Pesawat dijangka mampu tingkat jumlah penumpang
PENERBANGAN
Malaysia (MAS), memulakan era baru perkhidmatannya dengan menjadikan
pesawat penumpang terbesar dunia, A380 sebagai tarikan utama mengukuhkan
jumlah penumpangnya.
Pesawat itu dibawa pulang semula ke Malaysia semalam selepas menjalani
kemasan terakhir di kilang Airbus di Toulouse, dengan warna serta
hiasan korporat MAS yang baru menjelang penerbangan sulungnya ke London,
esok.
Ketua Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata sambutan
memberangsangkan yang diterima untuk penerbangan dua minggu pertama A380
memberikan isyarat sangat positif kepada syarikat penerbangan
kebangsaan itu.
Katanya, bersandarkan tempahan awal yang
diterima, faktor muatan bagi pesawat A380 adalah 10 peratus lebih
tinggi daripada yang dicatatkan penerbangan serupa yang menggunakan
pesawat Boeing 747.
“Faktor muatan A380 untuk penerbangan dua minggu pertama ini ternyata sudah melebihi jangkaan kami.
“Pesawat
baru ini menyediakan daya tarikan yang besar dan ini sudah dibuktikan
oleh syarikat penerbangan lain yang turut menggunakan A380.
“Kami mahu meraih faktor muatan setinggi mana yang mungkin,
namun pada masa sama apa yang lebih penting adalah bagaimana MAS dapat
menetapkan harga yang berdaya saing,” katanya pada sidang media
menyambut ketibaan pesawat A380 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.
Ketibaan rombongan disertai
91 tetamu dan kakitangan MAS, termasuk Ahmad Jauhari disambut Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Pesawat yang diterbangkan
Kapten Norshid Ali itu tiba di KLIA kira-kira jam 10 pagi selepas
membuat penerbangan terus 12 jam dari Toulouse.
Ia akan membuat
penerbangan sulungnya, MH2 dari KLIA ke London malam esok dan
penerbangan sulung MH3 dari London ke KLIA keesokannya.
Pada majlis semalam, MAS turut melancarkan Lounge Kelas Pertama dan Perniagaan Antarabangsanya yang baru dinaikkan taraf.
MAS
adalah syarikat penerbangan kelapan dunia yang menggunakan pesawat
A380, yang dianggarkan bernilai AS$390 juta (RM1.2 bilion) setiap unit.
Syarikat penerbangan kebangsaan itu akan menerima lima lagi pesawat jenis itu sehingga Mac tahun depan.
Ahmad
Jauhari berkata, MAS akan membuat keputusan berhubung destinasi serta
tempoh kekerapan penerbangan bagi lima lagi pesawat itu pada suku ketiga
ini.
“Kami sudah menghantar kertas cadangan, termasuk kepada
Lapangan Terbang Narita di Jepun, dan lapangan terbang di China. MAS
dijadualkan akan membuat pengumuman pada akhir suku ketiga ini,”
katanya.
Pesawat A380 yang pertama itu dikhususkan untuk penerbangan ke London dengan kekerapan tiga kali seminggu.
Sementara
itu, pesawat kedua yang dijadualkan tiba bulan depan akan membuat
penerbangan harian ke London, dengan penerbangan sulungnya dijangka pada
25 Ogos ini.
Ahmad Jauhari berkata, ketibaan pesawat baru yang
merendahkan usia angkatan pesawat MAS itu juga memberi isyarat
bermulanya tahap produk dan pengalaman baru kepada penumpangnya.
“Ini
sebahagian inisiatif pembaharuan angkatan pesawat untuk menurunkan
purata usia pesawat kami, yang kemudian akan menghasilkan pengurangan
kos dengan ketara,” katanya.
Sumber; Berita.Cari
RuMahKU|RaYa & Puasa|dariFBkeBeLoG|LaWak|Kerajaan@PoLiTiK|ViDeO|BanGsaT|PakCik Rosdi Baharom|BlOgInFo|GamBaR|MisTeri|NGERI
O:::@];;;;;;;;;;>
Monday, July 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18)
No comments:
Post a Comment
SILA KOMEN DENGAN BERNAS YA KAWAN-KAWAN