekitaran atau iklim rumah tangga kita kini? Atau yang akan kita bentuk apabila kita sudah bersedia melepasi pintu gebang perkahwinan nanti?  Tahukah kita bagaimana dan apakah yang akan membentuk persekitaran Islamiyah itu?

Rumah tangga Islami memiliki takrifan yang tersendiri.  Rumah tangga yang mana anggotanya adalah muslim belum lagi memenuhi pengertian rumah tangga muslim.  Menurut Cahyadi Takariawan menerangkan dalam bukunya ‘Pernik-Pernik Rumah tangga Islami’, bahawa rumah tangga Islami adalah:

“rumah tangga yang di dalamnya ditegakkan adab-adab Islam, baik yang menyangkut individu mahupun keseluruhan anggota rumah tangga.  Rumah tangga Islami adalah sebuah rumah tangga yang didirikan di atas landasan ibadah.  Mereka bertemu dan berkumpul kerana Allah, saling menasihati dalam kebenaran  dan kesabaran, serta saling menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran, kerana kecintaan mereka kepada Allah.

Rumah tangga Islami adalah rumah tangga teladan yang menjadi panutan dan dambaan umat.  Mereka betah (tahan dan tabah) tinggal di dalamnya kerana kesejukan iman dan kekayaan ruhani.  Mereka berkhidmat kepada Allah SWT dalam suka mahupun duka, dalam keadaan lapang mahupun sempit.

Rumah tangga Islami adalah rumah yang di dalamnya terdapat sakinah, mawaddah dan rahmah (perasaan tenang, cinta dan kasih sayang)”.

KONSEKUENSI RUMAH TANGGA ISLAMI

Cahyadi juga telah menggariskan sepuluh konsekuensi dasar yang menjadi landasan bagi tegaknya rumah tangga Islami

(a) Didirikan Di Atas Landasan Ibadah

Rumah tangga Islami mesti didirikan dalam rangka beribadah kepada Allah semata-mata.  Artinya, sejak proses memilih jodoh, landasannya mestilah benar.  Memilih pasangan hidup mestilah kerana kebaikan Deennya, bukan se    kadar kerana kecantikan, harta mahupun keturunannya.

(b) Berlangsungnya Internalisasi Nilai-Nilai Islam Secara Kaffah

Internalisasi nilai-nilai Islam secara kaffah mesti terjadi dalam diri setiap anggota keluarga, sehingga mereka sentiasa iltizam terhadap adab-adab Islami.  Di sinilah peranan keluarga sebagai benteng terkuat dan penapis terbaik di era globalisasi yang mahu tak mahu mesti dihadapi oleh kaum muslimin.

Untuk itu, rumah tangga Islami dituntut untuk menyediakan sarana-sarana tarbiyah Islamiyah yang memadai, agar proses belajar, mencerap nilai dan ilmu, sampai akhirnya aplikasi dalam kehidupan sehari-hari boleh diwujudkan.  Internalisasi nilai-nilai Islam ini mesti berjalan secara terus menerus, bertahap dan berkesinambungan.   

(c) Terdapat Qudwah Yang Nyata

Diperlukan qudwah yang nyatakan dari sekumpulan adab yang hendak diterapkan.  Orang tua memiliki kedudukan dan peranan yang sangat penting dalam hal ini.  Sebelum menyuruh kebaikan atau melarang kemungkaran kepada anggota keluarga yang lain, pertama kali orang tua mesti memberikan keteladanan.

(d) Terbiasa Tolong Menolong Dalam Menegakkan Adab-Adab Islam

Berkhidmat dalam kebajikan tidaklah mudah, amat banyak gangguan dan godaannya.  Jika semua anggota keluarga telah boleh menempatkan diri secara tepat, maka ta’awun dalam kebaikan ini akan lebih mungkin terjadi.

(e) Rumah  Mesti Kondusif Bagi Terlaksananya Peraturan Islam

Rumah tangga Islami adalah rumah tangga yang secara fiziknya kondusif  bagi terlaksananya peraturan Islam.  Adab-adab Islam dalam kehidupan rumah tangga akan sulit diaplikasikan jika struktur bangunan rumah yang dimiliki tidak mendukung. 

(e) Tercukupinya Keperluan Kebendaan Secara Wajar

Demi mewujudkan kebaikan dalam rumah tangga Islami itu, tidak lepas dari faktor biaya.  Memang, kebendaan bukanlah segala-galanya.  Ia bukan pula merupakan tujuan dalam kehidupan rumah tangga tersebut.  Akan tetapi, tanpa kebendaan, banyak hal tidak dapat dipenuhi.

Di dalam Al-Qur’an Allah SWT telah berfirman:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi” (QS Al Qashash: ayat 77)   




(f) Menghindari Hal-Hal Yang Tidak Sesuai Dengan Semangat Islam

Menyingkirkan dan menjauhkan berbagai hal di dalam rumah tangga yang tak sesuai dengan semangat keislaman mesti dilakukan.  


(g) Terbentengi Dari Pengaruh Lingkungan Yang Buruk

Dalam kondisi keluarga Islami yang tidak mampu memberikan nilai kebaikan bagi masyarakat sekitar yang terlampau parah kerosakannya, maka mesti dilakukan upaya-upaya serius untuk paling tidak, membentengi anggota keluarga.  Mesti ada mekanisma penyelamatan dalaman, agar tidak larut dan hanyut dalam suasana jahili masyarakat di sekitarnya.

No comments:

Post a Comment

SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...